bab 75

470 24 2
                                    

LINCAH sahaja tangan Dahlia Arissa membelek-belek baju bayi yang tergantung rapi itu. Tengku Syed Adam pula duduk di kerusi kayu jati yang memang sedia ada di butik pakaian bayi itu sambil mengendong Tengku Syed Muiz. Beberapa orang pekerja perempuan yang ada di situ sempat mencuri pandang ke arah Tengku Syed Adam yang kelihatan segak dengan pakaian pejabatnya. Seluar slack berwarna hitam dipadankan dengan kemeja lengan panjang berwarna hitam itu menyerlahkan lagi karisma Tengku Syed Adam sebagai lelaki yang berkerjaya. Tampan dan bergaya. Dia sebenarnya telah 'diculik' oleh isteri dan anaknya selepas makan tengah hari tadi untuk pergi membeli pakaian anak mereka, Tengku Syed Muiz. Nasib baik juga dia tidak ada sebarang temu janji pada petang itu.

"Yang ini okey tak untuk Muiz?" tanya Dahlia Arissa sambil menunjukkan sehelai baju merah pekat.  Melihat gambar kartun Angry Bird terpampang besar di dada baju tersebut membuatkan Tengku Syed Adam sudah tergelak besar. Tengku Syed Muiz yang sedang nyenyak tidur di dalam pelukannya sudah pun merengek-rengek. Terkejut dengan gelak tawa papanua.

"Sayang tolong jangan nak buat lawak, okey? Abang kan tak suka dengan burung tu," kata Tengku Syed Adam setelah ketawanya bersisa.

Dahlia Arissa sudah pun tersenyum. Dia sengaja menunjukkan bajunya itu kepada Tengku Syed Adam. Dia tahu suaminya itu tidak menggemari kartun yang semakin popular itu.

"Abang tak suka sebab abang tak reti main game dia, kan?" giat Dahlia Arissa.

Terkekek-kekek pekerja perempuan yang ada dekat situ apabila melihat muka Tengku Syed Adam mencebik. Dahlia Arissa sudah mengerutkan dahi.

Eh, dia orang ni pulak yang nak melebih-lebih, bisik Dahlia Arissa di dalam hati. Terusik juga hati wanitanya bila Tengku Syed Adam menjadi renungan nakal mata para gadis. Namun perasaan cemburu yang baru hendak berputik itu dibuang jauh-jauh. Takkan pasal ni pun nak cemburu kut?

"Sayang ni agak-agaklah nak cakap tu, kan dah jatuh saham abang dengan dia orang ni." Sengih Tengku Syed Adam sambil menepuk lembut tubuh Tengku Syed Muiz.

Dahlia Arissa mencebik lalu menunjukkan baju yang lain pula. Baju berwarna biru muda. Kali ini Tengku Syed Adam sudah pun mengangkat ibu jarinya. Dahlia Arissa membelek harga baju tersebut.

"Mak aiii... baju budak-budak sekarang mengalahkan baju mak bapak budak. Baju macam ni je dah enam puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen. Tak termasuk dengan seluar lagi," omel Dahlia Arissa perlahan namun dia tetap mencapai baju itu. Nampak sesuai sangat dengan Tengku Syed Muiz.

"Cukuplah tu sayang, kat kaunter tu dah ada empat pasang baju Muiz yang sayang dah ambik tadi. Nak cukupkan sampai sepuluh ke?" tegur Tengku Syed Adam bila melihat isterinya sudah beralih ke tempat barang mainan bayi pula.

"Ya ke? Tak perasan pulak," senyum Dahlia Arissa lalu menyerahkan baju di tangannya itu kepada pekerja yang ada di situ. Dia menuju ke arah suaminya lalu mengambil Tengku Syed Muiz.

"Abang pergi bayar ya," pinta Dahlia Arissa.

Tengku Syed Adam terus menuju ke kaunter.

"Comel anak akak," puji mereka yang ada di situ.

Dahlia Arissa hanya tersenyum manakala Tengku Syed Adam sudah pun memandang wajah Tengku Syed Muiz lama.

"Patut pun comel, diakan ikut muka papanya." Selamba sahaja Tengku Syed Adam bersuara sambil mengurut-urut dagunya.

Serta-merta butik itu bergema dengan suara mereka yang ada di situ. Beberapa pasangan yang berada di butik itu turut menguntum senyum. Dahlia Arissa sudah pun mencubit lengan suaminya.

"Perasan!" bisik Dahlia Arissa. Tengku Syed Adam sudah pun tersengih.

"Kalau muka papa dia comel, muka mama dia pulak cute," seloroh pekerja perempuan yang sedang mengira barangan yabg dibeli mereka berdua. Yang lain sudah pun mengiakan.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now