MDH22🤍

46 4 0
                                    

Di bawah matahari yang terik peluh mula menitik dan orang ramai mula mengeluh Tetapi seorang gadis yang bernama Ayra Aryana masih lagi santai menikmati aiskrim green tea kegemarannya.

"Sedap ke tu cinterrr!" Akmal menyapa Ayra dengan menolak sedikit bahu gadis itu.

"Hehehe Sedap! terima kasih cinta! Sebab belikan aiskrim!" Balas Ayra dengan senyuman yang tersedia dibibir.

"Sama sama cinta!" Akmal mengusap lembut kepala gadis itu berkali kali.

"Nak?" Ayra menghulurkan aiskrim nya kepada Akmal.Segan lah kalau orang tengok je hm..

"Takpe lah cinta..saya tengok awak pun dah kenyang" Akmal mengenyit kan sebelah matanya.

"Okey cut!" Kata Ayra separa deras.serta merta lakonan mereka terhenti.

"Alah! Asal! Aku baru nak feeling!" Akmal mencebik,tangannya disilangkan di dada.Tak boleh ke bagi aku ni jadi hero sekejap? Tak boleh? Tak boleh ke?!

"Geli lah bodoh! Cinta cinta! Eyuw!" Ayra menggosok lengannya berkali kali sambil membuat muka gelinya.Meluat kau tahu tak!

"Aduh..habistu macam mana ni? Susahlah nak Tackle si Risya tu!" Kata akmal.terdengar keluhan kecil darinya.Ya,memang sudah bertahun dia memendam rasa cintanya terhadap seorang adik CEO..bukan tidak mahu meluah tetapi takut jika ditolak.

"Usaha lah baru ada hasil!" Kata Ayra dengan sedikit dingin sebelum kembali menikmati aiskrim nya.

"Tadi aku baru nak usaha kau dah potong"

"Okey sekarang ni aku tak faham kenapa kita kena buat rehearsal?" Tanya Ayra dengan sedikit kerutan di dahi.Yang lagi tak faham apahal aku jugak kau nak ambik jadi watak tambahan! Aduh stress!

"Aku takut nervous je nanti"

"Eleh kau bukan dah dapat dia pun"

"Eh! Bakal tau!" Sempat dia menolak bahu gadis itu separa kuat.Bukan dayus! Tapi geram tahu tak! Bukannya nak support! Lagi merendahkan! Aku ni dah lah takut kena reject..haih

"Apa apa je lah..jom lah balik panas" tangannya dikibas kibaskan berkali kali di wajahnya.Memang tidak boleh dinafikan lagi cuaca pada hari ini sangat panas.Kalau lah kulit manusia ni senipis tisu sumpah semua hangus

"Baik cinta!" Kata akmal.senyuman manis ditayangkan

Buk!

"Aduh!" Akmal mengaduh sakit sambil memegang perutnya apabila terkena tumbukan padu daripada Ayra Aryana.Gurau je aduh!

"Jangan nak melebih Akmal Hakimi!" Ayra menjeling sebelum meninggalkan lelaki itu.

"Cinta! Tunggu!" Jerit Akmal.Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya...eh ternyanyi pulak.Ah! Continue! Walaupun terasa begitu tetapi dia Masih tidak serik untuk mengusik gadis itu.Baginya itu boleh dijadikan satu kenangan yang indah.

Ayra sudah menggeleng perlahan kepalanya.Malas betul nak layan lelaki yang bernama Akmal Hakimi ni..makin dilayan makin hauk perangai! Haih sabar je lah

"Ayra! Tunggulah! Laju laju nak pergi mana?!" Jerit Akmal lagi.tenaga apalah perempuan tu pakai kan tengahari panas terik ni dia berlari lari macam filem Tamil tak penat ke?

"Cepat lah!" Ayra menoleh kebelakang.

"Ark!" Ayra terjerit kecil apabila terasa kepalanya terhantuk dengan sesuatu

Ayra mendongak kan sedikit kepalanya keatas.Dia terdiam beberapa saat apabila tersedar yang dilanggarnya seorang jejaka pilihan sundal.Haih dada keras macam kayu jati!

"Hye love seronok berlari sampai ke hati saya?" Tanya Za'faran.Senyuman nya yang manis ditayangkan..terlihat jelas barisan gigi putihnya yang tersusun cantik.Kedua belah tangannya di masukkan ke dalam poket seluar.Tubuhnya yang tinggi dan mengenakan baju kemeja berwarna putih dan seluar yang berwarna hitam membuatkan dia kelihatan seperti seorang Model antarabangsa.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now