MDH29🤍

62 6 0
                                    

"H-harris kenapa ni? Apa yang jadi?" Tanya puan mayyah sebaik sahaja melihat anak lelakinya yang sedang menghampiri mereka.

Tetapi sangkaannya adalah tidak benar apabila Harris terus meluru masuk kedalam wad Ayra dan sekaligus mengabaikan soalannya.

Puan mayyah dan puan haniy saling bertatapan.Pelik dengan sikap anak dan menantu mereka.

"Sayang" panggil Harris dalam keadaan yang sungguh serius.

Ayra pula hanya menatap wajah Harris dengan riak biasa.

"Bagitahu abang apa yang jadi malam tu" katanya sambil mengetap gigi nya.

Ayra mula bernafas dengan laju apabila mendengar soalan itu.

Harris yang melihat keadaan isterinya begitu terus dia memegang kedua belah tangan Ayra dengan erat.

"Abang tanya..apa yang jadi malam tu?"

Ayra tidak membalas dia hanya menangis sambil menggeleng geleng kan kepalanya

"Ayra Aryana! Apa yang jadi malam tu!!" Jerit Harris kuat.Dia tidak dapat lagi menahan marahnya.Sesungguh nya hatinya terasa bagaikan dibakar pada waktu itu.

Mereka yang berada diluar meluru masuk kedalam bilik wad Ayra apabila terkejut mendengar jeritan Harris.

Ayra menangis semakin kuat sambil mencuba untuk melepaskan tangannya dari genggaman Harris.

"Harris! Apa yang kau buat ni?! Kau gila ke?!" Ayish menolak kuat tubuh sasa harris.

"Kau diam ayish!! Ni hal aku dengan isteri aku!"

"Sekali lagi Harris tanya apa yang za'faran buat malam tu!" Jerit Harris lagi.

"Ayra Aryana!!"

"D-dia..-" Ayra mula membuka mulutnya.

"Dia apa?!" Harris yang tidak sabar mula menengking nya lagi.

"Dia c-cuba..-"

"Cuba apa? Cakap Ayra cakap!"

Harris yang perasaan akan tanda merah yang ada pada bahu isterinya yang sedikit terdedah itu terus menyelak sedikit baju isterinya dia bahagian bahu.

Kesemua lelaki yang ada didalam bilik wad Ayra itu terus memusingkan tubuh mereka menghadap kebelakang apabila tersedar dengan tindakan Harris.Kecuali ayish dan tuan Zaidy.

Tetapi.. walaubagaimanapun ada juga seorang insan yang bangang didalam situasi begini.ya, akmal lah tu siapa lagi Hm.

Nish yang perasan melalui ekor matanya seperti Akmal yang masih lagi melihat kearah pasangan suami isteri itu terus menepuk belakang kepala Akmal.Mujur tidak tersungkur haih..

"Kau buat apa bodoh?! Pusing lah!" Kata Nish dalam nada berbisik sambil mengetap gigi nya.Apa punya bangang lah nak tengok bini orang! Bengong!

"Ouh eh? Lupa hehehe" kata Akmal sebaik sahaja memusingkan tubuhnya.Tangan kanannya naik menggaru kepalanya yang tidak gatal.Alah sorrylah terleka heheh

Kepala hotak dia lupa! Geram betul eh dengan si setan ni! Natey pig!

"Dia ada sentuh adik ke?" Tanya ayish serius sebaik sahaja melihat kesan kesan itu.

Dalam keadaan yang comot kerana dibanjiri dengan air mata Ayra mengangguk perlahan kepalanya sebagai tanda balasan.

Tetapi tidak dapat disangka anggukan Ayra itu telah menaikkan lagi kemarahan seorang Harris zayder.

"Jantan tu memang sial!" Kata Harris dan terus laju keluar dari bilik wad isterinya.

"Harris!" Panggil ayish sebelum dia turut berlari mengikuti langkah adik iparnya.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now