MDH42🤍

34 2 0
                                    

"Apa Yang jadi Sebenarnya?" Tanya akmal sebaik sahaja mereka tiba di rumah ayra.

"Kau tak tahu? Harris tak bagi tahu Kau?" Kata risy Yang melontarkan Soalan Tanpa menjawab pertanyaan akmal terlebih dahulu.

"Kalau Aku tahu..buat apa Aku Tanya!" Tengking akmal di akhir Katanya.Sudahlah dia sedang panas hati! Boleh pula menanyakan soalan bodoh!

"Lekkk luuuuu! Marah sangat apahal?" Balas risy.

"Macam mana Aku tak Marah! Aku tengah pilih barang dapur tiba tiba mamat tu call Tengking! Tengking! Aku!!" Sekali Lagi nada Suara akmal meningkat tinggi bak gunung Everest.Sukar Betul untuk dirinya hendak mengawal emosi pada Kali ini.

"Siapa? Harris?" Tanya nish

"Habis tu?! Korang Ada tengking Aku ke?!"

"Memang takda tapi Kau nak Aku bagi Ada? Bila orang Tanya! Jawab elok elok!!" Ayish menengking kuat.Haih dah lah tadi order kopi ais Yang  sampai air Oren! Jantan ni pulak buat perangai! Stress betullah hidup ni!.Eloknya jantan ni dengan mamak tu Aku sula dekat tengah tengah highway!

"Dah dah lah tu.Kau tak tahu Lagi kan? Ha meh sini Aku bagi tahu..Za'farel.Dia dah datang semula" kata nish menerangkan secara ringkas kepada akmal.

"Hidup Lagi dia tu? Kenapa tak mampus je? Hidup pun beban! Menyusahkan orang!" Akmal menengking melepaskan geramnya.Ikut kan hati mahu Saja dia mencekik Harris jika lelaki itu berada dihapannya ketika ini.Hilang mood Aku! Aku dah tolong bini Kau! Bukannya nak berterima kasih! Tak bersyukur langsung!

"Ye dia hidup Lagi dan berbahagia dekat sana tapi dia hantar anak buah dia dekat sini" sampuk risy dengan tenang.Walaupun riak wajahnya kelihatan biasa seolah Olah tiada apa Yang berlaku namun itu tidak bermakna hati dan Fikirannya juga sama.Hatinya gelisah dan fikirannya sedikit bercelaru apabila Harris memberitahunya tentang perkara ini..hampir mati akal memikirkan bagaimana dia hendak menyelamatkan ayra daripada lelaki Iblis itu.

"Hek Eleh apa benda main hantar-hantar anak bu- eh jap! Anak buah?! M-maksudnya dia orang tengah Cari ayra?!" Terbeliak biji mata akmal apabila tersedar dengan kata kata risy tadi.Dia juga Turut sama berasa gelisah dan tidak tentu arah.Tipulah kalau sejak kejadian itu menimpa sahabatnya dia langsung tidak tefikir kalau za'farel Akan datang semula.Dan Akhirnya..apa Yang dia fikirkan bakal terjadi Lagi.

"Takkan  kita nak biar ayra dekat sini je?" Tanya nish dengan raut wajahnya Yang serius.

"Aku setuju dengan apa Yang nish cakap.Kita tak boleh biar kan ayra dekat sini" Sampuk Eric pula.Dari tadi dia hanya diam bukan kerana apa tetapi dia diam memikirkan bagaimana dia hendak membawa gadis itu hilang daripada pandangan mata kasar za'farel.

"Habistu? Kita nak bawak ayra dekat mana?" Tanya akmal.

"Nanti Aku Bincang dengan Harris.Buat masa ni kita semua perlu berhati hati.." kata risy dengan nada mendatar.

"Adik.Are you okey?" Soal Ayish kepada ayra apabila dia melihat raut wajah adiknya Yang kelihatan seperti gelisah itu.

Ayra mengangguk tanpa berkata apa-apa.

"Korang tolong tengok kan Adik Aku..Aku nak pergi call Harris kejap" Ayish terus bangun Dari duduknya dan berlalu pergi.

"Aku taknak hilang kau Lagi" berkaca mata akmal sambil menatap wajah ayra.Ya,memang gadis itu agak menyusahkan baginya tetapi gadis itu jugalah  sahabat baiknya.Biarpun garang seperti singa..Dia tetap menyayangi gadis itu setulus hatinya sebagai  seorang adik walaupun mereka berdua sebaya.

"Tak hilang pun..Aku Ada je dekat sini kan" Balas ayra selamba seolah-olah tidak memahami dengan maksud akmal tersebut.Sebenarnya, dia pun turut ingin mengatakan Hal Yang sama..dia tidak mahu kehilangan mereka semua selamanya..tetapi, dia hanya mampu berserah kepada tuhan agar semua ini baik baik sahaja.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now