MDH54🤍

48 4 0
                                    

"Sayang dah bangun hm?" Tanya Harris sebaik sahaja melihat isterinya mencelikkan mata.Tangannya naik menyelitkan rambut isterinya ke belakang telinga.Entah mengapa dia tidak boleh berhenti menyengih pun dia tidak tahu.Rasa comel pula wajah isterinya ketika baru bangun Dari tidur.

"Tidur sini ke semalam? Kenapa tak tidur tempat lain?" Tanya ayra kembali dan terus bangun Dari baringnya.

"Macam mana abang nak tidur tempat lain kalau..sayang tidur pun berbantalkan lengan abang.." balas harris sambil tersenyum sinis.Eleh! Selesa lah tu kan? Tu yang Lena tak Ingat dunia.Tu lah jual mahal sangat! Kalau tak mesti hari-hari dapat berbantalkan lengan sado ni..

"Eleh! Tarik je lah" ayra memberikan jelingan.Alasan je! 

"Tak sampai hati lah sayang.."

"Apa-apa je lah.." kata ayra dan terus baring sambil menarik selimutnya untuk menyambung semula mimpi Nya tadi.

"Aik? Tak kan nak Sambung tidur? Abang baru nak ajak sayang teman abang pergi office hari ni" kata Harris sambil menatap isterinya.tangan kanannya pula menongkat kepalanya.

"Bukan cuti ke? Dah pukul berapa baru nak masuk office" balas ayra sambil melihat jam di dinding.Masuk office pukul sembilan? Merepek apa ni?

"Sayang lupa ke? Suami sayang ni boss..suka hati abang lah nak masuk pukul berapa pun" dengan penuh lagaknya Harris membalas.Santai..ni lah kelebihan menjadi boss..hehe

Ayra diam.ye betul lah tu..memang suaminya itu boss tetapi sebagai boss tolonglah tunjuk contoh yang baik dekat staff tu..

"Jom lah sayang teman abang.." Rayu Harris kepada ayra sambil menggoncangkan sedikit lengan isterinya itu.Ajak teman je pun susah..kang suami kena ngorat baru tahu!

"Ngantuk lah.."

"Please.." sekali Lagi Harris merayu.Bukan apa..kan best kalau Ada orang teman takdalah boring je nanti.

"Ye lah ye lah.." balas ayra yang mempersetujui dengan rayuan suaminya.Lagipun office suaminya itu best juga..sama macam dekat rumah..boleh lah dia Sambung tidur Lagi nanti..hehehhe

"Okey jom mandi!" Ajak harris sambil menarik lengan isterinya.

"Tch! pijak Kau kang! Tahu lah" kata ayra dan merentap kasar lengannya kembali.

"Hek Eleh! Bukan orang lain pun.."

"Eyy memang tak lah.."

"Sayang ni jual mahal sangat Kenapa? Sayang tu isteri abang sorang je tahu tak.." kata harris yang sedikit tidak berpuas hati.Apa salahnya? Tak berdosa pun kan?

"Habistu? Harris Ingat suami ayra ramai ke?"

"Tahu pun..dah tu? Sayang jual mahal mana pun..sayang tu Hak milik abang je..ni Dari hujung rambut sampai hujung jari kaki tu semua hak abang tau..takda lelaki lain yang boleh ambik semua hak abang ni" kata harris sambil melihat isterinya Dari atas hingga ke bawah.Apa lah yang nak dijual mahal kan sangat? Bukan Ada orang lain boleh beli pun..

"Ish! harris cakap pasal ni Lagi..Ayra pergi tak balik-balik dah"

"Kenapa pulak? Betul lah..abang Ada hak apa.."

"Gatal! Kawin Sebab tu je ke? Baik tak payah kawin" kata ayra.Geram Betul dia dengan sikap lelaki begini.Tak habis-habis! Betul lah orang kata..lelaki ni memang tak lari dalam memikirkan benda macam ni.Tapi mungkin sesetengah lelaki? Or semua? I don't know lah..

"Eh bila masa pulak! Kalau abang kawin dengan sayang Sebab tu je..abang takkan tunggu sampai sayang Betul-betul terima abang tau" balas harris yang sedikit membantah dengan kata-kata isterinya.Kalau dia lelaki yang begitu sudah lama dia ambil sahaja hak Nya tanpa memperdulikan sedikit pun perasaan gadis itu.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now