MDH49🤍

31 1 0
                                    

"Jadinya kamu lah yang jaga anak uncle dekat sana?" Soal tuan zaidy kepada steave.Kakinya disilangkan.

Steave mengangguk sebagai tanda balasan.

"Saya cumaa jaga dia sekadar saya mampu"

"Nak jaga ke nak merampas" sampuk akmal dan di jeling sekilas kepada steave.Nak jaga lah apa lah! Nak try cakap!.Menyampah!

"Kalau Kau dah cakap macam tu..Aku tak boleh nak halang apa-apa..tapi yang pasti..Aku cuma jaga dia dan anggap dia macam Adik perempuan Aku.tak lebih dari tu" balas steave dengan tenang walaupun lelaki itu seperti mahu menuduhnya.

"Ye lah tu.Alasan!" Sekali lagi akmal menjeling kepada steave.Entah mengapa sejak awal dia tahu tentang kewujudan lelaki itu dia sudah pun menimbulkan rasa benci dalam hatinya kepada steave walaupun tanpa mengenali siapa lelaki itu terlebih dahulu.

"Macam mana Kau boleh terfikir nak jaga dia sedangkan Korang tak pernah kenal sebelum ni? Mustahil kalau takda Sebab" Tanya nish pula.Sebenarnya dia mula rasa ragu-ragu dengan lelaki yang berada dihadapan nya ini.Tak mungkin semudah itu untuk menjaga seseorang.Dia yakin,Pasti ada sebab yang kukuh mengapa lelaki itu ingin menjaga sahabatnya.

"Okeylah..aku straight to the point je lah..sebenarnya masa dekat sana aku perasan ramai orang yang Cuba nak dekat dengan dia" terang steave dengan ringkas kepada mereka semua.

"Dekat?" Ayish mengerutkan dahinya apabila pernyataan steave itu kurang jelas baginya.

"Senang cerita..Aku Ada nampak beberapa orang yang Cuba untuk menculik ataupun mungkin nak membunuh dia" sambung steave lagi.

"Macam mana Kau tahu yang dia orang semua tu ada niat macam tu?" Harris mengangkat sebelah keningnya sambil menyoal kepada steave.Dia juga mula rasa curiga tentang lelaki itu.Mana mungkin orang biasa tanpa ilmu mampu meneka dengan semudah itu.

"Tapi kalau Kau tahu sekalipun yang dia orang semua tu nak bunuh Adik Aku..tak mungkin Kau senang-senang je nak membahayakan nyawa Kau untuk lindungi dia.Atau pun..Sebenarnya Kau Dari puak lain yang Ada niat untuk apa-apa kan Adik Aku" Kata ayish yang cuba untuk menafikan sesuatu.Pandangannya tajam menikam anak mata steave.

"Kalau itu niat Aku..Dari awal aku takkan bawak dia datang sini" kata steave dan membalas pandangan tajam ayish.

"Habis tu? Apa sebabnya? Ataupun kamu dah lama kenal dia?" Giliran puan mayyah pula menyoal.

"Aunty, uncle..tak kan dah lupa saya?" Tanya steave kepada puan mayyah dan tuan harith

Masing-masing mula mengerutkan dahi apabila mendengar soalan yang membuatkan mereka berasa curiga dengan lelaki itu.

Steave menarik nafas dalam dan dihembus semula sebelum dia membuka kepala hoodie dan juga mask yang dipakai untuk menutup kepala dan juga wajahnya.

"Qayden?!" Kata tuan harith,puan mayyah dan harris dengan serentak.Terkejut apabila melihat wajah lelaki itu.

"Qayden?" Kata ayra dengan reaksi pelik nya.Dengan Kedua belah tangannya yang memegang sedulang air dia masih lagi berdiri kaku di situ sambil melihat semua orang yang berada disitu.Siapa Qayden? Itu kan steave? 








"Setelah lama Kau menghilangkan diri..kenapa Kau tiba-tiba muncul semula?" Tanya harris kepada Qayden sambil melihat kolam ikannya.

"Mungkin..isteri Kau adalah jawapan kenapa Aku rasa Aku perlu bangkit semula"

"Isteri Aku?" Harris mengangkat sebelah keningnya sambil menatap wajah Qayden.Sebenarnya dia rasa sangat tidak logik dengan jawapan yang telah diberikan oleh lelaki itu.sepuluh tahun menghilang..Mustahil disebabkan ayra Lelaki itu terus terbuka hati untuk kembali semula kepada mereka.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now