MDH21🤍

39 4 0
                                    

"Thanks sebab hantar aku balik.." ucap Ayra sebaik sahaja sampai dihadapan pintu pagar rumahnya.

"Welcome. Lagipun takda apa lah kau tu kawan aku jugak..Tapi besar jugak eh rumah kau.. Za'faran bagi ke?" Tanya akmal.Matanya tidak henti menilik setiap inci rumah gadis itu.Walaupun dari luar sahaja tapi dia sudah dapat membayangkan kekemasan didalam.maklumlah kawannya yang seorang ni OCD sikit..eh banyak kot..

"Helok sikit! Aku yang bayar sewa tau!" Ayra menjawab dengan sinis.Apa?! Kau ingat perempuan muda macam aku ni tak reti nak berdikari?! Selalu nak mengharapkan duit jantan je?!

"Banyak pulak duit kau eh.."

"Aku ni ada simpanan bukan macam kau boros!" Jujur Ayra.Akmal. kalau dah namanya Akmal Hakimi memang sampai mampus pun akan boros! Tak reti langsung nak menyimpan! Apa yang dia nampak semua nak di beli nya tak faham betul! Yang paling tak boleh terima katak pun nak beli! Kalau nak bagi ikan makan ke faham lah ni tak! Katanya nak buat hiasan rumah.Nampak tak? Hensem tak semestinya bijak.

"Apa apa je lah! Kalau kau tak belanja aku siap kau!"

"Tengoklah nanti macam mana"

"Dah masuk cepat aku nak balik ni" arah akmal.kedua belah tangannya diletakkan di dalam poket.Memang lah dia boleh terus balik sahaja tapi Rasanya kalau dia temankan kawannya itu lagi selamat kot.. Lagipun kalau dilihat kawasan rumah ini agak sunyi juga .positif je lah mungkin disini semua tidak ramah..

"Tak nak masuk dulu ke?" Soal Ayra.Ye lah kang tak pasal-pasal kena cop sombong,bongkak,berlagak pulak! Macam lah tak tahu mulut si Akmal tu puaka 2.0!

"Takpelah tak pasal pasal dapat kahwin free.. kau tu dah lah bini orang kalau single takpa jugak" jawab Akmal selamba.senyuman gatal dipasang.

Ceyh! Macam sial.

"Eyyy!"

Akmal mendesis sakit apabila Ayra menarik rambutnya kasar.

"Ada je kan mulut kau tu nak bercakap benda bukan bukan" marah Ayra.Mana tak geram nyah! Dengan perangai dia tu nyah! Mulut takda insurans nyah! Kalau mulut dia tu masin! Mampus nyah! Mampus!

"Sakit lah! Eish rosak rambut aku!" Dengan wajah bengangnya dia mengemaskan semula rambutnya.apa kau nak buat kau punya pasal tapi rambut jangan main! Sensitif woi!

Ayra menjeling.ikutkan hati nak tarik je rambut kau tu sampai akar! Biar balik balik botak separuh.

"Dah lah aku nak cepat ni ada meeting" kata Akmal sebaik sahaja melihat jam tangannya.

Ewah! Dah ada meeting wo! Gilo gilo!

"Ouh okey..tapi kau boleh tak janji dengan aku?" Soal Ayra.

"Apa?"

"Jangan bagitau sesiapa yang kau dah jumpa aku" pinta Ayra sambil membuat muka minta simpati.

"Tapi kenapa?" Soal Akmal.Pelik.Ada masalah ke? Berdosa ke?

"Biarlah Aku sendiri yang menghadap diorang.Kalau tak! Aku lari lagi jauh!" Ayra mengukir senyuman sinis.Dalam hati Nya sangat berharap teknik mengugut ini menjadi..

"Wah! Bukan main kau punya nak ugut aku tu kan! Ye lah aku tak bagitahu!"

"Thanks.okey bye! Bawak kereta elok elok" pesan Ayra.

Akmal tergamam.mimpi agaknya perempuan ni."Wah! First time care dekat aku "keningnya diangkat berkali kali.

Percaya ataupun tidak itu memang kali pertama nampak keikhlasan seorang Ayra yang memberi pesanan kepada nya.Sebelum ini? Jangan kan kata pesan apa pun takda..yang dia tahu memaki je memanjang!

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now