MDH37🤍

49 4 0
                                    

"Sayang!" Tegur Harris.Kedua belah tangannya elok melingkar di pinggang isterinya.. kepalanya pula disandarkan pada tepi bahu gadis itu.mood manja on.

"Harris Zayder.." panggil Ayra dengan lembut seraya meletakkan pisau yang berada di dalam genggamannya ke atas meja.Nafas berat dihembus.

"Yes,my pearl?" Kepalanya diletakkan diatas bahu isterinya.Senyuman manis tidak pernah lekang dari bibirnya tatkala memandang wajah isterinya yang tercinta.Melihat wajah cantik isterinya yang seolah-olah seperti seorang bidadari baginya itu mampu membuatkan dia rasa bahagia.. apatah lagi bila melihat senyuman manis dari isterinya terasa bagai cinta pandang pertama,kedua,ketiga dan ke berapa sahaja yang dia mahu.isteri sendiri kan..so? Single? Pergi main jauh-jauh..jauh dari bumi.sekian terima kasih.

"Tolong boleh?" Tanya Ayra.

"Boleh! Tolong apa?" Harris yang sememangnya bersemangat ingin menolong isterinya terus bertanya.Macam biasa..dari dulu lagi dia suka menolong isterinya..tidak kiralah sebesar zarah sekalipun dia tetap akan membantu selagi mampu. Ehek! Suami mithali lah katakan...

"Tolong berambus.Tak nampak ke orang tengah sibuk nak masak ni?" Tiada lagi senyuman dibibir Ayra dan yang tinggal hanyalah wajah yang dingin dan ketat sahaja.

Amboi muncung tu! Ikat dengan getah tahu lah!

"Nampak" Harris mengangguk sebagai balasan.dengan wajah tidak ada perasaannya haih..

"Lepastu?"

"Tapi abang nak attention sayang je" tangan Harris melingkar di lengan isterinya memeluk erat.

"Eish mengadalah! Kejap lagi boleh je kan" Ayra menarik lengannya kuat sehingga terlepas dari pegangan suaminya.haih kalau ye pun nak attention kejap lagi macam tak boleh! Kalau aku ni tengah duduk saja takpelah! Ni tengah nak memasak nak potong bawang apa bagai..time ni jugak lah kau nak bermanjahhh! Letih lah aku dengan dia ni..

"Taknak! Nanti sayang tipu!" Harris mencebik bibir.Eleh macam lah dia tak tahu dengan perangai isterinya yang seorang ini..sekarang cakap lain kejap lagi jadi lain.Huh! sayang nak tipu abang? memang tak lepaslah! Kejap lagi ada je alasan..hm

"Tch! Hiris anak tekak tu kang tahu lah!" Ayra berdecit geram.Ada jugak yang kena tenyeh dengan bawang ni kang!

"Okey kalau tak boleh sekarang...lepas siap makan nanti sayang bagi attention sepenuh-penuh nya dekat suami sayang ni.. promise?" Jari kelingking diangkat sambil mengerdipkan matanya berkali kali dengan senyuman yang lebar seperti seorang kanak-kanak ingin meminta mainan.

"Hm" gumam Ayra perlahan.tangannya kembali berkerja menyiang sayur-sayuran yang dibelinya pada tempoh hari.

"Aip sayang! Promise!" Sebelah tangan Harris naik mencekak pinggang berang dengan tindakan isterinya yang mengabaikan jari kelingking comelnya ini.

"Ye! Promise! Ish semak betullah!"

Jari kelingking disatukan tanda membuat perjanjian.Walaupun terpaksa..tidak mengapa asalkan lelaki itu tidak mengganggu mood rajinnya pada hari ini.Kang kalau takda mood memang aku baling je kuali dekat kepala mamat ni!

"Betul eh sayang.." tanya Harris lagi untuk kepastian dirinya.ceyyy padahal dia rasa bahagia bila isterinya telah membuat perjanjian.Haih indahnya rasa cinta ni kan?

"Ey dia ni kang aaaa " kata Ayra sambil mengetap gigi nya.Matanya memandang wajah Harris dari atas hingga ke bawah berkali kali dengan laju.Eh eh geram pulak kita ni!

"Okey okey babye!" Harris melambai lambai kan kedua belah tangannya.

Ayra menjeling sekilas.Pikir comel ke Dowh?

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now