MDH64🤍

40 4 0
                                    

"Awak! Ingat lagi tak tempat ni? Dulu kita selalu tengok sunset dekat sini! Seronok kan masa tu?" Kata fahim kepada ayra sambil melihat mata hari terbenam di pantai itu.Indah seindah bidadari di sebelahnya..

"Hm" balas ayra.Seronok memang seronok dapat melihat mata hari terbenam..tapi yang membuatkan jadi tidak seronok itu apabila dia melihat pemandangan yang indah bersama seseorang yang tidak indah.

"Awak..terima kasih tau.." ucap fahim sambil menatap wajah ayra.

"Sebab?"

"Sebab awak terima saya.Saya tahu awak masih sayangkan saya.."  kata fahim.senyuman manisnya ditayang.Biarlah seribu kali gadis itu menolak pun..dia tetap akan berusaha sehingga berjaya.Dia tahu setiap kata benci dari gadis itu adalah helah untuk membuatkan dirinya lupa kan tentang niatnya..tapi dia juga tahu dan yakin yang gadis itu masih sayang kan nya seperti dulu..

"Saya buat semua tu sebab taknak awak ganggu harris" balas ayra jujur.Kalau bukan sebab taknak sesuatu perkara buruk menimpa suaminya jangan mimpi lelaki itu dapat duduk di samping nya seperti sekarang ini.

"Tak kesah lah! Janji awak terima saya"

"Saya nak pergi toilet kejap" kata ayra dan terus bangun dari duduknya.

"Okey Jangan lama-lama tau! Nanti rindu!"

Sempat Ayra menjeling sekilas sebelum berlalu pergi.Kalau ikutkan hatinya ingin saja dia benamkan kepala lelaki itu ke dalam pasir pantai ini.Rindu? Kepala otak kau lah!

"Sini kau!" Kata akmal sambil menarik kasar lengan ayra.

"Ish apa ni?!" Ayra merentap kembali lengannya.

"Kau buat apa jumpa mamat tu lagi?! Kau Jangan nak ada apa-apa hubungan dengan dia! Kau tu bini orang tahu tak?!" Kata akmal dengan nada separa derasnya.Ya.memang dia mengikuti mereka berdua sejak awal lagi..tapi niatnya hanya ingin memerhati kan tingkah laku lelaki yang bersama ayra itu sahaja..dia tidak mahu kalau ayra terpaksa melalui kisah buruk itu sekali lagi..

"Aku buat semua tu sebab aku taknak fahim kacau Harris lagi!" Balas ayra.Dia langsung tak pernah rela dengan apa yang dia lakukan sekarang ini! Semua nya terpaksa! Salah ke dia berkorban untuk seseorang yang dia sayang?!

"Dia ugut kau? Eh kau lupa ke? Kau lupa harris tu siapa? Setakat budak macam tu senang-senang je lah dia hapuskan" kata akmal lagi.

"Tah.aku tak tahu kenapa dengan aku" ayra menunduk.Dia tahu harris siapa dan dia tahu apa yang Harris mampu buat.Tapi dia tetap risau kalau apa-apa berlaku kepada suaminya itu..kalau sebelum ini ditikam lepas ini apa pula?

"Kau tu terlalu takutkan ugutan si bodoh tu! Kau patut bagitahu harris dari awal! Bukan buat macam ni belakang dia!" Akmal hampir hilang sabar.Mengapa berat sungguh mulut gadis itu hendak memberitahu suami sendiri pun dia tidak tahu..apa yang dirisaukan? Yang patut gadis itu risaukan adalah selepas semua ini terbongkar! Apa yang akan jadi kalau harris dapat tahu sendiri atau dari orang lain?!

"Please! Jangan bagitahu Harris pasal ni! Aku taknak di tahu!" Ayra memegang kedua belah lengan akmal.Dia langsung tidak ingin harris tahu tentang perkara ini..biarlah dia tanggung semuanya sendiri..

"Tapi-"

"Tolong.Tolonglah jangan libatkan harris lagi" ayra menggeleng kan kepalanya.merayu supaya akmal tidak memberitahu suaminya tentang hal ini walau sedikit pun..

"Okey.tapi janji dengan aku..kau kena bagitahu harris pasal semua ni nanti.."

"Thanks.." ayra memeluk tubuh akmal dengan erat.Bersyukur kerana akmal memahami dirinya.

Tangan akmal naik mengusap belakang kepala gadis itu.dia faham dan berasa simpati..tetapi tidak bermakna dia sokong sepenuhnya apa yang gadis itu telah lakukan..salah tetap salah.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now