MDH14🤍

45 4 0
                                    

"Ayish kau bawaklah Harris masuk dulu aku nak angkat barang"

Ayish mengangguk.

Jujur masing-masing sedang mencari alasan untuk menjawab segala persoalan yang akan disoal oleh harris nanti.Semasa di hospital tadi ada juga Harris menanyakan tentang isterinya..Tetapi masing-masing hanya mengangkat bahu menandakan bahawa mereka tidak tahu.Harris pula tidak menyoal banyak dia hanya diam..mungkin dia berfikir positif.

"Sayang? Ouhh sayang.." panggil harris dengan perasaan gembiranya.Tak sabar betul nak peluk isteri kesayangannya

Sunyi.sepi hanya bunyi angin yang dihasilkan daripada kipas kedengaran.

"Sayang!" Jerit Harris sambil melihat bilik isterinya daripada tangga.

" Herm tido ke?" Kata Harris perlahan.

"Har..aku rasa baik kau duduk dulu" kata ayish.

"Alah..aku nak jumpa Ayra rindu lah.."

"Takpa kau duduk dulu..ada benda yang kitaorang nak tunjuk dekat kau."

"Ha? Okey." Harris melabuhkan punggung nya di atas sofa.Matanya masih sempat lagi menjeling kearah tangga.

Serta merta kertas putih yang dilipat kemas diberikan kepada harris oleh Akmal.

"Apa ni? Surat wasiat ke?" Harris bergurau.Tangan kanannya naik mencapai kertas tersebut dan dibuka.Perlahan dia membaca

'Lepas je kau buka kertas putih ni aku harap kau baca perlahan-lahan supaya kau faham dengan apa yang aku nak sampaikan.Aku tahu sebelum ni aku banyak buat salah dengan kau dan aku tahu aku banyak sakit kan hati kau,aku tak hormat kau sebagai suami, aku tak layan kau macam isteri isteri orang lain bahagiakan suami diorang.Aku tahu kau sayang dan cintakan aku tapi aku nak kau tahu aku memang sayang kau tapi sebagai sahabat aku..aku tak pernah cinta kan kau..aku tak mampu bahagiakan kau.Aku minta maaf dengan apa yang aku dah buat dekat kau selama ni.Aku minta izin untuk pergi..Aku harap kau bahagia dengan orang lain.Terima kasih untuk segalanya.Selamat tinggal Harris Zayder.' nota ditulis oleh Ayra.

Matanya mula berkaca saat membaca baris terakhir ayat tersebut.

"T-tak mungkin..tak mungkin! Dia takkan buat aku macam ni! Korang tipu aku! Ayish! Ayra takkan buat aku macam ni kan?"  Soalnya kepada ayish dan mengharapkan jawapan lelaki itu dapat menyenangkan hatinya.

Ayish diam dan menunduk.

"Ayish! Jawablah! Betul kan?!" Kuat dia mencengkam bahu ayish.nada suaranya bertukar deras.

"Aku tak tahu Harris! Aku sendiri pun masih belum percaya yang adik aku sendiri tinggal kan aku! Family! Tinggalkan kau!" Balas ayish.Air matanya terus mengalir membasahi kedua belah pipinya.Abang mana yang boleh bergelak tawa saat kehilangan adik nya kan?

"A-ayra ayish..Ayra.." tersesak esak dia menangis sambil menyebut nama isterinya.Sungguh Dia terkilan dengan semua ini.

Ayish menarik harris kedalam pelukannya.Dia faham perasaan itu kerana dia juga ditinggalkan oleh adiknya.

Akmal dan Nish turut berjurai air mata melihat kawannya begitu.Sedih tak terkata.








Angin sejuk yang menyapa tubuh tidak dihiraukan.pandangannya dibuang ke luar tingkap merenung akan apa yang dia telah lakukan.

"Adik tahu abang dah ada dekat Malaysia tapi adik minta maaf..adik kena pergi" kata Ayra.Tanpa dia sedar permata jernihnya jatuh membasahi pipi.

Tok tok!
Bunyi ketukan pintu dari luar menyentak kan lamunan nya.Lantas dia bangun dan membukakan pintu.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now