MDH61🤍

28 4 0
                                    

"Bosan nya.." kata ayra seraya mencapai telefon pintarnya.mana tak bosan nya..sepi je rumah ni..entah ke mana semua orang pergi pun dia tak tahu...
Sedang sibuk dia bermain dengan telefon pintarnya tiba-tiba ada panggilan masuk daripada seseorang yang dia tidak kenali.

"Siapa pulak ni?" Bisik hati ayra.Tanpa berfikir panjang terus sahaja dia menjawab panggilan itu.

"Hello?"

"Saya nak jumpa awak." Kata lelaki itu.

"F-fahim? Mana awak dapat nombor saya Hah?!" Terkejut ayra.walaupun lelaki itu tidak mengenalkan dirinya terlebih dahulu..tetapi mendengar sahaja suara itu ayra sudah pun dapat mengenal pasti siapakah gerangan yang menganggu nya pada waktu itu.

"Itu tak penting.yang penting saya nak jumpa awak." Dengan tegasnya lelaki itu berkata.Bukan ke kalau kita inginkan sesuatu kita akan dapat jika kita berusaha? Jadi? Tak mustahil dia boleh dapatkan nombor telefon gadis itu kan?

"Saya takda masa lah nak jumpa awak!" Kata ayra sambil mengetap giginya.Matanya melilau melihat kiri dan kanan.Tak mahu lah kalau ada orang lain yang terdengar akan perbualan mereka ini.lagi-lagi suaminya sendiri..

"Saya tunggu dekat cafe favourite kita dulu.Kalau dalam masa setengah jam awak tak sampai saya akan terus pergi rumah ibu ayah awak." Tanpa menunggu balasan daripada gadis itu terus sahaja dia menamatkan panggilan telefonnya.

"Fahim! Hello?! Fahim?!! Ish!" Ayra menghentak meja geram dan terus mencapai kunci kereta suaminya.

"Adik nak pergi mana ni? Kelam-kabut je? Ada hal penting ke?" Soal ayish yang baharu sahaja menuruni anak tangga.Dia pula yang stress melihat adiknya yang seperti tidak tentu arah itu.Apa je lah yang mahu dibuatnya..gelabah!

"T-takda..adik nak pergi kedai kejap..terlupa nak beli bahan penting! Abang tolong tengok kan kari ayam tu ye! Bye!" Balas ayra dan terus melangkah keluar.

"Adik! Nak abang hantar tak?!" Jerit ayish

"Taknak! Bye! Jangan hangit pulak!" Pesan ayra.Kang kalau hangit aku jugak kena marah dengan ibu!

"Hangit? Come on lah..ni ayish aryan kot..easy lah!" Dengan lagaknya dia berkata.setakat kati ayam..sambil tutup mata pun boleh masak dengan sempurna!


Lebih kurang dua puluh lima minit kemudian akhirnya ayra menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah muncul di sebuah cafe yang dikatakan oleh fahim tadi.

"Saya dah agak awak akan datang" kata fahim sambil menarik kan kerusi untuk gadis itu.

"Apa awak nak? Saya banyak kerja tahu tak?" Soal ayra dengan dingin.Seumur hidupnya tidak pernah sekalipun dia rasa begini..tergesa-gesa ke sana ke sini dan hari ini telah pun berlaku kerana lelaki ini!

"Sabar..awak kan baru sampai..duduk lah dulu"

Ayra yang malas mahu berkata lebih itu terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi.sebenarnya dia rasa mahu ludah sahaja wajah lelaki ini..tak faham bahasa! Meluat tahu tak?!

"Awak ingat lagi tempat ni? Banyak kan kenangan kita dekat sini? Lepas je balik sekolah mesti ki-" tidak sempat di ingin mengingatkan ayra tentang kisah lama mereka ayra terlebih dahulu memotong percakapannya.

"Saya takda masa nak dengar semua tu lagi! Dan saya dah lupakan semua pasal kita!" Kata ayra.Lagipun untuk apa dia ingat semua kenangan tu? Kenangan yang manis sudah pun bertukar pahit..langsung tak berbaloi untuk dia ingat semua nya..

"Lupakan? Tak mungkin ayra..awak buat kelakar ke? Atau..mungkin sebab suami awak minta awak lupakan saya? Kenapa? Takut saya menang tanpa bertanding?" Dengan penuh keyakinan dia mengatakan itu.Haih..mungkin kau dah dapat tahu kot aku akan menang..maklumlah aku kan cinta hidup dan mati ayra Aryana..

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now