MDH58🤍

36 2 0
                                    


"Harris..bangun lah..kata nak bahagia kan ayra..harris tak tipu kan?" Air matanya tidak dapat ditahan Dari terus mengalir keluar membasahi pipinya. Digenggam kuat lengan suaminya dan berharap agar lelaki itu menyedarkan diri..

"Adik..jangan macam ni..adik sayang harris kan?" Ayish menarik tubuh adiknya kedalam pelukannya.Tak sanggup Lagi dia mahu melihat adiknya dalam keadaan begini.Lemah dan tidak bermaya.Melihat adiknya menangis di sepanjang hari juga adalah satu kesiksaan bagi dirinya.

"Kalau adik sayang harris..adik kena kuat..kalau harris tengok adik macam ni..mesti Harris  tak suka" ayish Cuba untuk menenangkan adiknya walaupun dia tahu dia tidak Akan berjaya.

"Kalau adik tak ikut kata hati adik..mesti harris takkan jadi macam ni kan?" Kata ayra.Sungguh dia menyesal Akan semua perbuatannya..Jika diberi peluang sekali lagi dia akan menjaga hubungan rumah tangga mereka dengan sebaiknya.

"Adik..berapa kali abang nak cakap? Semua yang jadi bukan salah adik.."

"Sabar okey? Aku ada..aku akan teman kau,jaga kau sampai harris sedar.." akmal mencelah.Tangan kanannya naik mengusap bahu gadis itu untuk menenang kan nya.Tiada kawan yang mahu melihat kawannya menderita,terluka,jatuh mahupun tersungkur.jika ada, itu adalah lawan bukan kawan.

"H-harris tak tinggal kan aku kan?" Soal ayra sambil menatap kedalam anak mata akmal.

"Tak.Harris kan dah janji nak sehidup semati dengan  kau..tak mungkin lah dia nak tinggalkan kau.Kau percaya harris kan?" Balas akmal seraya menyelitkan helaian rambut ayra kebelakang telinga apabila rambut gadis itu menutupi sedikit wajah anggun nya.

"Dah biarkan Harris rehat..kita pergi makan nak?" Ajak akmal.Tida niat lain selain mahu gadis itu berhenti menangis.Lagipun takkan lah dia hanya mahu melihat sahaja tanpa mencuba untuk memberhentikan tangisan gadis itu walaupun dia tahu itu agak mustahil.

Ayra menggeleng.Entah.Langsung tiada selera mahu makan ataupun minum.Dia cuma fokus kepada keadaan harris sahaja pada waktu ini.

"Jangan lah macam ni..ki-"

"Taknak..aku takkan makan selagi harris tak sedar" kata ayra.Ya, memang itu niatnya..selagi suaminya tidak menyedarkan diri selagi itu dia akan tetap berada di sini.

"Takpelah kalau kau cakap macam tu..aku pergi dulu" akmal terus melangkah keluar dari bilik wad harris.Tak kecewa ataupun terasa cuma..dia tidak mahu mengganggu emosi gadis itu.manakala ayish juga turut mengikuti langkah akmal.

"Ayish..Kau dah cakap Dengan family harris pasal ni?" Soal akmal.Bukan apa..manalah tahu tiada siapa yang sempat hendak memberi info..dia boleh bantu..

"Dah.." ayish mengangguk kan kepalanya.

"Lepastu dia orang nak datang sini?"

Sekali lagi ayish mengangguk.

"Tapi aku cakap tak payah..sebab keadaan harris pun masih belum pulih sepenuhnya.." kata ayish.Bukannya tidak mahu ibu dan ayah harris datang jenguk anak sendiri..tapi Malaysia ke Jepun bukannya dekat..kalau datang pun bukannya boleh terlalu ramai dalam bilik wad ini..jadi,lebih baik dia minta ibu dan ayah harris hanya tunggu sahaja di Malaysia..

"Aku kesian dekat ayra..aku faham perasaan dia..bertapa susahnya dia nak terima cinta seseorang yang dia sendiri pun tak cinta..tapi bila dia dah mula untuk terima..keadaan berubah macam ni.." akmal menarik nafas berat.Kalau dia jadi ayra pun mesti dia kesal dengan semua benda..Atau mungkin tidak mahu hidup lagi di dunia yang penuh kekejaman ini..tapi siapa sangka semangat seorang wanita seperti ayra yang kuat dan mampu mengharungi semua rintangan dan ujian yang datang.Aku bangga dengan kau ayra..walaupun pahit kau tetap telan..

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now