MDH23🤍

41 4 0
                                    

"Selamat pagi tuan Harris" sapa Hayla sebaik sahaja pintu dibuka.

Hayla Zulaikha.Atau lebih mesra dengan panggilan hayla.Hayla adalah Seorang gadis yang berusia dua puluh tiga tahun dan seorang yang murah dengan senyuman.Dia juga merupakan seorang P.A kepada Harris zayder.

Harris hanya membalas dengan satu anggukan.

"Tuan, Datin seri nak jumpa dengan tuan dekat bilik mesyuarat" kata Hayla lagi.

"Papa I ada?" Tanya Harris dengan sebelah keningnya diangkat sedikit.matanya masih fokus melihat telefon pintar nya.

"Dato' Harith ada meeting dengan Dato' fidzrul dekat luar.Tuan nak saya contact Dato' ke?" Tanya hayla.Sebagai P.A begitulah kerjanya..takkan nak terus blah je kan?

"No thanks." Ucap Harris.

"Okey,kalau takda apa apa lagi saya minta diri dulu" hayla menunduk hormat.Baharu sahaja dia ingin menutup kembali pintu Harris sudah pun memanggil.

"Errr hayla"

"Ye tuan? Ada apa apa yang nak saya bantu?"

"Tolong I check file ni" Harris menyuakan beberapa buah file yang baharu sahaja disiapkan oleh nya semalam.

"Baik tuan" sekali lagi hayla menunduk hormat sebelum melangkah keluar.



"Oi! Kau dah kenapa tersengih-sengih" tegur Aisya sambil menyenggol sedikit bahu hayla.

Aisha Lydia.Tapi orang panggil Sha je.senang,mudah,pendek,cepat, singkat alah semua lah!.Sha ni pun salah seorang pekerja di syarikat mereka.Umurnya cuma tua dua tahun sahaja daripada hayla.Tapi wajahnya seperti baru berusia sembilan belas tahun..awet muda gitu!

"Eish sibuk je!" Hayla memberikan jelingan manja.Sha ni kalau dalam sehari tidak menganggu hidupnya memang tidak lengkap! Ada je benda yang nak di gosip nak diusik nya..haih nasib sayang!

"Eleh! Ni mesti boss ketat kau tu ada cakap apa apa kan?" Sha menayangkan senyuman senget nya.Kening Kirinya diangkat berkali kali.

"Kak Sha ni! Tak baik tau cakap dia macam tu! Takda lah dia mana ada cakap apa apa..ni ha! Dia suruh check file ni"  file ditangannya diangkat sedikit.

"Ye lah tu! Apa lah yang kau minat sangat dengan boss ketat tu! Dah lah tak pernah senyum!"

"Amboi! Hayla report nanti tahu lah!" Usik nya.Lamberttt lagi dia nak pergi menghadap tuan Harris semata-mata nak bercakap tentang hal kecil begitu.Kang tak pasal-pasal diketawakan pula hm.

"Ha report lah! Aku report dekat datin seri kau syok dekat anak dia!" Kata Sha perlahan sambil mengetap gigi nya.matanya pula dikecilkan.

"Ish kak Sha! Ada je kan!  Dah jangan kacau! Hayla nak buat kerja! Takda masa nak layan kak sha" hayla terus melabuhkan punggung nya di atas kerusi.tangannya sibuk membuka file file yang diberikan oleh harris tadi untuk disemak.

"Eh habistu? Kau ingat aku takda kerja? Eleh! Poyo!" Sha menjeling tajam.sempat dia menolak sedikit bahu hayla.

"Shuhhh!" Tangannya dikibas kibaskan menyuruh Sha pergi.

"Eh kurang ajar kau ye! Shuh shuh kan aku pulak! Aku tahu lah bila aku nak pergi! Dah bye!" Kata sha sebelum dia melangkah pergi menyambung semula kerjanya.

Hayla hanya tersenyum melihat sikap rakan sekerjanya.Suka betul Sha memanggil boss ketat! Herm tapi tu lah nak buat macam mana kan? Ada sebab kenapa orang panggil dia macam tu..Sejak hari pertama Tuan harris masuk office ni seorang pun belum  pernah melihat senyuman nya bayangkanlah dah empat tahun! Kadang tu sampai ada yang kempunan lah nak tengok hahah kelakar kan?  Tapi tu lah Tidak tahu mengapa mungkin ada gam kot..memanjang dengan muka serius sebabtu lah semua dalam offices ni panggil tuan harris boss ketat! Tapi belakang je lah panggil macam tu hehe kalau depan depan mahu kena buang kerja lah jawabnya.Tapi tak kesah lah! Yang penting dia tetap crush hayla! Walaupun muka ketat tapi hensem tau! Fuhhh rawr! Tapi ada peluang lagi ke eh? Entah entah dah ada girlfriend hm


HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now