MDH31🤍

60 4 0
                                    

Ayra mula terjaga.. kepalanya terasa berat bagaikan terisi dengan batu..pandangan matanya pula gelap gelita..tiada satu cahaya pun yang menyinari pemandangan nya ketika itu.Dia cuba menggerakkan tangannya tetapi dia tidak mampu kerana kedua belah tangannya diikat kemas di kerusi yang diduduki oleh nya.Pada Ketika itu dia terasa sungguh cemas apabila dia dapat merasakan ada sesuatu perkara yang bakal jadi terhadap dirinya.

"Lepaskan aku lah!" Bergema ruangan itu apabila Ayra menjerit kuat meminta dilepaskan.

Lelaki yang sedang elok duduk sambil menyilangkan kakinya tersenyum sinis melihat Ayra yang berada dihadapannya ini sedang meronta-ronta mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri.

"Woi! Lepaskan aku lah!!" Sekali lagi Ayra menjerit kuat.

"Shuttttt.I'm back baby.." kata lelaki itu sambil mengelus lembut pipi kanan Ayra.

"S-siapa Kau?!" Tanya Ayra.

"Baru berapa hari kita tak jumpa takkan kau dah lupa suara aku..Hm love?" Balas lelaki itu.

Ayra tersentak.M-makna nya dia berada dengan Za'faran?!

"Z-Za'faran! Lepaskan aku!" Ayra meronta-ronta meminta agar dilepaskan.Cukuplah! Dia tidak mahu dilayan begini!

"Finally..kau kenal jugak suara kekasih hati kau ni kan.." sambil menongkat dagu Za'faran berkata.Tangan kanannya pula bermain dengan rambut panjang gadis itu.Haruman wangi yang datang daripada rambut gadis itu membuatkan hatinya sungguh tenang.Hmm perfect..

"Kau pekak ke?! Aku cakap lepaskan aku!" Jerit Ayra dan sekaligus menendang perut Za'faran sehingga lelaki itu tertunduk sedikit.

Za'faran bernafas dengan laju.jelas menunjukkan yang dia sangat marah dengan tindakan berani gadis itu.Kurang ajar!

"Eh perempuan! Kau dengar sini eh! Aku takkan lepaskan kau selagi kau belum jadi milik aku!" Tengking Za'faran sambil menarik rambut Ayra kebelakang sehingga kepala gadis itu terdongak sedikit.

"Apa yang kau nak?!"

"Apa aku nak? Aku nak kau jadi isteri aku!"

"Gila! Aku masih lagi isteri Harris!"

"Kau diam! Berani kau sebut nama jantan tak guna tu depan aku!" Ujar Za'faran seraya menampar kuat pipi kiri Ayra sehingga wajah Ayra tertoleh sedikit kearah lain.Kain yang menutupi matanya juga turut terbuka.

"S-sakit lah!"

Ayra menyeringai kesakitan.

Mendengar sahaja aduan Ayra itu automatik wajah Za'faran yang bengis bertukar dengan riak wajah cemas dan risau.

"S-sakit? Ayra..Zaf tak sengaja maafkan Zaf" kata Za'faran.Kepalanya elok diletakkan diatas paha Ayra.

"H-harris"

Za'faran mengangkat kepalanya sebaik sahaja mendengar nama lelaki yang cukup dia benci pada saat ini!.Dengan penuh perasaan marahnya dia terus mencengkam kuat pipi Ayra.

"Kau ni memang tak guna!" Kata Za'faran.

Kedua belah tangannya pantas mengoyakkan baju kemeja yang dipakai oleh Ayra.Habis itu, jelaslah dia dapat melihat sedikit tubuh Ayra yang memakai singlet berwarna hitam yang terdedah di bahagian bahu dan sedikit di bahagian dada.

"Jangan sentuh aku!" Sekali lagi Ayra cuba menendang Za'faran tetapi tendangan nya tidak mengena sasaran kerana Za'faran berada ditepi nya.

"Cantik 'tanda merah' yang aku buat ni..kau nak aku tambah lagi?" Puji Za'faran sambil mengelus lembut tanda merah yang dibuat oleh nya dileher Ayra.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now