bab 12

486 36 0
                                    

MAISARAH dan Dahlia Arissa sibuk membuat dadih di dapur. Bibik menggosok baju kemeja Daniel Amriza dan Amir Haikal. Suara Dahlia Arissa bertingkah dengan suara Maisarah.

"Dah siap! Tengah hari nanti dah boleh dah makan dadih milo buatan Lia dan Mia!" Ujar Dahlia Arissa sambil tersenyum tanpa menyedari Amir Haikal berdiri di muka pintu dapur.

Maisarah memasukkan dadih tadi ke dalam peti sejuk sebelum membawa langkah ke bilik air.

"Tak sabar abang nak rasa dadih yang Lia buat tu," tegur Amir Haikal. Dahlia Arissa yang sedang membasuh tangan terkejut mendengar teguran itu.

"Eh, sejak bila pulak abang berdiri dekat situ?"

"Dari tadi lagi, cuma Dahlia je tak perasan. Tak boleh makan terus ke dadih tu?" Tanya Amir Haikal lalu menuju ke peti sejuk. Dia nengambil susu segar. Dahlia Arissa segera menghulurkan gelas kepada Amir Haikal tanpa menjawab pertanyaan abang sepupunya itu.

"Kena simpan dalam peti sejuk dulu, lepas tu baru boleh makan sambil bergolek-golek sebab menghayati kesedapan buah siin safiyyah dadih milo yang kita orang buat," jawab Dahlia Arissa sambil tergelak. Amir Haikal yang menuang susu ke dalam gelas memandang tepat wajah Dahlia Arissa lalu dia juga turut terikut gelak sekali.

"Banyak lah Lia punya buah siin, Lia ingat ni iklan yusuf tayyob? Kalau bergolek-golek sebab sedap tak apa jugak, tapi kalau menangis-nangis sebab tak sedap macam mana?"

"Isy, ada pulak abang cakap macam tu dekat dadih Lia. Kesian dia. Masa dekat London dulu Lia selalu buat dadih untuk mummy dengan daddy, dia orang kata sedap je. Siap mintak resepi rahsia lagi." Kata Dahlia Arissa sambil menjongketkan keningnya.

"Ya ke? Entah-entah Dahlia yang paksa dia orang makan, tak? Macam selalu Lia buat dekat papa dengan abang? Macam moist chocolate cake Lia hari tu?" Sakat Amir Haikal lagi.

"Mana ada! Lia tak pernah buat dekat mummy dengan daddy macam tu! Lainlah papa dengan abang," jawabnya sambil tergelak. Sempat juga dia meneguk susu segar di dalam gelas Amir Haikal.

"Sejak bila pandai minum air abang ni?" Tanya Amir Haikal. Dia amat terkejut melihat tindakan spontan Dahlia Arissa.

"Sejak jatuh cinta dekat abang kut!" Jawab Dahlia Arissa lantas berlalu sambil ketawa, Amir Haikal ternganga.







TENGAH HARI itu Dahlia Arissa mengambil alih tugas memasak kerana Daniel Amriza sudah lama tidak merasa masakan adik kesayangannya itu. Dalam masa satu jam setengah, Dahlia Arissa sudah pun siap menyediakan juadah makan tengah hari.

"Waduh! Ngak nyangka ya Lia bisa masak sebegini enak!" Puji bibik yang turut di ajak makan bersama mereka. Sekali lagi bibik mengambil lauk lemak pucuk ubi yang terhidang di atas meja. Maisarah pula berselera dengan lauk asam pedas ikan tenggiri.

"Bibik jangan pandang sebelah mata dia ni, cakap je nak makan apa. Insya-Allah akan ditunaikan. Sebab tu saya sayang dekat adik saya yang sorang ni bik," celah Daniel Amriza pula.

Dahlia Arissa yang sedang leka mengopek kulit udang hanya tersenyum mendengar pujian daripada abangnya itu.

"Sambal sotong dengan udang ni pun sedap bik, rugi kalau bibik tak rasa." Kata Amir Haikal pula.

Sememangnya dia yang meminta Dahlia Arissa memasak sambal sotong dan udang untuk makan tengah hari itu.

"Semua sedaplah. Lauk lemak pucuk ubi sedap, sambal sotong dengan udang pun sedap, asam pedas ikan tenggiri ni pun, lagi lah sedap. Cuma ulam-ulam ni je yang bukan Kak Lia masak." Sambut Maisarah. Tidak mahu ketinggalan dalam memuji masakan Dahlia Arissa.

"Tapi, sambal belacan ni pun sedap jugak!" Kata Daniel Amriza sambil mencecah kacang botol ke dalam sambal belacan.

"Dah lah, jangan asyik puji je. Kena habiskan semua ni tau! Lagipun Mai dengan bibik pun banyak tolong tadi kan," Dahlia Arissa bersuara.

"Malam karang, Dahlia masakkan spageti pulak tau," cepat sahaja Daniel Amriza membuat permintaan. Alang-alang dah balik rumah ni, baik dia mengada-ngada sikit dengan adiknya itu. Nanti bila sudah balik ke Singapura, makan luar sahajalah jawabnya.

"Amboi... Bukan main demand lagi abang ni, ya. Nasib baik Lia sayangkan abang, kalau tak... Sorry to saylah Lia nak masakkan." Jawabnya sambil tergelak.

"Kalau macam tu, abang pun nak request jugaklah. Masakkan abang lasagne. Lama dah tak makan lasagne yang Lia masak." Amir Haikal mula mencelah. Dia pun teringin hendak makan lasagne. Kalau Dahlia Arissa yang buat, sudah tentu keju akan melimpah-ruah. Itulah yang paling disukainya.

"Erm... Bibik, Mai? Tak ada apa-apa ke yang nak di request? Boleh buat order sekarang," balas Dahlia Arissa selamba. Yang lain sudah pun tergelak.

Selepas makan, mereka dihidangkan pula dengan dadih yang sejuk lagi enak. Bibik tidak henti-henti memuji. Sememangnya dia kagum dengan anak majikannya itu. Bukan sahaja pandai memasak, tetapi seorang yang baik hati.







Vote button

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now