bab 49

415 16 0
                                    

TENGKU SYED ADAM memeluk erat anaknya. Maisarah segera meninggalkan bilik Dahlia Arissa setelah menyerahkan Tengku Syed Muiz kepada adik iparnya itu. Dahlia Arissa berdiri di porch bilik mereka. Membiarkan Tengku Syed Adam bersama Tengku Syed Muiz. Biarlah Muiz bersama papanya. Lepas ni entah bila akan bertemu lagi, bisik hati Dahlia Arissa.

"Sayang, abang nak mintak maaf." Tengku Syed Adam berkata lalu merapatkan dirinya pada Dahlia Arissa.

"You cakap you tak salahkan? So, tak perlu you nak mintak maaf," balas Dahlia Arissa lalu melangkah masuk ke dalam. Masih bersikap dingin.

"Tapi kenapa sayang layan abang macam ni? Abang perlukan sayang. Perlukan sokongan sayang."

Dahlia Arissa yang baru sahaja hendak melabuhkan punggungnya di birai katil segera berpaling menghadap Tengku Syed Adam yang sudah berada betul-betul di hadapannya.

"Adam, you tak perlukan I. You pun tak perlukan sokongan I. Yang you perlu buat sekarang ni adalah bertanggungjawab atas apa yang you dah buat."

Tengku Syed Adam seakan-akan tidak percaya isterinya bercakap dengan setenang itu. Kedua-dua belah pipi Dahlia Arissa dipegang dengan tangannya. Mata mereka bertaut.

"Dengar apa abang nak cakap ni. Walau apa pun terjadi, abang tak akan lepaskan sayang. Abang tak akan tinggalkan sayang dengan Muiz. Sayang tahukan yang abang tak boleh hidup tanpa sayang? Sayang tahukan selama ni abang hanya cintakan sayang sorang? Tolong abang, sayang. Tolong percayakan abang. Abang tak kuat nak hadap semua ni sorang-sorang." rayu Tengku Syed Adam.

Dahlia Arissa menundukkan kepala. Keputusannya mula berbelah bahagi. Dia masih sayangkan suaminya. Dia juga tidak sanggup hidup tanpa suaminya. Tetapi dia juga tidak sanggup ada perempuan lain dalam hidup Tengku Syed Adam. Nafas ditarik dalam-dalam. Sukarnya membuat keputusan!

"You balik je dulu, Adam. I dah penat." Dahlia Arissa menurunkan tangan suaminya yang masih setia di pipinya.

"No! Abang tak akan balik."

"Fine, you duduk jelah sini. Biar I yang keluar dari sini."

Tengku Syed Adam mengeluh berat. Kenangan Dahlia Arissa membawa diri ke Europe dulu mengusik ingatannya. Dengan langkah perlahan dia mendapatkan Dahlia Arissa yang sedang membuka almari.

"Abang akan pergi, tapi abang tak akan lepaskan sayang. Itu janji abang..." kata Tengku Syed Adam lalu mencium dahi isterinya. Dia tidak mahu Dahlia Arissa membawa diri buat kali kedua.

"Muiz, papa nak balik dah ni. Muiz tolong tengokkan mama, ya. Nanti papa datang jumpa Muiz lagi. Papa sayang Muiz. Papa sayang mama jugak. Papa tahu papa banyak buat salah jugak dekat Muiz, dekat mama... tapi kali ni papa betul-betul berani bersumpah yang papa memang tak buat benda terkutuk macam tu. Papa harap Muiz percayakan papa sebab tak ada siapa dah yang percayakan papa." Lirih sahaja suara Tengku Syed Adam.

Dahlia Arissa sudah tidak dapat menahan air matanya apabila mendengar kata-kata Tengku Syed Adam. Hatinya semakin pilu apabila bayangan Tengku Syed Adam sudah hilang di sebalik daun pintu.

"Abang..." panggilnya perlahan. Tidak lama kemudian esakan Dahlia Arissa memenuhi ruang bilik itu.















JUS OREN itu disedut perlahan. Bibirnya sudah menguntum senyum apabila mendengar cerita Damia. Puas hatinya apabila Tengku Syed Adam sudah pun tidak duduk sebumbung dengan Dahlia Arissa sejak tiga hari lepas. Makin menggembirakan bila Damia memberitahu Dahlia Arissa sudah pun meminta Tengku Syed Adam menceraikannya.

"Tapi Adam nak ke kahwin dengan kau ni?" Soal Syahfina kepada Damia.

"Berani ke dia tak kahwin dengan aku? Sebab mama aku dah warning awal-awal kat bapak dia. Kalau Adam tak bertanggungjawab, dia nak jaja pasal benda ni. Biar dia orang malu buat kali kedua. Lagipun buat masa ni hanya kita-kita saja yang tahu," cerita Damia lagi.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now