MDH65🤍

32 2 0
                                    

Harris menghembuskan nafas berat nya ketika dia berdiri tegak di hadapan cermin.Tali leher nya ditarik,lengan baju nya dilipat kemas dan rambutnya juga di sisir rapi.Dengan pemilihan warna baju kemeja putih dah lengkap dengan seluar dan coat berwarna biru gelap itu membuatkan dirinya terlihat begitu kacak dan menarik!.Kemudian, dia mencapai kunci keretanya dan terus menuruni anak tangga untuk pergi ke pejabat nya.

Ayra yang melihat harris menuruni anak tangga itu terus laju menuju kearah suaminya.

"H-Harris makan lah dulu! Ayra ada siapkan-" Tidak sempat ayra ingin menghabiskan kata-katanya harris sudah pun berlalu pergi tanpa menoleh sedikit pun kearah nya.

"Takpa lah adik..mungkin harris masih tak boleh terima dengan semua ni lagi" kata ayish sambil memeluk bahu adiknya.Dia juga turut berasa simpati dengan keadaan mereka berdua tetapi walau bagaimanapun dia tahu harris tidak akan membiarkan ayra seorang diri..

Ayra menunduk.kecewa? Ya, sungguh dia kecewa dengan tingkah laku harris yang langsung tidak menghiraukan nya..seolah-olah dirinya ini tidak wujud.Tetapi dia juga perlu redha dengan semua ini kerana semua yang berlaku ada juga silap darinya..

"Padan dengan muka kamu! Itu yang kamu pilihkan?!" Puan haniy mencelah.dia faham sangat mengapa menantunya buat begitu dan sedikit pun dia tiada rasa mahu menyalahkan menantunya dan lebih kepada menyokong.Sesekali dia juga rasa yang anak perempuannya itu perlu diberi pengajaran supaya perkara ini tidak berulang lagi.

"Astagfirullahaladzim..apa yang awak merepek ni?! Cuba doakan yang baik untuk anak-anak awak! Bukannya macam ni!" Kata tuan harith pula.terkejut juga mendengar kata-kata si isteri yang langsung tidak tahu menjaga hati anak gadis nya.ada ke patut cakap macam tu? Sedangkan semua orang tahu dia seorang ibu itu langsung tiada hijabnya..jadi? Mengapa tidak mahu mendoakan yang baik-baik?

"Dia yang pilih memang patut pun dia kena macam tu!Sikit pun saya tak salah kan menantu kita tu!" Balas puan haniy dan terus melangkah menaiki anak tangga.

Tuan harith menggeleng kepalanya.Haih..penat nasihat macam tu jugak..

"Betul cakap ibu.semua salah adik.Adik yang pilih untuk jadi macam ni.." Kata ayra.Dia sedar..dia banyak buat salah dan banyak menyusahkan keluarganya..tetapi dia hanya manusia biasa yang tak lari dari membuat kesilapan..

"Adik kenapa cakap tu..?" Soal ayish.Dia tahu adiknya tidak akan melakukan sesuatu tanpa sebab dan dia juga tahu ada salah dan silap dari adik nya tetapi tidak patutlah hendak menyalahkan adiknya sahaja..

"Dah lah bang..barang adik semua dah ada?"

Ayish mengangguk.

"Aku nak keluar kejap..ada hal" kata akmal berlalu pergi dan terus diikuti oleh Qayden.








"Selamat pagi tuan harris!" Ucap sha sebaik sahaja melihat boss nya itu tiba.

Harris diam tidak membalas.malah,tidak menoleh pun.

"Kenapa tu? Ketat semacam je muka?" Soal hayla kepada sha.boss ketat buat Come back?!  Omg!

"Ada masalah kot..biarlah! Jangan masuk campur! Mood dia tak baik tu! Baik kau siapkan kerja! Sebelum boss ketat kau tu mengamuk! Habis runtuh bangunan ni nanti!" Kata sha dan terus menyambung kerja nya.Fuhh! Bukan takut tapi memang takut! Walaupun dirinya belum pernah di Tengking oleh boss nya itu tetapi melihat orang lain yang kena pun dah terputus semua urat saraf! Seram!






Hampir dua puluh minit berlalu Harris masih lagi termenung sambil menghadap laptop nya.memikirkan mengapa dia dan dia yang terus diuji begini.Sakit yang di rasakan begitu dalam berbanding sebelum ini.Ya, dia terima kalau isterinya itu sukar untuk menerima dirinya tetapi bukanlah dengan cara begini.Ada lelaki lain di belakangnya atau membuat sesuatu tanpa pengetahuannya.Habis buntu akal dibuatnya..penat dia berfikir apa lagi kekurangan dirinya dan apa lebihnya lelaki itu?

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now