MDH38🤍

35 3 0
                                    

"Semua dah settle?" Tanya Harris kepada Darriez sebaik sahaja selesai menyusun senjata dan alatan nya ke dalam bonet kereta.

Darriez mengangguk bagi menjawab pertanyaan dari ketuanya.

Sedang sibuk masing-masing menyiapkan diri tiba-tiba telefon bimbit milik Ayra berbunyi memecahkan kesunyian.

Pantas Harris menekan ikon hijau yang terpampang di screen telefon pintar isterinya.

"Hye sayang..lama ke tunggu?" Tanya Za'farel sambil menikmati lolipop nya.

"Aku takda masa nak main-main lah! Kau hantar location sekarang!" Jelas kedengaran suara Harris yang deras bak ombak di lautan.

Sebenarnya dari tadi lagi mereka menunggu lelaki yang bernama za'farel itu mengirimkan lokasinya kepada mereka semua.Jadi tidak hairanlah kalau Harris boleh mengamuk seperti singa kelaparan.Tiada masa dia mahu bermain..baginya hal isterinya ini bukanlah sesuatu perkara yang kelakar untuk dia tenang, berseronok sambil menunggu lelaki itu menghantar lokasi nya.

"Alololo comel je abang Harris ni marah marah.Abang nak tengok bini abang ke? Kejap eh" kata za'farel dan menukarkan call biasa kepada video call.

Za'farel menghampiri Ayra dan menarik rambut gadis itu sehingga terdongak sedikit kepalanya.

Ayra berdecit sakit apabila dia merasakan lelaki itu menarik rambutnya kuat.

"Kau lepaskan adik aku!" Tengking ayish.Tidak sanggup dia melihat adiknya diperlakukan begitu.Mujur dia tiada di situ jika tidak jangan kan kata jasad sahaja yang bersepai roh pun terbelah dua.

Za'farel memberikan senyuman senget sambil perlahan-lahan dia merapatkan hidung nya di batang leher Ayra.Matanya tertutup rapat apabila haruman gadis itu menusuk ke dalam rongga hidung nya.Jujur dia akui..kadang dia juga hampir jatuh cinta tatkala memandang wajah anggun gadis itu..entah ilmu apa yang tersarung di wajah gadis itu pun dia tidak tahu sehingga dia mampu tertarik dengan begitu cepat.

"Kau jangan cabar aku setan! Kau jangan apa-apa kan bini aku!" Giliran Harris pula menengking.Ini lah dia paling takutkan..takut sekiranya isterinya itu dilanda trauma seperti sebelum ini.

"Abang Harris ni lambat lah..semalam kitaorang dah enjoy dah.patutlah adik aku tergila-gilakan bini kau..dari atas sampai bawah perfect!" Kata za'farel yang sengaja ingin mencabar Harris Zayder.

"Kau sentuh adik aku..aku bersumpah takkan biarkan kau hidup lah sial!" Tengking ayish seraya merampas telefon bimbit adiknya dari genggaman Harris. Dia betul-betul bertekad..kali ini dia takkan biarkan sesiapa sahaja yang ingin musnahkan hidup adiknya tenang dan aman begitu sahaja.Walau nyawa di hujung tanduk dia tak kan menyerah!

"Ups! Abang ipar dah marah lah..uish takutnya.." balas Za'farel dalam nada mengejek.Walaupun berbunyi ugutan tetapi sedikit pun tiada rasa takut timbul dihatinya..malah dia semakin suka dengan semua itu.

"Kau ni memang bangsat! Kalau kau anak jantan kau hantar location sekarang lah barua!" Akmal sudah hilang sabar.Pantang betul orang memainkan perkara yang serius. Biar hodoh jangan bodoh. Ni tak..pantang ada duit lebih sikit terus borong set combo.. package dengan extra pulak tu!

"Mesti bapak kau ajar kau jadi lembik macam ni kan? Bapak kau bapok belah mana?! Meh sini aku langgan" sengaja risy kata begitu mahu menaikkan kemarahan za'farel.Sudah cukup lama mereka menunggu tiada masa mahu bermain.Dia yakin dengan menggunakan cara ini permainan yang dijalankan oleh Za'farel akan segera tamat.

"Bapak aku jangan sebut lah sial!" Tengking Za'farel dan segera mematikan panggilannya.

Masing-masing menahan marah sehingga kelihatan dada yang berombak kencang.Tiba tiba..

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now