MDH1🤍

285 6 0
                                    

Malam yang dingin,ditemani bulan dan bintang yang indah,Cuaca yang sejuk di tambah pula dengan hujan lebat,angin pula meyapa tubuh.Begitu indah jika dapat menikmati kehidupan di atas katil yang empuk ketika itu.

"Ayra! Ayra!" Jerit lelaki yang bernama Harris zayder itu sambil melangkah mencari kelibat sang isteri tercintanya.ciehhh!

"Kau pahal! Terjerit jerit macam khinzir tersepit!" Jerit Ayra apabila rimas dengan jeritan suaminya.bukannya dia pekak pun..cuma malas nak menyahut sahaja.

"Tersepit? Dekat mana?" Soal Harris.

"Dekat dalam diri kau!" Balas Ayra sambil menjeling tajam kepada Harris.Orang tengah serius ni!

"Ouh..dekat situ.." kata Harris sambil mengangguk ngangguk kan kepalanya."Ayra pun tersepit jugak kan?"

"Bila masa?" Berkerut dahi gadis itu pelik.bila pula dia tersepit? Hm ke dia nak sama kan aku dengan babi jugak?

"Adalah..cuba ingat balik.."Harris tersenyum melihat wajah isterinya yang penuh dengan tanda soal di minda nya.

"Dekat mana?" Serius Ayra bertanya.dia hilang ingatan ke? Kenapa dia tidak ingat walau seinci pun tentang perkara itu? Nak mati dah ke?

"Aik? Takkan tak ingat?" Kata Harris sambil melipat lengannya di dada.

"Tak." Balas Ayra sepatah.

"Nak tahu tak dekat mana?" Harris mengangkat tinggi kening kirinya.

"Mana?" Ayra memandang wajah suaminya dengan serius dan penuh dengan tanda tanya.

"Ayra tersepit dalam hati Harris!" Jawab harris.aduh pickup line pula malam malam ni..pikir sweet ke? Nyenyenye.

"Kau nak mati sekarang ke kejap lagi?" Wajah Ayra serius..nadanya pula mendatar sahaja menyoal.harris Harris..memang menempah maut.

"Eherm" Harris berdehem perlahan tanda tanda ingin menukar topik.yelah..kalau tak tukar kang mati pulak."aaaa Ayra buat apa dekat luar ni?"

"Tengah duduklah..buta ke?"sekali lagi Ayra menjeling tajam suaminya.kalau matanya adalah sebilah pisau pasti  Harris sudah terbelah 1000 akibat selalu dijeling tajam oleh isterinya.

"Jom lah masuk..sejuk lah dekat luar ni.." kata Harris sambil melihat bulan dan bintang.

"Tak nak." Balas Ayra.

"Jom lah..Harris dah masakkan fav food Ayra tau.." pujuk Harris.

"Ada aku suruh? Tak kan? Yang pandai pandai masak tu kenapa?" Ayra memalingkan wajahnya menghadap ke kolam renang di tepinya.

"Dari semalam tak makan..nanti sakitlah.." jelas riak wajah risaunya kepada gadis itu.tetapi..nama pun Ayra..apa yang dia peduli? Haih

"Siapa kesah? Pandai masak kan? Pandai pandai lah makan..lagipun aku tak lapar." Balas Ayra lagi.degil? Baru sikit!

"Jom masuk..dah malam ni." Pujuk Harris lagi.

"Taknak! Aku nak tunggu abang ayish balik!" Jawab ayra.ini lah sebabnya mengapa dia berada diluar.. menunggu kepulangan abangnya.

"Alah..kejap lagi sampai lah tu.."

Ayra diam tidak membalas.

"Ermmm..kita hidangkan makanan untuk ayish nak? Kesian ayish nanti takda makanan.."

"Nak!" Balas Ayra teruja.sebut sahaja pasal abangnya..pasti dia setuju sahaja.

"Okey let's go."

Harris tersenyum melihat kelakuan isterinya.Di matanya semua terlihat sempurna dan comel sahaja dengan tingkahlaku gadis itu.walaupun dia tahu isterinya segarang garang singa..dia tetap berusaha mencari ruang di hati isterinya.ciehhhhhh

HARRIS ZAYDER Место, где живут истории. Откройте их для себя