MDH4🤍

57 4 0
                                    

"Abang! Adik! Harris! Turun makan!" Jerit puan haniy dari tingkat bawah.bergema satu rumah.fuh! Itu kalau dia boleh nampak Covid..benda tu baru nak datang dia sergah je! Mati terkejut benda tu..bukan main dahsyat..gempak wo!

Tok! Tok! Pintu diketuk dari luar.

"Ye! Bukak je!" Jerit ayra dari dalam biliknya.Bukan malas mahu membuka kan pintu tetapi dia sedang sibuk menyiapkan wajahnya.

"Ibu panggil turun.." kata ayish sebaik sahaja membuka pintu.Matanya terpandang kearah Harris apabila lelaki itu menarik perhatiannya.dalam banyak banyak seluar kenapa hello Kitty jugak yang kau pilih! Astaghfirullahalazim harris.. Harris

"Ye..okey!" Balas Ayra dengan sepasang senyuman.tetapi senyuman mula pudar apabila abangnya memberhentikan langkahnya.

"Eh! Nak pergi mana?" Soal ayish yang memberhentikan langkah adiknya.

"Turun lah.."  balas ayra pelik.tadi suruh turun lepastu tanya pulak

"Tu kejut Harris dulu.." kata ayish sambil menunjukkan kearah harris yang sedang lena dibuai mimpi di katil empuk nya.mimpi Hello Kitty mungkin

"Ala abang lah kejut.." Ayra merengek kecil kedua belah kakinya dihentak berkali kali tangannya pula menyerabutkan rambutnya.hm baru je bersiap tadi macam princess dah macam kerbau balik

"now!!" Arah ayish tegas sehingga kedua-dua belah matanya membulat besar.

"Ye lah! Semak betullah!" Kata Ayra yang pasrah dengan abangnya.Kakinya bergerak melangkah ke arah si suami

"Ha merungut! Dah kejut Harris baru turun makan..selagi dia tak bangun..selagi tu jangan turun!" Kata ayish yang memberi amaran kepada adiknya.Ayra hanya menjeling tajam kepada ayish

Bang! Bunyi pintu ditutup dari luar.

"Ha memang! Lepastu yang robohnya pintu bilik aku!" Marah Ayra selepas abangnya menutup pintu biliknya.Macam lah tutup pintu perlahan berdosa! Eyy aku kang aaa

"Ni pun satu hal! Bangun lah sendiri aduh!" Rungut Ayra sambil mencekak pinggangnya.Kepala yang tidak gatal digaru berkali kali.serabut betullah orang paksa paksa ni!

"Woi! Bangun lah.." jerit Ayra sambil menepuk kuat lengan suaminya

Ayra yang melihat tiada respon daripada suaminya itu menjerit sekali lagi."Woi!!"

"Pekak jugak eh dia ni..takkan aku nak kena tumbuk tekak dia dulu baru nak bangun?"

"Harris! Bangun lah! Aduh kau ni! Menyusahkan betullah!" Ayra memukul Harris berkali kali menggunakan bantal dan berharap lelaki itu tersedar dari tidurnya tetapi malangnya masih tiada gerakan

"Harris zayder bin Harith azman! Bangun!! Bangun lah woi!!" Jerit Ayra tepat di telinga kanan harris.masih lagi tiada gerakan walaupun sedikit

"Lantak kau lah! Pergi mati sana!" Baharu sahaja Ayra ingin melangkah.. harris menarik lengannya kuat sehingga gadis itu terjatuh di atas dada bidang miliknya

Ayra terjerit kecil apabila dia terkejut dengan tindakan suaminya.ye lah siapa je tak terkejut! Tiba tiba! Haih

Mata saling bertatapan.. senyuman mula terukir di bibir Harris zayder.

"Lepaslah!" Jeritan Ayra menyentak kan lamunan lelaki itu yang memandangnya dalam gerakan slowmo.ceh! Baru je nak berangan! Feeling feeling Hindustan gituw!

Ayra mencuba sedaya upaya untuk melepaskan dirinya daripada pelukan suami nya.semakin dia banyak bergerak semakin Harris mengetatkan lagi pelukannya.

"Baby..calm down okey? Abang tak buat apa apa pun.."  kata harris dengan suara serak basahnya dengan matanya yang masih lagi  tertutup rapat

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now