bab 65

414 29 2
                                    

"DAHLIA!"

Dahlia Arissa yang sedang leka membaca sinopsis novel itu segera berpaling. Amir Haikal sudah pun melangkah mendekatinya. Sebuah senyuman manis dihulurkan kepada abang sepupunya itu.

"Sorang?" tanya Amir Haikal setelah berdiri dihadapan Dahlia Arissa.

"Haah, sorang. Abang pulak dengan siapa?"

"Tak ada siapa-siapa," jawabnya lalu menarik sebuah novel yang tersusun rapi di rak buku itu.

Dahlia Arissa kembali menyambung sinopsis novel yang ada di tangannya. Matanya sempat mengerling ke arah dua orang gadis di sebelah. Gadis yang mungkin berusia awal dua puluhan itu sesekali menjeling ke arah Amir Haikal. Dahlia Arissa sudah pun senyum sendiri.

"Abang, awek sebelah Lia ni macam berminat je dekat abang," bisik Dahlia Arissa.

Amir Haikal tersentak. Hembusan nafas Dahlia Arissa yang menampar telinganya tadi menggetarkan dadanya.

"Tapi mana boleh, abangkan dah nak bertunang..." sambung Dahlia Arissa lagi.

Amir Haikal meletakkan novel di tangannya tadi. Ketika itu dia berlaga pandangan dengan Dahlia Arissa. Sekali lagi dia panar. Ya Allah, kenapa cinta dan kasih sayangku masih lagi tertumpah pada dirinya?

"Abang..." panggil Dahlia Arissa apabila melihat Amir Haikal tidak berkalih memandang wajahnya.

Amir Haikal yang seolah-olah baru tersedar itu terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. Mudah sangat dia terleka bila berdepan dengan isteri Tengku Syed Adam itu.

"Abang ni, kenapa?" tanya Dahlia Arissa lagi bila melihat wajah Amir Haikal sedikit berubah.

"Lia minta maaf kalau apa yang Lia cakap tadi menyakitkan hati abang," pinta Dahlia Arissa. Lembut.

Amir Haikal pantas tersenyum. Tak ada apa yang nak dimaafkan pun, desisnya di dalam hati.

"Lia nak beli novel apa?" Amir Haikal sengaja menukar topik perbualan.

Dahlia Arissa menunjukkan di tangannya empat buah novel yang dipegangannya itu. Dengan pantas Amir Haikal mengambil novel-novel yang ada di tangan adik sepupunya itu lalu berjalan menuju ke kaunter.

"Eh, apa ni abang? Kalau abang nak beli, abang pergilah ambik sendiri. Tu Lia punya," bebel Dahlia Arissa yang sudah mengejar Amir Haikal.

"Tak ada maknanya abang nak baca novel ni. Novel cinta pulak tu," balas Amir Haikal.

"Habis tu?"

"Abang nak bayarkan novel ni untuk Lia."

Membuntang mata Dahlia Arissa mendengarnya. Pantas langkah Amir Haikal dihalang daripada menuju ke kaunter pembayaran. Novel yang berada di tangan Amir Haikal terus dirampas.

"Dahlia boleh bayar sendirilah."

"Tapi abang boleh dapat diskaun sebab mamat kat kaunter tu kawan abang," bisik Amir Haikal. Sememangnya lelaki yang berada di kaunter itu merupakan temannya, Firdaus. Disebabkan itulah dia selalu membeli buku disitu kerana dia akan mendapat harga staff price melalui Firdaus.

"Sejak bila kau layan novel jiwang ni, bro?" usik Firdaus setelah dia dan Dahlia Arissa berada di hadapan kaunter.

Dahlia Arissa hanya tersenyum kelat bila novel yang dipilihnya tadi sudah discan oleh teman abang sepupunya itu.

"Agak-agaklah. Semua novel ni dia yang beli sebab dia ni memang spesies jiwang karat. Tak pun lebih senang cakap, dalam hati ada taman," sakat Amir Haikal sambil merujuk kepada Dahlia Arissa.

Mencerlung mata Dahlia Arissa bila diusik oleh Amir Haikal.

Firdaus sudah pun tergelak. Nasib baik tidak ada pelanggan lain yang berada di kaunter pembayaran ketika itu.

"Total semua sekali empat puluh empat ringgit, lapan puluh sen.

Amir Haikal segera menghulurkan not lima puluh ringgit kepada Firdaus. Sementara menunggu duit baki, dia sempat mengerling Dahlia Arissa yang sudah leka membelek-belek majalah masakan yang berada di rak berhampiran dengan kaunter pembayaran. Matanya sempat terpaku lama pada wajah bersih milik Dahlia Arissa.

"Ehem, sudah-sudahlah tu bro. Tunang kau pun not bad apa," tegur Firdaus. Dia tahu gadis yang bersama Amir Haikal itu pasti Dahlia Arissa yang selalu diceritakan oleh Amir Haikal ketika mereka berjumpa.

"Cantikkan?" balas Amir Haikal perlahan.

Firdaus mengangguk lalu menghulurkan duit baki kepada Amir Haikal. Ketika itu juga Dahlia Arissa mencapai bungkusan novel yang berada di tangan Amir Haikal.

"Thanks abang sebab bayarkan buku ni untuk Lia. And thanks jugak dekat awak sebab bagi diskaun," ucap Dahlia Arissa kepada Amir Haikal dan juga Firdaus.

"Sama-sama. Lepas ni kalau nak beli buku, datang je sini. Kalau saya ada, insya-Allah saya akan bagi lagi diskaun dekat awak," ramah sahaja Firdaus membalas.

"Okeylah bro. Aku gerak dulu. Jangan lupa datang majlis aku nanti. Bawak anak bini kau sekali," pesan Amir Haikal ketika mereka berdua bersalaman.

"Insya-Allah."












SETELAH meminta keizinan Tengku Syed Adam, akhirnya Dahlia Arissa bersetuju untuk makan tengah hari bersama Amir Haikal selepas mereka berdua keluar dari kedai buku tadi. Mereka berdua masuk ke dalam sebuah restoran yang menyediakan makanan kampung.

"Adam tak kisah Dahlia lunch dengan abang ni?" tanya Amir Haikal sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

"Tak," jawab Dahlia Arissa. Tangannya menggaulkan nasi dengan sambal ikan siakap sebelum disuakan ke dalam mulut. Sambal yang sedikit pedas itu memaksa Dahlia Arissa menyedut rakus air sirap limaunya.

"Kenapa? Pedas?"

Pertanyaan Amir Haikal itu hanya disambut dengan anggukan. Suapan diteruskan lagi. Amir Haikal memerhati tingkah laku Dahlia Arissa. Jelas sekali wanita di hadapannya itu sudah banyak berubah. Kalau dulu mulut Dahlia Arissa becok bukan main lagi. Tetapi sekarang, bercakap pun lebih banyak bertapis. Mungkin status sebagai isteri orang membuatkan seseorang itu lebih menjaga batas-batas pergaulannya. Amir Haikal menelah sendiri.

"Kenapa abang dengan Bella tak kahwin je terus?"

Pertanyaan secara tiba-tiba itu membuatkan Amir Haikal sedikit tersentak. Dia yang dari tadi leka menatap wajah Dahlia Arissa segera menjatuhkan pandangannya pada nasi di dalam pinggan.

"Abang just ikut plan mummy. Lagipun Bella yang nak sangat bertunang, so abang ikut jelah..." balas Amir Haikal sambil meletakkan sudu dan garpu.

Seleranya mati serta-merta bila isu pertunangannya debgan Bella dibangkitkan. Jika orang lain yang bertanya, dia boleh lagi berlagak biasa... tetapi bila Dahlia Arissa yang mengutarakan perkara berkenaan, membuatkan hatinya dilanda resah yang tiada kesudahannya. Tidak tahu kenapa.

"Tak apalah, abang. mungkin ni jodoh yang terbaik untuk abang. Dahlia tengok Bella tu sesuai sangat dengan abang. Dia pun rapat dengan mummy."

Amir Haikal hanya tersenyum tawar. Kata-kata Dahlia Arissa itu memang ada kebenarannya. Bella memang sesuai dijadikan isteri dan mummynya pula amat rapat sekali dengan gadis itu. Cuma dirinya sahaja belum dapat memasukkan nama Bella di ruang hatinya kerana nama Dahlia Arissa masih teguh bermukim disitu.

"Eh, tu macam Abang Khalil je?" tunjuk Dahlia Arissa ke arah luar restoran.

Amir Haikal segera berpaling mencari kelibat Khalil Asyraf, tetapi tiada.

"Tak ada pun."

"Err.. salah orang kut." Pantas Dahlia Arissa menjawab, tetapi sebenarnya dia pasti lelaki yang dilihatnya tadi adalah Khalil Asyraf. Tetapi kenapa Khalil Asyraf boleh bersama Damia? Perbualan antara dia dan Puteri mula menjengah di dalam kotak fikirannya. Adakah Damia merupakan perempuan sudah bersuami yang dimaksudkan oleh Puteri tempoh hari? Ya Allah, apa semua ni?




















Vote :((



C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWo Geschichten leben. Entdecke jetzt