MDH40🤍

39 2 0
                                    

Harris yang baharu sahaja menyiapkan sarapan paginya meletakkan sepinggan nasi goreng dan juga segelas air kopi panas ke atas meja.Dia mengeluarkan telefon pintar miliknya seraya melabuhkan punggung nya di atas kerusi.

"Hm..awal sangat ke? Boleh je lah kan? Ah lantak lah!"  Kata Harris sambil mengetuk telefon pintarnya ke dagu.

Harris membuka skrin telefonnya dan mencari nama isterinya untuk membuat panggilan.

"Morning sayang.." ucap Harris seraya Ayra menjawab panggilannya.Haih terus segar apabila dapat membuat panggilan dengan isteri tercinta!

"Hm" balas Ayra dalam keadaan separuh sedar.Matanya terasa berat apabila hendak dibuka.Mujurlah telefonnya ada di sebelah telinganya ketika Harris membuat panggilan jika tidak..lambat lagi lah dia hendak bangun.

"Amboi..hm je? Tak rindu abang ke?" Dahi Harris berkerut sedikit.Tak percaya pun ada kadang-kadang..tipu lah kalau tak rindu kan? At least O.1 % mesti ada punya..

"Tak" balas Ayra selamba.dalam keadaan malas macam ni..nak menipu pun rasa malas..

"Fine.tapi abang rindu sayang sangat-sangat! Rasa macam nak balik sekarang je!" Luah Harris tentang perasaannya kepada Ayra. Hati ini bagai disiksa! Diguris! Dicarik-carik hingga terasa kesakitan yang teramat..ibarat seperti kesakitan menanggung rindu terhadap isteri tercinta.cieyhhhhh.

"Merepek lah..pukul lima pagi pulak tu call orang! Mengigau ke apa?" Berang Ayra dengan perangai Harris yang meluahkan perasaannya pada pagi-pagi buta begini.Geli.

"Mana ada mengigau..abang bosan sebenarnya tu lah bang call sayang"

"Ouhh cari Ayra time bosan je lah..faham.." Ayra membulat mata apabila tersedar dengan kata-katanya.Ha sudah! Janganlah dia ingat aku nak attention dia!

"Aik? Bila je abang tak cari sayang? Cuba cakap..abang ni always cari isteri abang tau! sayang tu je yang taknak abang.." Nada suara Harris sedikit menurun apabila tiba di akhir katanya.Jari terlunjuk kanannya pula mengacau air kopi panasnya.

"Haah betullah tu" Balas Ayra jujur.

"Ye lah sayang apa-apa je lah.. asalkan sayang bahagia"

"Hm.Bila nak balik?" Tanya Ayra sambil menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.Sejuk betul pagi-pagi begini..haih alangkah indahnya kalau dapat menikmati tidur di waktu begini.

"Elelelele dah rindu ke tu?" Kata Harris.Bukan apa tapi blushing jugak lah..ye lah kan.. sebelum ni jangan kan kata tanya balik bila..tanya dah makan ke belum pun susah hm..

"Dah agak dah.Takda masa nak layan.."

"Elelele rindu cakap jangan pendam pendam" kata Harris.Bunga di taman mula berkembang mekar memenuhi setiap ruang di dalam hatinya apabila dia kuat mengatakan bahawa isterinya yang bengis dan garang seperti seekor singa kelaparan sedang merindukan nya.Cuma..ye lah perempuan kan..ego!

"Please lah.. annoying siott.." Ayra menjeling tajam.Apasal pulak nak rindu?  Dia bukan siapa-siapa pun!

"Ouh okey..kalau tak rindu kenapa tanya?"

"Saja je tanya lagi lambat lagi bagus! Dapat lah Ayra nak pergi healing!" Kata Ayra.Terus membulat besar matanya apabila terlalu teruja ingin pergi healing.Ish tak sabarnya nak jalan-jalan tepi pantai!

"Healing? Kenapa? A-abang ada sakitkan hati sayang ke?" Hati Harris mula berasa sedikit tidak tenang.Fikirannya mula mencari kembali kesalahan kesalahan yang dia telah lakukan kepada isterinya.

"Dari kita kahwin memang Harris menyakitkan hati! Tapi sekarang ni Ayra nak pergi healing sebab nak tenangkan fikiran je! Stress lah kerja!" Ayra menekup mulutnya kuat tatkala dia tersedar yang dia terlepas kata.Dah lah! Lepas ni aku gam je mulut ni!

HARRIS ZAYDER Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang