MDH70🤍

87 2 0
                                    

"Sayang..abang pergi office dulu tau.ingat pesan abang..jangan keluar rumah sorang-sorang jangan buat kerja rumah jangan lupa makan okey.." pesan harris sambil memakai kasut nya.

"Amboi..banyak nya pesanan..." kata ayra.Dia punya pesanan perghh! Dah ulang tujuh ratus lima puluh kali dah kot..

"Shhhtt! Kalau sayang ingkar arahan abang..siap sayang!" Kata harris yang berbunyi amaran.Dikecilkan matanya sambil menatap wajah si isteri.Bukan nak kata apa lah..tapi semua orang tahu sikap degil isteri nya ini..Haih sukar untuk dikawal!

"Do i care?" Balas ayra.kening kirinya dinaikkan sedikit.

"Sayang...." Kata harris dengan nada meleret nya.Pasrah betul kalau isterinya itu benar-benar mengabaikan arahan nya.

"Alolololo comel!" Kata ayra sambil memicit kedua belah pipi suami nya.Lelaki ni kadang-kadang memang macam ni Eh?

"Dont alolololo with me! Im gengstahhhh!" Balas harris sambil mengangkat tiga jari nya iaitu jari terlunjuk,ibu jari dan juga kelingking.

"Ye lah ye lah..pergi cepat kang lambat masuk office.."

"Okey..love you sayang.." ucap harris seraya mengucup dahi isterinya.Haih rasa macam taknak kerja pulak..



"Okey..sekarang ni aku sorang-sorang dekat rumah..aku nak buat apa? Siram pokok lah..kesian pokok-pokok aku ni.." kata ayra seorang diri dan terus melangkah keluar dari dalam rumahnya.

"Aik? Bukan main..paip air pun hilang Eh? Siapa pulak rembat getah paip aku ni! Paip pun siap mangga lagi..ni mesti kerja laki aku la ni!" Ayra mencekak pinggang.Haih parah betullah kalau macam ni..nampak sangat tak percaya aku

"Ha Takpalah..siram pokok tak boleh..kita menyapu je lah..kan baby kan?" Kata ayra sambil mengusap perutnya.kaki nya bergerak melangkah ingin mengambil penyapu di dalam stor tepi rumahnya.Tapi...

"What the...Pergh..siap berantai besi lagi dasyat..betul-betul tak bagi aku buat kerja ni.." Ayra menggeleng perlahan kepalanya ketika melihat kelakuan suaminya itu.Kalau macam ni lah keadaannya..memang aku takda peluang nak buat kerja rumah ni..

"Woi gendut! Membebel apa sorang-sorang ni?" Tegur akmal yang baharu sahaja tiba.

"Aku tak gendut Eh! Takdalah..aku bosan tapi semua Yang aku nak buat semua dah berantai besi.." jelas ayra.

"Wow! Bukan main erk laki kau! Serius sangat! Tapi baguslah dia buat macam ni..mungkin sebab dia tahu bini dia ni degil nak mampos!" Balas akmal.Tu lah siapa suruh degil! Memang tak lah orang nak percaya!

"Diam lah! Kau nak apa datang sini?!" Soal ayra sebaik sahaja memberikan jelingan tajam kepada akmal.

"Aku datang bawak breakfast! Heheh" balas akmal sambil mengangkat beberapa bungkusan plastik di tangannya.

"Pergh! Sejak bila kau tahu cara-cara membeli breakfast ni? Biasa bukan rembat dekat rumah aku ke?"

"Errr disebabkan kau pregnant..So aku pun taknak kau masak-masak ke apa ke..aku beli lah.." kata akmal.Bukan apa risau pulak kalau apa-apa jadi dengan mak buyung ni..kang aku jugak yang kena!

"Hm..makan dekat luar je lah..aku nak ambik udara segar" kata ayra dan terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Hm..udara segar tambah pulak dengan jejaka yang hensem depan mata..memang indah hari kau kan.." kata akmal dengan penuh keyakinan.Pergh! Gilo gilo..tak semua orang dapat merasa tau..

"Perasan.." ayra menjeling.Bila Eh makhluk ni nak sedar?

"Takdalah gurau je..baby macam mana? Okey?" Soal akmal sambil tangannya bergerak menghidangkan makanan yang dibeli nya tadi untuk gadis itu.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now