MDH35🤍

65 5 0
                                    

Seminggu telah berlalu.

"Harris nak Ayra bawak makanan naik atas ke Harris nak turun bawah?" Soal Ayra sebaik sahaja membuka pintu bilik suaminya.

"Takpelah Harris turun bawah je" balas Harris.Walaupun dia baharu sahaja beransur pulih dari demam nya..dia tetap tidak mahu menyusahkan isterinya mahupun sesiapa sahaja..

"Okey"

"Sayang.."

"Hm?" Ayra mengangkat sedikit keningnya.

"Boleh tak sayang tolong abang?" Tanya harris.kepalanya diteleng kan sambil mencebik bibir.Niat nak buat muka comel tapi macam tenuk pulak haih..

"Tolong apa?"

"Abang rasa macam takda tenaga lah..nak angkat tangan pun macam tak larat je" Harris menunduk memandang lantai.

"Lepastu?"

"Tolong sikat kan boleh?" Sikat yang berada di genggaman tangannya di angkat sedikit.

Ceyyy boleh je angkat..

"Elehhhh tadi mandi boleh je..tu pakai baju kena angkat tangan jugak kan..elok je"  kata Ayra.Time nak sikat bukan main dia punya cacat..Elok daftar kad OKU..

"Kalau abang panggil sayang suruh tolong buat semua tu bukan sayang nak tolong pun..nak tak nak buat sendiri je lah.." balas Harris dengan nada pasrah sambil membelek-belek sikatnya.Aduh muka aku ni tak cukup kesian ke? Ke hati dia memang keras macam batu?

Ayra mencekak pinggang.Matanya dikecilkan sambil melihat wajah suaminya.Dalam hatinya sumpah rasa nak seret je muka si budak Harris ni atas kayu api! Mengada!

"Takpelah taknak tolong..abang okey je..ye lah abang ni siapa je lah kan dalam hidup sayang" sekali lagi Harris membuat muka pasrah nya.Alahh dah biasa dah macam ni..ye lah kan nak buat macam mana takpelah okey je ni..okey je..

"Eleh nak merajuk konon! Meh sini" Ayra merampas sikat yang berada didalam genggaman tangan suaminya.perlahan-lahan dia menyisir rambut suaminya supaya kelihatan lebih kemas dan nampak seperti manusia.Asyik macam tapir je risau jugak kadang-kadang

Harris mendongak kan sedikit kepalanya menatap wajah si isteri.secara tidak langsung senyuman terukir dibibirnya.

"Dah kenapa tengok Ayra macam tu?" Tanya Ayra apabila dia perasan yang Harris memandang nya begitu.Haih rasa macam ada aura aura kegatalan yang bakal tiba.Tolonglah! Rasa nak lari je sekarang ni..

"I love you sayang.." ucap Harris seikhlas hati..

Ayra hanya diam.Aku dah agak dah..

"Oooo taknak balas! Faham faham!"

"Hidup ni kena selekk bro!" Jawab Ayra.Jarang lah tak selekkk

Harris menjeling.selek eh? Oooo macam tu..

"Okey done..jom turun cepat"

"Balas dulu!" Harris mencebik bibir.Tangannya dilipatkan di dada.Jual mahal konon! Macam lah berdosa kalau balas!

"Tak nak.cepat lah!"

"Balas dulu!"

"Kau ni kan! Lempang tahu lah!" Kata Ayra yang sudah geram melihat perangai gedik mengada suaminya.Apahal paksa-paksa? Pijak kang!

"Woi! Lek ahhhh lamakkkk!!!" Balas Harris pula.Gurau pun tak boleh! Hek elehhhhhh tak rilekkk ah minah ni..

"Dah lah lu lambat wa chaw luhhh!"

Tidak sempat Harris membalas Ayra terus keluar dari bilik itu.Takda masa aku nak tunggu..nak turun silakan taknak sudah lantak kau!

"Eh budak selek! Tunggu aaaaaa!"

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now