MDH63🤍

28 2 0
                                    

"Aduh! Cuba cakap awal-awal! Dah macam apa je aku menunggu! Rupanya cancel!" Fahim mendengus kasar.Susah kalau ada client yang macam ni! Menyusahkan!.Fuhh!..bukan sengaja mahu merungut..tetapi yang membuatkan dia berasa geram apabila dia sudah menunggu di situ hampir setengah jam! Bila dia menghubungi client itu barulah hendak memberitahu ada hal lah apa lah..mana dia tak bengang!

"Eh! Maaf encik..saya tak nampak tadi.." kata fahim apabila dia terlanggar seseorang.Aduh! Tu lah! Sibuk sangat marahkan client sampai terlanggar orang!

"Takpa-takpa saya okey" balas lelaki itu.

"Uncle harith? Kan?" Soal fahim.dahinya berkerut.

"Awak...fahim?" Soal tuan harith kembali.Walaupun dia tidak beberapa pasti tetapi setelah memerhatikan setiap inci wajah lelaki muda itu..dia yakin dia tidak salah.

"Ya saya..ingat pun!" Fahim ketawa kecil.

"Yaallah lama nya uncle tak jumpa kamu..sihat ke?" Soal tuan harith seraya menghulurkan tangannya.

"Alhamdulillah.."

"Ni nak ke mana?"

"Jumpa client..tapi tu lah..tiba-tiba dia cakap tak jadi pulak.." balas fahim.Haih..bila bercakap semula mengenai hal ini..terasa panas pula hatinya!.Eyyy! Aku harap dah takda lah client yang jenis macam tu lahi lepasni..kalau ada memang aku patahkan tiga tengkuk masing-masing!

"Ouh..ha dah tengah hari ni..jemput lah datang rumah uncle.."

"T-takpa lah uncle..segan lah" fahim menunduk malu.Dulu boleh dikatakan dia dan keluarga ayra sangat akrab sampai ada yang mengatakan mereka berdua seperti adik beradik tapi..itu semua dulu..sekarang ni rasa segan pula bila berjumpa semula selepas bertahun tidak bertemu.Atau lebih tepat lagi dia malu dengan apa yang dia telah lakukan kepada keluarga itu beberapa tahun lalu.

"Alah apa lah yang kamu nak segan..Jom lah alang-alang ikut uncle sekali" balas tuan harith.Lagipun banyak perkara yang dia ingin berbual bersama.maklumlah..dah lama tak jumpa..

"Tak apa ke? Tak menyusahkan?" Soal fahim.

"Kan uncle yang ajak kamu ni..kalau sudi Jom lah"

"Baik uncle..terima kasih..saya pun dah lama tak makan masakan aunty" tersengih sampai ke telinga di buatnya.Tapi dalam masa yang sama dia bersyukur kerana keluarga itu mampu menerimanya dengan baik walaupun dia banyak melakukan kesalahan dengan mereka.Alhamdulillah..




"Harris..ibu suruh kita balik makan dekat rumah.katanya special" Kata ayra sambil kedua belah tangannya menongkat dagunya.matanya hanya melihat kepada suami nya yang masih fokus menatap ke arah skrin komputer nya.

"Ibu sayang tu..hari-hari buatkan kita masakan special.bila je dia tak buat?" Balas harris.jarinya masih sibuk menekan papan kekunci.Maklumlah..dah lama tinggal kerja..tu yang Busy kalah menteri!

"Tu lah..Tapi boleh ke tak ni?" Soal ayra.bukan apa..kesian pula melihat suaminya yang dari tadi tidak berhenti menyiapkan kerja..taknak lah menganggu pula kan..

"Boleh sayang.." kata harris dengan nada lembut.tangan kanannya naik mengusap kepala isterinya berkali-kali.

"Tapi..Apa kata sebelum kita balik ni..kita singgah beli something untuk ibu dengan ayah..nak?" Soal harris walaupun dia dah tahu bab begini memang isterinya tidak akan menolak.Tidak akan!

"Boleh! Tapi..nak beli apa?"

"Hm..ikut sayang lah..abang bayar je"

"Okey! Pergi sekarang lah! Jom lah! Ayra tak sabar ni!" Kata ayra dengan bersungguhnya sambil menggoncang kuat lengan suaminya itu.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now