MDH47🤍

20 1 0
                                    

"Za'farel!!" Jerit harris zayder sebaik sahaja menendang pintu rumah agam milik lelaki itu dengan kuat

"Eh budak..setakat pistol murah macam ni kau nak acu kan dekat aku? Simpan je lah bro..buat malu air muka je" kata akmal apabila beratus-ratus pistol diacukan kepada mereka.

"Kau pergi panggil boss sial kau tu menghadap aku" arah harris kepada salah seorang anak buah za'farel yang berada dihadapannya.Pandangan matanya tajam menikam anak mata lelaki itu.

Malangnya sedikit pun lelaki itu tidak berganjak untuk mengikuti arahan nya.

"Kau pekak ke?" Tanya harris dan berjalan beberapa langkah ke hadapan dengan perlahan.

"Calm down.Bawa bertenang..apa bising-bising ni? Kan aku dah cakap..kalau anjing datang halau..yang korang bawak masuk rumah ni kenapa?" Kata za'farel sambil menuruni anak tangga.

"Ajal dah menghampiri pun boleh tenang lagi? Gila" kata akmal dan diakhiri dengan senyuman sinisnya.Takpelah bro..senyum selagi mampu.

"Sapa? Ajal kau ke? Kesiannya..So datang sini nak minta aku sponsor batu nisan ke?" Balas za'farel dengan angkuhnya.

"Huh! Sediakan untuk diri sendiri lagi bagus bro.."

Za'farel hanya mengangkat kedua belah keningnya sambil tersenyum senget apabila mendengar balasan daripada akmal.

"Eh harris zayder..tak perasan pulak kau dekat sini.How are you? Mana ayra" kata Za'farel apabila pandangannya beralih kepada harris.

"Aku takkan biarkan dia jatuh ke dalam genggaman kau"

"Kau yakin? Ayra takkan jatuh ke tangan aku?"

"Selagi aku dan harris masih hidup..Jangan pernah kau bermimpi untuk ayra berada dalam genggaman kau" kata ayish dengan riak wajahnya yang dingin.

"Wow..seramnya.." balas za'farel dengan nada perli nya.Tiada sedikit pun rasa takut atau tercabar dalam dirinya apabila mendengar kata-kata ayish.

"Haih..bosannya..Korang nak apa datang sini sebenarnya cuba cakap?" Sambung za'farel sambil menguap.memerli mereka sekali lagi.

"Aku datang sini sebab nak hapuskan keturunan syaitan macam kau!" Tengking harris kuat dihadapan wajah za'farel.Melihat wajah lelaki itu pun dah cukup meluat baginya..apatah lagi mendengar suara.Sungguh merimaskan!

"Apa? Aku? Aku syaitan? HAHAHA." Za'farel ketawa jahat.

"Jangan cabar aku.." kata za'farel dengan wajah ketatnya.

"Aku tak pernah cabar kau melainkan kau sendiri yang rasa tercabar" dengan sinisnya harris berkata.Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.Melihat riak wajah za'farel yang sudah pun bertukar dingin membuat kan hatinya rasa gembira kerana dia tahu..peranan apa yang harus dia mainkan

"Ha ha HAHAHA! Kali ni aku takkan biarkan kau menang! Dan aku akan pastikan kau jatuh tersungkur! Hanya aku yang berkuasa!!" Kata za'farel.perasaannya bercampur baur suka dan duka.Dia yakin yang dia akan memiliki kesemuanya! Tetapi dalam masa yang sama dia juga berasa geram apabila tidak dapat apa yang dia impikan!

Harris ketawa kecil sambil menggaru tepi kepalanya.kakinya pula bergerak melangkah sehingga dia berdiri betul-betul di hadapan wajah za'farel.

"Berkuasa? Kau lupa ke? Kedudukan kau?" Harris tersenyum senget.kening kirinya diangkat tinggi.Sengaja dia mahu menaikkan lagi kemarahan lelaki itu.

"Kau tu kuli! Tak sama level dengan harris!" Sampuk nish yang membuatkan za'farel berasa sungguh hina.

"Kurang ajar!" Kata za'farel sambil tangan kanannya yang menggempal penumbuk diangkat tinggi hendak menumbuk wajah nish tetapi sempat dihalang oleh harris dengan menggenggam pergelangan tangannya dengan kemas

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now