MDH20🤍

48 4 0
                                    

Lima tahun kemudian.

"Argh letihnya" kata Harris yang baharu sahaja pulang dari kerja nya.Kepalanya disandarkan pada sofa.

"Ha anak mama dah balik dah? Macam mana Harini? Good?" Soal puan mayyah kepada anak lelakinya.Ya, semenjak ketiadaan Ayra dia kerap singgah ke rumah ibu nya sebelum pulang ke rumah.Sekarang dia mula menolong syarikat ibunya di Malaysia.Selang beberapa bulan dia ke Itali pula untuk menguruskan syarikat nya.Begitulah kehidupannya kini hanya sibuk dengan kerja,kerja dan kerja.

"Macam biasa ma..Takda hari yang Harris rasa tenang..Kehilangan tu masih terasa walaupun dah lima tahun..Harris masih lagi menunggu kehadiran Ayra" jawab Harris.Bagi orang lain mungkin kedengaran sekejap tetapi baginya ketiadaan isteri disisi selama lima tahun amat lama untuknya.

Tipulah kalau tiada yang tanya kemana pergi isterinya tapi dia tetap memberi riaksi tenang walau hakikatnya di dalam masih sedih.Ada juga yang menyuruhnya untuk berkahwin satu lagi alasannya..ada lah yang menjaga dia disini sementara menunggu kepulangan isteri pertama.Tapi walaubagaimanapun Harris tetap senyum dengan cadangan rakan sekerjanya itu.Selama ketiadaan Ayra di sisinya tidak pernah terlintas sekali pun difikirannya mahu mencari isteri lain dia tidak mahu menduakan isterinya.Ayra Aryana first and last.

"Takpa Harris mama dan papa sentiasa doakan semoga Ayra bukak pintu hati dia untuk kembali ke pangkuan anak mama Ni semula"  Puan mayyah menatap sayu wajah anak lelakinya.Ibu mana yang tidak sayangkan anak? Ibu mana yang sanggup melihat penderitaan seorang anak? Tak mungkin dia langsung tiada rasa simpati melihat anak lelakinya begitu

"Thanks ma" Harris membalas senyuman ibunya.

"Dah pergi mandi nanti mama panggil turun makan" kata puan mayyah sambil mengesat sedikit air matanya yang hampir tumpah.

"Baik ma" balas Harris dan terus menapak memasuki biliknya.

Krak!
Pintu bilik dibuka.Matanya melihat sekeliling biliknya.Hampir setiap hari dia berbuat begitu kerana teringat akan isterinya.Matanya tiba tiba tertangkap di sekeping gambar perkahwinan nya.

"Kalau lah sayang balik ke sisi abang..Abang janji abang akan ikut semua permintaan sayang asalkan sayang ada didepan mata abang" getus hatinya.Matanya berkaca menahan sebak didada

"Walaupun abang terpaksa lepaskan sayang" air mata jantannya perlahan Lahan membasahi pipinya.Memang berat untuk dia ungkapkan dengan kata-kata tetapi dia lebih rela lepaskan orang yang dicinta demi kebahagiaan si dia.







"Love!" Jerit Za'faran sambil melambai lambai kan tangannya.Bersemangat betul dia hari ini hendak mengambil gadis kesayangannya di airport.Maklumlah sejak dia menjaga Ayra itulah tugasnya mengambil dan menghantar si gadis.Dia jugalah yang menghantar Ayra untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.Katanya mungkin gadis itu dapat lebih menenangkan fikiran diluar negara.

Ayra berlari kearah Za'faran sambil menarik beg bagasi nya.

"How are you? Seronok dekat Switzerland?" Tanya Za'faran.Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.Baju coat hitam dan juga kaca mata hitam membuat kan dia kelihatan segak disitu.

"Okey je.jom lah makan lapar lah" Ayra memegang perutnya menunjukkan dia sedang lapar.

"Let's go" keningnya diangkat sedikit.Dia menyuakan lengannya kepada Ayra

"Apa? Kau ingat aku duduk luar negara aku dah tahu mana halal haram?" Ayra menggulingkan bola matanya sebelum dia berjalan laju meninggalkan lelaki itu.

Za'faran terkedu.Okey aku malu.

"Cepat lah!" Jerit Ayra apabila lelaki zebra itu masih tercegat disitu.zafran pula laju berjalan kearah Ayra.Ye lah kang tak pasal-pasal ada yang kena terajang kali ke dua.




HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now