bab 67

341 23 0
                                    

SELEPAS bersarapan pagi, Tengku Syed Adam terus membawa isteri dan anaknya untuk balik ke rumah keluarganya pula kerana sudah hampir sebulan mereka tidak berkunjung di situ. Seperti biasa Tengku Najihah sudah menanti di muka pintu bila mendengar deruan enjin kereta masuk di perkarangan rumah. Pagar utama itu sudah dibuka siap-siap. Senang anak menantunya untuk masuk terus tanpa perlu menggunakan alat kawalan yang sememangnya ada dalam simpanan Tengku Syed Adam

"Assalamualaikum ibu," sapa Dahlia Arissa mesra.

Tengku Najihah menjawab salam lalu memeluk menantu kesayangannya itu. Tengku Syed Muiz yang ada di dalam pelukan Tengku Syed Adam diambil oleh Tengku Najihah yang baru sahaja keluar dari muka pintu.

"Lama betul cucu tok abah ni tak datang sini," kata Tengku Syed Idris kepada Tengku Syed Muiz sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

Di ruang tamu, Damia sudah pun sedia menunggu. Melihat sahaja wajah Tengku Syed Adam, hatinya berbunga riang. Walaupun dia sering menghabiskan masa bersama Khalil Asyraf, tetapi dalam masa yang sama dia masih lagi mengharapkan Tengku Syed Adam menjadi miliknya seorang.

"Lama abang tak balik sini," Damia berkata sambil mengukir senyuman indah di bibir. Cuba memancing perhatian suaminya.

Tengku Syed Adam hanya membiarkan kata-mata Damia berlalu pergi begitu sahaja tanpa memberi sebarang balasan.

Dahlia Arissa sudah pun sembunyikan senyuman. Sejak bermadu dengan Damia, dia sentiasa memastikan suaminya tidak termakan dengan pujuk rayu madunya itu.

"Bila due date?" tanya Dahlia Arissa kepada Damia yang duduk di hadapannya.

Tengku Syed Adam sudah pun mengekori abahnya ke dalam bilik bacaan manakala Tengku Najihah membawa cucunya itu ke dapur. Sengaja hendak menunjukkan cucunya itu kepada Wani.

"Tak lama lagi," jawab Damia tanpa memberitahu tarikh yang sebenar.

Dahlia Arissa mengangkat bahu. Malas untuk bertanya lagi.

"Akak ni ikhlas ke tak, bermadu?" Soalan yang sama yang pernah ditanya oleh Damia sehari selepas dia berkahwin dengan Tengku Syed Adam beberapa bulan lalu.

"Kan akak dah jawab soalan tu, kenapa tanya lagi?"

"Sejak kita bermadu, Mia tak ada peluang langsung nak jalankan tanggungjawab Mia sebagai isteri Abang Adam. Mia tahulah Abang Adam sayangkan akak, tapi akak janganlah ambik kesempatan dengan menindas Mia macam ni," luah Damia. Dia tidak menyangka apa yang Dahlia Arissa pernah cakap suatu ketika dulu benar-benar dibuat oleh madunya itu.

"Menindas? Mia, akak dah cakap dari dulu lagikan yang akak tak rela Abang Adam dikongsi dengan perempuan lain," jawab Dahlia Arissa perlahan. Takut didengari oleh penghuni lain di dalam rumah itu.

"Habis tu kenapa akak nak jugak bermadu dengan Mia? Kenapa akak tak teruskan je niat akak nak bercerai dengan Abang Adam dulu?" jerkah Damia.

Masih dengan persoalan yang sama. Dahlia Arissa menarik nafas dalam-dalam. Mungkin Damia sudah lupa dengan apa yang dibahasnya sebelum ini.

"Akak bermadu dengan Mia sebab akak tak nak kehilangan Abang Adam. Akak tak nak bercerai dengan Abang Adam sebab akak tahu hanya akak seorang yang dia cinta, yang dia sayang. Tak ada yang lain. Jadi, Mia kena sedar diri tu sikit. Ingat sikit siapa diri Mia di samping Abang Adam. Memang Mia dah jadi isteri Abang Adam yang sah, tapi sampai bila Mia nak menagih cinta pada orang yang tak sudi? Sampai bila Mia nak jadi pemusnah kebahagiaan orang lain ni? Sampai bila Mia?" balas Dahlia Arissa sambil merenung jauh ke dasar mata Damia yang sudah kehilangan kata itu.

"Akak memang mengaku sejak kita bermadu, akak sentiasa pastikan Abang Adam akan lebihkan akak dari semua aspek. Akak jugak selalu pastikan Mia tak dapat apa yang Mia nak daripada Abang Adam. Kalau dari segi material, akak tak kisah kalau Abang Adam nak bagi apa pun kat Mia, tapi kalau dari segi kasih sayang, akak akan pastikan sebesar kuman pun Mia tak akan dapat!"

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDDonde viven las historias. Descúbrelo ahora