MDH11🤍

47 5 1
                                    

Matahari mula terbit  meninggi,bunyi burung berkicauan di udara,Pokok hijau bergoyang di tolak angin.Jam pula sudah menunjukkan pukul lapan pagi.

"Eergh ermmm" Harris merengek menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya apabila cahaya matahari menyinari wajahnya.

"Bangun lah..dah pukul berapa ni" kata Ayra sambil mengikat langsir.

Harris tidak membalas.

Ayra yang tidak mendengar apa-apa respon daripada suaminya terus menarik selimut yang menutupi tubuh lelaki itu. Telapak tangan kanannya pula diletakkan didahi suaminya.

"Eh Harris bangun! Panas sangat ni..kita pergi klinik lah"

"Harris! Harris!" Ayra menampar perlahan wajah suaminya berkali kali.Masih lagi tiada gerakan daripada harris.Ayra terus berlari keluar dan menjerit memanggil Akmal dan Nish.

"Kenapa ni Ayra?" Tanya Akmal sebaik sahaja membuka pintu biliknya.

"H-harris" kata Ayra dalam keadaan yang sedikit cemas.

"Ha? Kenapa dengan harris?" Soal Akmal sambil berlari masuk ke dalam bilik Ayra.diikuti juga oleh Nish.

"Harris! Weyh Harris! Tak kelakar lah!" Akmal menggoyangkan lengan Harris untuk mengejutkan lelaki itu.

"Weyh pucat sangat ni kita pergi klinik lah.." kata Nish sambil memegang wajah Harris.

Tanpa menunggu masa yang lama Akmal segera mencempung tubuh kawan baiknya dan dimasukkan ke dalam perut kereta.

"Semalam dia okey ke?" Soal Nish kepada Ayra.

"Semalam dia okey je..tiba tiba je Harini makin teruk."

Akmal pula tidak menyampuk apa-apa dia hanya fokus dengan pemanduan nya.Apa yang dia tahu dia tidak ingin kehilangan kawan kawannya.



Hampir setengah jam berada di hospital.

"So?" Tanya Akmal kepada Ayra sambil menyandarkan badannya pada dinding.

"A-apa?" Ayra yang tersentak dari lamunanya menyoal dengan riaksi pelik.Tiba tiba je 'so?' apahal?

"Kau tetap dengan keputusan kau? Nak dengan jantan tak guna tu? Kau tak fikir pasal harris langsung kan" tajam mata nya memandang wajah Ayra.Barannya ditahan suapay tidak melepaskan kemarahan ditempat begini.

Ayra menarik nafas panjang."Aku tetap dengan keputusan aku."

"Takkan dalam keadaan macam ni kau nak pergi tinggalkan harris? Kau gila ke?" Kata Akmal sambil mengetap giginya.

"Mungkin lepas dia baik" jawab Ayra tenang seolah-olah perkara yang dia mahu lakukan itu tidak berdosa.

"Yaallah Ayra! Tolonglah fikir guna otak! Apa yang jantan tu ada sampai kau sanggup buat macam ni dekat suami sendiri?!" Jelas Nada suaranya sangat marah.Urat urat dileher menegang.Sumpah! Dia sangat sangat marah ketika ini!

"Nothing " sekali lagi Ayra memberi riaksi selamba.

"Habis tu? Apa yang kau terkejar-kejar kan sangat?" Soal Akmal yang ingin tahu.

"Macam yang aku cakap..Harris layak hidup bahagia tapi bukan dengan aku."

"Tapi-" kata katanya terhenti apabila Ayra laju memotong

"Dah boleh stop kot cakap pasal benda ni.." Ayra terus melangkah pergi tanpa menunggu balasan daripada lelaki itu.Lebih baik dia mengangkat kaki dan pergi daripada mendengar bebelan kawannya.

"Ayra! Aku tak habis lagi lah!" Akmal mendengus geram.Kenapa lah wujud perempuan macam ni dalam hidupnya! Stress!!

"Bro?" Akmal terkejut apabila terasa seperti orang menyentuh bahunya.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now