MDH10🤍

57 5 0
                                    

"Yey! Masuk rumah ghost!" Kata Akmal teruja sebaik sahaja menuruni kereta.

"Jom sayang." Kata Harris lembut.Tangan isterinya digenggam kemas sambil berjalan masuk kearah tempat permainan itu.

"Ayra! Ready eh! Kau tu dah lah penakut!"  Kata Akmal yang ingin merendah rendahkan Ayra.Alah apa salahnya berlagak sikit..hehe sikit je tak banyak pun

"Aku? Kau tahu tak yang paling penakut tu Harris." Ayra memandang Harris dengan senyuman nipis yang tersedia dibibir.

"Aik? Mana ada! Harris sado lah! Tak takut lah benda benda macam ni!"  Balas harris dengan riak wajah berlagak nya.Semua otot lengannya diregangkan sehingga mengeluarkan bunyi 'pop'.

Tanpa berkata banyak Akmal dan Nish terus menarik Harris masuk ke dalam rumah hantu yang betul-betul berada dihadapannya.

"Bismillahirrahmanirrahim yaallah selamatkan lah aku yaallah." Dia menyapukan kedua belah tapak tangannya ke muka sebaik sahaja selesai membaca doa.

Ayra yang melihat dan mendengar hanya mempamerkan senyuman senget nya. Wait and see.

"Ma Harris minta maaf ma sebab Harris pernah curi kuih mama" sempat lagi dia memohon maaf sebelum seluruh tubuhnya masuk ke dalam rumah hantu itu.Atau harris lebih gemar memanggil rumah bala.

Pada awalnya mungkin cuma biasa sahaja..tetapi tiba sahaja di tengah Harris sudah menjerit seperti seorang wanita kena ragut

"Arghhhh!! Bodohlah hantu ni!" Jerit harris sebaik sahaja memukul kepala hantu itu dengan tangan kanannya.

"Jangan kacau aku lah!!" Jeritnya lagi.

Beberapa langkah kemudian tiba tiba..

"ARGHHHHH!!!!" Kali ini lebih kuat suara harris menjerit berbanding tadi.Nafas nya turun naik dengan laju.Mujur dia tidak membaling telefon bimbitnya kepada hantu yang membuat 'jump scared'

"Eyyy cepat lah keluar.." tangannya kuat menggenggam lengan Ayra.

"Eh bodoh!" Jerit Harris lagi.

Tidak tahulah mengapa semua hantu itu suka mengacau Harris.. mungkin dia tahu lelaki itu bongkak sebelum masuk ke dalam.hehehe

Setelah beberapa minit akhirnya jumpa juga jalan keluar.Harris pula sudah penat sehingga sakit sakit tekaknya.

"Wahh beraninya Harris..sikit pun tak menjerit" kata Akmal dalam nada memerli.

"Diam lah!"

"Eh Harris apa tu!" Kata Akmal sambil menunjukkan kearah belakang Harris.

Harris pula terus memusingkan kepalanya.

Harris menoleh."Takda apa pun.." baharu sahaja dia ingin memalingkan kepalanya kembali tiba tiba..

"Bah!!!"  Akmal mengejutkan lelaki itu dengan membuat muka hodoh.

"Bodoh lah!"  Harris memukul bahu Akmal kuat.

Akmal pula hanya tertawa suka.Itulah cakap besar lagi HAHAHA.

"So kita nak pergi mana lagi?" Tanya Nish.

"Main benda lain lah pulak..Aduhhh" Akmal membalas.

"Let's go!"

Akmal melompat gembira apabila dapat bermain dengan permainan yang disukainya.Selain daripada rumah hantu dia juga gemar bermain dengan rollercoaster..Katanya permainan itu mampu menghilangkan stress.Dalam dia bergembira yang lain pula hanya menikmati udara segar malam walaupun suasana agak bising.

Hampir satu jam bermain akhirnya masing-masing memilih untuk pulang ke rumah.

"Nish kau tolong bawakan kereta aku boleh? Penat lah" pinta Akmal sambil menghulurkan kunci keretanya.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now