MDH39🤍

40 3 0
                                    

Beberapa hari telah berlalu.

"Harris? Kau termenung apa ni? Jom lah kitaorang semua dah siap"

Harris tersentak dari lamunan apabila tangan nish naik menyentuh bahunya.

"Kalau kau tak sihat kau rehat je lah.." kata risy pula sambil melipat baju di lengannya.Entah mengapa sejak kejadian itu dia selalu melihat keadaan Harris yang sedikit lesu dan tidak bermaya seolah-olah seorang suami yang mati bini.

"Doktor ada bagitahu apa-apa ke?" Tanya risya kepada mereka semua.

"Takda." Balas Nish.

"Harris kau-" belum sempat Akmal ingin menghabiskan kata-katanya Harris sudah laju memotong.

"Aku pergi dulu..Ayra dah lama tunggu aku"

"Aku ikut"

Harris tidak menggeleng mahupun mengangguk malah dia hanya meneruskan langkahnya.

"Babye kawan kawan! Akmal hensem pergi doluuuuu!!" Kata akmal.sempat juga dia mengenyit kan matanya kepada risya.Tidak kiralah dalam keadaan apa sekalipun dia tetap ingin mengambil hati gadis pujaan hatinya! Bak kata orang..
' best man win ' right?

"Tak berubah ye si lembab ni" Risy sudah naik geram melihat kelakuan Akmal.Ye dia mengaku memang dia lah yang suruh Akmal pikat hati batu adiknya itu tapi tu lah kadang-kadang bila terfikir balik terasa macam salah cakap pun ada haih..nasib nasib..

"Eleh Jeles lah tu sebab kau tak hensem macam aku!" Balas Akmal apabila dia mendengar kata-kata risy.Ceyh mentang-mentanglah aku ni lagi famous lagi hensem lagi hot lagi sexy daripada kau! Nak dengki dengki pulak! Cuba redha! Kan tenang sikit hidup tu..

"Kau pahal?!" Risy menolak kuat bahu Akmal sehingga lelaki itu berganjak sedikit kebelakang. Tak tersinggung pun dengan kata-kata akmal cuma..tu lah kadang-kadang kesabaran di dalam dirinya sudah senipis kulit popiah.

"Hey! Don't touch my tralala!" Akmal menyapu bahunya yang disentuh oleh risy tadi.Sudahlah penat dia memastikan bajunya itu kemas dan rapi! Bukan setakat gosok! Siap vacuum lagi sebab tak nak ada habuk! Senang senang je touch touch baju orang! Dasar ....

"Blah!" Pandang matanya yang tajam diberikan kepada Akmal.

"Kau lah blah!"

"Kau!"

Pap!.
Kedengaran Harris menutup pintu kereta.

"Okey aku blah" Kata Akmal dan terus berlari keluar. Bukannya menyerah kalah suka suka tapi tu lah..kang tak pasal-pasal dia kena tinggal semata-mata nak berbalah dengan risy yang tak hensem tu.no function.

Risy menjeling.Tolong lah eh..mintak sangat-sangat kepada orang ramai..tolong doakan supaya orang macam ni pupus dengan cepat..bukan apa lah tapi herm..malas lah nak cakap rasanya dah faham kot..kan?








Ayish menatap wajah adiknya sayu.Bersyukur kerana dia masih lagi diberi peluang untuk melihat adiknya membesar di depan matanya lagi.Air mata jantannya sudah membanjiri pipinya.Tangan kanannya naik mengusap lembut kepala adiknya yang sedang lena dibuai mimpi di tepi katilnya.

"Adik.." panggil ayish.

Tiada sahutan.Hanya dengkuran halus sahaja yang kedengaran..

"Ayra Aryana.." panggil ayish lembut..

Ayra tejaga dari lena nya tatkala dia merasakan sesuatu menganggu pipinya.Lantas dia menoleh kearah abangnya apabila dia tersedar sesuatu

"A-abang!" Tanpa menunggu lama Ayra terus memeluk erat tubuh abangnya.Akhirnya dia dapat menebus rasa rindu kepada abangnya.Sudah berapa hari dia menunggu saat ini.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now