MDH25🤍

56 5 0
                                    

Jam menunjukkan pukul enam tiga puluh minit pagi.Jam yang dikunci mula berdering,ayam ayam mula berkokok riuh.

Harris menggeliat kecil sebaik sahaja menutup Jam penggera nya.

Dia tersenyum nipis saat matanya teralih pada sekeping gambar yang sangat berharga untuknya.iaitu gambar isterinya.

"Morning sayang.." ucap Harris dengan suara serak basahnya.Auch! Sexy! Hehehe maklumlah baru bangun tidur.

Selepas itu dia bangun untuk  mengambil tualanya dan terus menuju ke bilik mandi nya.

Boleh dikatakan hampir setiap hari dia berbuat begitu selepas isterinya menghilangkan diri.Sesetengah orang mungkin akan menganggap dia tidak waras kerana bercakap dengan sekeping gambar,tetapi bagi dirinya pula itu adalah satu satunya cara untuk dia melepaskan rindunya terhadap isterinya yang tercinta! Walaupun orang ramai mengatakan bahawa isterinya tidak akan pulang tetapi dia tetap menanti dan yakin! Isterinya akan kembali ke pangkuannya.insyaallah





"Love apakata awak ikut saya pergi kerja" kata Za'faran kepada Ayra.Dagunya elok diletakkan di atas buku jari.

"Tak nak lah..nak buat apa?" Soal Ayra sambil mengangkat sebelah keningnya.Kalau ada taman tema air dalam offices tu takpa jugak! Ni mengadap laptop je bosan aku!

"Boleh lah saya fokus kerja.."

"Habis tu? Selama ni tak fokus ke?"

"Tak..saya asyik teringat dekat awak je..hm" Za'faran mengherot bibir.

"Jangan nak dramatik sangat! Pagi pagi buta ni!" Ayra menggulingkan bola matanya.Erghh menyampah tahu tak! Dah lah meja belakang zebra tu tengok tengok daripada tadi! Kalau tak fikirkan pasal ramai orang dah lama dia pergi jerkah meja belakang tu! Apahal pandang-pandang?! Nampak macam aku tengah dating dengan bapak kau ke?

"Eh okey apa pagi pagi buta buat drama tepi gerai nasi lemak" Ketawa kecil dilepaskan.Terasa bagai pelakon utama pula dalam tajuk cerita 'cinta ku ditepi gerai nasi lemak' haha okey tak kelakar.

Ayra menjeling.Entahlah tak tahu nak cakap apa.. Redha je lah nyah! Kang Kalau makin dilayan takut terbaling je si Zebra ni dekat meja belakang tu

"Awak tahu tak apa beza awak dengan nasi lemak?" Soal Za'faran

"Apa?"

"Nasi lemak sedap dimakan,awak sedap dipandang" Za'faran menekup mukanya malu.

"Ouhhh..kau tahu apa beza kau dengan siput sedut tu?" Tanya Ayra pula sambil menunjukkan kearah siput sedut masak lemak cili api di dalam bekas putih yang dihidangkan oleh penjual nasi lemak itu.

"Beza saya dengan siput? Apa?" Dahi Za'faran berkerut seribu.Takda haiwan lain ke love? Sampai awak nak bezakan saya dengan haiwan separuh halal separuh haram ni?

"Dua dua lembab" jawab Ayra selamba.senyuman sinis ditayang.Ini adalah kenyataan!!

"Okey Ayra..okey" Za'faran mengangguk kan kepalanya berkali-kali.Ye lah tu..dah tahu dah mesti tak sweet punya..tapi takpelah Za'faran.. pasrah je lah.

Ayra tersenyum suka apabila dia melihat wajah tidak puas hati Za'faran.Elelele sebijik macam Zebra

"Suka eh menyakat orang!"

"Dah cepat habiskan! Bosan dah aku duduk sini" kata Ayra.Sebenarnya okey je kalau orang belakang tu okey..Dah lah kaki ni daripada tadi ringan je nak terbang dekat muka orang belakang tu! Eyyy kau sabar jap! Bagi aku berapa saat!

"Tu lah saya ajak awak ikut saya pergi kerja awak tak nak"

"Tak nak"

"Ha dahtu? Macam mana tak bosan"

HARRIS ZAYDER Onde histórias criam vida. Descubra agora