MDH26 🤍

65 5 1
                                    

"I-ibu A-ayah"  kata Ayra.Air matanya terus mengalir apabila melihat kedua ibubapanya.

Puan haniy dan tuan Zaidy juga tidak tunggu lama pantas dia memeluk erat tubuh anak perempuannya.Masing-masing mengalir air mata.Tipulah kalau langsung tidak berasa sedih dengan kehadiran seseorang yang mereka memang nantikan selama lima tahun lagi lagi seseorang itu adalah sememangnya sangat penting dalam hidup mereka.

"Ya-Allah adik..adik pergi mana? Kenapa buat ibu macam ni?" Kata puan haniy.

"Princess ayah dah balik " kata tuan Zaidy berbisik di telinga anak perempuannya sambil mengetatkan lagi pelukannya.

Sebenarnya dia masih marah akan perbuatan anak gadis nya tetapi disebabkan oleh dia tidak mahu kehilangan gadis itu buat kali kedua dia hanya mengetepikan sahaja kemarahan itu.Bagi dirinya Ayra bukan sahaja sebagai seorang anak tetapi gadis itu ibarat nyawa dan jiwa nya.

"A-adik minta maaf.." ucap Ayra.jujur,dia terlalu sebak dengan semua ini.. lagi-lagi apabila dia betul-betul berada didalam pelukan kedua ibubapanya.

"Adik" panggil ayish dibelakang gadis itu.

Ayra hanya menoleh.Semakin kuat dia menangis apabila dia melihat abangnya.Kakinya tidak berganjak walaupun sedikit.Takut sekiranya abangnya tidak akan menerima dirinya lagi.

"Come" ayish mendepakan tangannya.Matanya juga mula berkaca.

Ayra pula segera memeluk abangnya.Tidak boleh dikata apa lagi dia memang tersangatlah rindu akan abangnya.

Selesai bersama abangnya, perlahan-lahan dia melangkah kearah ibu dan bapa mertuanya.

"Mama papa"

Perlahan Lahan dia memegang tangan puan mayyah dan tuan Harith.Dikucup lama kedua dua tangan itu.

"Maaf kan Ayra" katanya memohon ampun.

"Jangan minta maaf dengan mama dan papa tapi Harris..suami Ayra" kata puan Mayyah lembut.Dia juga berjurai air mata melihat menantunya.Dalam hatinya penuh rasa syukur kerana akhirnya doa nya dimakbulkan oleh Allah.alhamdulillah.

Ayra berjalan beberapa langkah untuk menuju kearah suaminya.Dengan perlahan-lahan sambil air matanya mengalir membasahi pipi.Tiada rasa cinta tetapi entah mengapa dia rasa rindu terhadap lelaki itu.

Dia mengambil tangan kanan Harris dengan perlahan.Dikucup lama memohon ampun.

"Maafkan Ayra.." ucapnya.Kepalanya masih lagi tidak diangkat.

Harris yang sememangnya langsung tidak dapat menahan sebaknya terus menarik gadis itu kedalam dakapannya.Tidak peduli samada gadis itu ingin menolaknya ataupun apa..yang dia tahu dia ingin melepaskan rindunya.

Pada awalnya Ayra tidak membalas dia hanya membiarkan sahaja kelakuan lelaki itu mungkin kerana dia tidak selesa.tetapi setelah beberapa saat dia cuba mengetepikan perasaan itu dan  akhirnya kedua belah tangannya melingkar di belakang suaminya memeluk erat.

"M-maafkan Ayra" ucapnya lagi dengan perlahan.Jelas terdengar getaran dalam nada suara nya.

Harris hanya mengangguk.Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana rasa sebaknya masih lagi mengawal dirinya.Tidak henti kata syukur dalam hatinya sebaik sahaja dia melihat wajah isterinya.




Setelah beberapa minit selepas adegan itu tamat akhirnya semua tetamu mula menjamu selera selepas masing-masing berjuraian air mata.

"Sayang? Eh tadi bukan ada dekat meja tu ke?" Kata Harris perlahan.Matanya melilau mencari kelibat si isteri.

"Bro? Kau cari siapa?" Soal akmal apabila melihat Harris seperti mencari sesuatu.

"Aku cari Ayra..kau nampak dia?" Tanya Harris.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now