bab 17

450 30 0
                                    

QIRAH menziarahi teman baiknya. Mereka berdua berpelukan. Ketika itu, Dahlia Arissa hanya ditemani Daniel Amriza.

"Kenapa Kate tak datang sekali? Dia tahu kan pasal aku ada dekat sini?" Tanya Dahlia Arissa kepada Qirah, gadis berdarah Melayu-India itu.

"Grandma dia baru je meninggal dunia semalam. Esok-esok adalah dia jenguk kau," beritahu Qirah.

"Ya, ke? Patutlah SMS aku dia tak reply," balas Dahlia Arissa. Perasaan simpati atas apa yang berlaku kepada keluarga Kate turut mengusik di dalam hatinya.

Kesian Kate. Dah lah dia memang rapat dengan grandma dia, bisik Dahlia Arissa di dalam hati.

"So, kau masih jaga spa mama kaulah sekarang ni?" Tanya Qirah kepada teman baiknya itu. Menukar topik perbualan. Tidak mahulah sedih-sedih dalam keadaan sahabatnya yang tidak sihat ini.

"Sekarang ni aku dekat hospital, macam mana aku nak jaga? Apalah punya soalan," kutuk Dahlia Arissa. Qirah sudah tergelak. Dia terlupa yang gadis di hadapannya itu suka mencari peluang untuk mengenakan orang lain.

"Wei, kau tu sakit. Buat jelah cara sakit. Ni tak, masih tak hilang-hilang perangai lama kau tu,"

"Aku dah sihatlah. Insya-Allah esok aku dah boleh balik. Masa aku dengar doktor cakap pagi tadi yang aku dah boleh balik, masa tu jugak aku rasa macam nak lompat bintang je dekat sini. Tapi yalah, aku kan seorang perempuan yang pemalu... jadi aku pendam jelah hasrat aku dekat dalam hati ni," cerita Dahlia Arissa sambil menggayakan setiap apa yang diceritakan. Qirah sudah tergelak besar. Langsung dia tidak mempedulikan Daniel Amriza yang sedang menonton televisyen.

"Penyapu punya kawan! Setahu aku, kaulah manusia yang tak pernah kenal apa erti malu tu. Kau ingat masa kita study dulu? Dengan selamba gila kau pergi menari dalam kelas Prof. Andrew. Aku ada save lagi video kau tu, tau tak? Tunggu nak masuk dalam Youtube je lagi."

Kali ini Dahlia Arissa sudah mengekek ketawa. Terbayang-bayang semasa dia menari tarian zapin di dalam kelas ketika Prof. Andrew bertanya macam mana gerakan tarian tersebut.

"Aku pun tak tahu kenapa masa dekat sana dulu, semangat kenegaraan aku dulu meluap-luap. Kau ingat lagi tak dekat Deniz? Anak mat saleh yang cabar aku nyanyi lagu Negaraku dekat tengah-tengah hall, time tu?" Dahlia Arissa semakin seronok membuka semula kenangan mereka ketika belajar dahulu.

"Mana boleh lupa wei! Aku dengan Kate sekali kau rembat nak nyanyi lagu tu. Siap bagi extra lagu Jalur Gemilang pulak tu. Mula-mula bukan main malu lagi, tapi lepas habis nyanyi lagu-lagu tu semua baru aku perasan ramai yang tengah tengok kita. Siap bagi tepukan lagi. Masa tu bangga gila wei!" Kali ini gelak tawa mereka berdua bergabung menyebabkan Daniel Amriza mengalih pandangan kepada mereka.

"Cerita apa yang lawak sangat tu? Abang yang tak tau apa ni pun boleh ikut tergelak sekali bila dengar kau orang tergelak," sampuk Daniel Amriza.

Dahlia Arissa dan Qirah mengendurkan gelak tawa mereka.

"Ni Lia adik kesayangan Abang Amri ni, yang bukan main nakal lagi masa dekat Europe dulu. Satu Campus kenal Dahlia Arissa ni, tau!" Qirah menjawab.

"Kau jangan nak cerita dekat abang aku ni, Irah. Tak pasal-pasal cerita tu dijadikan modal dia nak kenakan aku. Aku tahu sangat akal abang aku tu." Celah Dahlia Arissa sambil tersengih.

"Pandai je dia ni. Ermm, mana Amir tak sampai-sampai lagi ni? Dah lah abang dah janji dengan Uncle Kamal nak datang awal malam ni," rungut Daniel Amriza sambil mencapai gelas minumannya.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now