MDH56🤍

41 2 1
                                    

"Aik? Sepi je..tidur ke?" Kata ayra dengan perlahan sebaik sahaja dia membuka pintu bilik mandinya nya.

"Harris? Ouh harris.." panggil ayra sambil melihat di kiri dan kanannya.

"Haih..mana pulak dia pergi ni! Bukan nak bagitahu! Eh jap..kenapa nak kena bagitahu? Lantak dia lah nak pergi mana pun..kan?"

"Eh! Tapi kena lah bagitahu! Kalau Ada apa-apa kan Senang!"

"Ah malas lah! Daripada fikir dia pergi mana baik aku tidur.Badan pun dah letih ni..Cuaca pun elok..macam rugi je kalau tak tidur heheh" Kata ayra dan terus merebahkan tubuhnya di atas katil.Selimut di Tarik sehingga menutupi wajah.Tenang nya bila takda orang kacau! Lena lah Aku HAHA!



"Aku dapat tahu dia orang Cuba untuk bergerak secara senyap..perhati setiap gerakan Kau dengan isteri kau." Kata darriez.

"Aku dah dapat agak sebelum Aku sampai sini Lagi..tapi tak sangka pula secepat ni.Mengganggu Betul lah!" Balas harris.Kadang tu tak faham mengapa mereka yang busuk hati dengan dirinya ini Akan datang saat dia ingin bahagia bersama isterinya.Kacau line Betul!

"Biasa lah bro..Kau dah bunuh anak buah kesayangn dia..Mustahil dia nak diam.Lagipun Kau tahu kan? Dia memang takkan biar kau bahagia?" Kata darriez.Lagipun bila je black butterfly tu mahu mengalah? Selagi takhta tu tidak jatuh ketangan mereka selagi itu lah mereka Akan terus mengganggu..

"Tahu.Aku dah lama tahu..cuma Aku sengaja biarkan..Aku nak tengok sampai bila orang tua tu nak main game macam budak-budak ni"

"Cakap pasal orang tua tu..Kau takkan nak biar je? Kau yakin permainan dia setara ni je? Macam mana Kalau dia dah susun strategi?"

"Kau tahu siapa Aku kan? Aku boleh buat semua orang anggap Aku ni bodoh..tapi plan Aku berjalan.Kalau tak..muastahil Aku di angkat sebagai king.."Balas harris.Lagipun malas lah asyik berjumpa dengan orang yang sama sahaja..banyak benda Lagi yang dia perlu lakukan.Setakat nak hapuskan black butterfly tu? Huh easy! Tapi tak best lah kalau dia orang semua mati awal..nanti bosan pula kalau tiada apa yang boleh dia lakukan..

"Ouh one more thing, Kau Ingat tak pasal kereta hitam yang ayra cakap tu?" Soal darriez Lagi.

"Yang follow kita Dari rumah ayish tu?"

Darriez mengangguk sebagai tanda balasan.

"Tahu.Dia lah budak yang ikut kan sangat arahan orang tua tak sedar diri tu" kata harris.Bukan nak kata apa lah..kalau ikutkan dia..sudah lama dia hapuskan orang tua tu..tapi tu lah..Disebabkan orang tua tu pernah menjaga nya dahulu dia terus terhutang budi.

"Hati-hati..Aku dapat tahu dia pun tak kalah hebatnya jugak.." pesan darriez.Memang black butterfly masih tidak mampu untuk menandingi mereka tetapi tidak mustahil juga Ada yang pakar dalam bidang ni.

"Aku gerak dulu lah..kesian ayra sorang-sorang" kata harris sebaik sahaja meneguk coffe panasnya.

"Apa-apa roger Aku" kata darriez

"Thanks for the info bro" kata harris dan terus melangkah pergi.









"Sayang!!" Kata harris dengan penuh bersemangat sebaik sahaja membuka pintu hotel Nya.Kedua belah tangannya juga di lebarkan.Tetapi wajahnya terus berubah masam mencuka apabila melihat isterinya yang sedang Lena dibuai mimpi.

"Cis! Dia boleh tidur? Punyalah aku ni bawak kereta laju-laju Sebab fikir kan dia tengah nangis Sebab Aku tinggalkan dia..rupa-rupanya? Tidur!" Bebel harris sambil menyimpan jaket kulitnya kedalam almari.

"Sayang? Bangun lah sayang.."  kata harris dengan nada manjanya sambil menggoncang perlahan lengan isterinya.

Ayra masih diam tidak menunjukkan sebarang riaksi.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now