MDH27🤍

48 5 1
                                    

Ayra bernafas dengan laju,dadanya menurun naik dengan cepat,Seluruh tubuhnya berpeluh dan tangannya pula kuat menggenggam cadar katil.Matanya Masih lagi terpejam rapat.

"Doctor! Doctor!!" Jerit Harris kuat apabila melihat keadaan isterinya.

Beberapa saat kemudian muncullah seorang doctor dan beberapa orang nurse ke dalam bilik wad Ayra.

"Maaf ye encik..Sila tunggu diluar kami akan melakukan pemeriksaan kepada pesakit..terima kasih" kata nurse itu sebelum menutup pintu bilik wad Ayra.

"Kenapa dengan adik aku?" Tanya ayish cemas.

"Aku tak tahu.." kata Harris dan menggeleng perlahan kepalanya.

"Sabarlah Harris..kita tunggu penjelasan doctor nanti" kata tuan Zaidy sambil mengusap perlahan belakang tubuh Harris.

Tuan Zaidy menghembuskan nafas berat.Sesungguhnya dia juga turut berasa sedih..sudahlah dia menanti kehadiran anak gadis nya selama bertahun tahun..baharu sahaja dapat berjumpa begini pula jadinya..tetapi walau apapun yang berlaku ini semua ketentuan Allah..Dia langsung tidak berhak untuk mengatakan tidak.Apa yang dia tahu dia mestilah berdoa agar anak gadisnya sentiasa selamat dan dilindungi oleh Allah.amiin

"Harris" 

Harris mengangkat kepalanya dan menoleh kearah Akmal.

"A-aku ada benda nak cakap dengan kau" kata Akmal.Wajah Harris langsung tidak dipandang..dia hanya melihat kearah lantai.

"Cakaplah"

"Tapi dekat luar"

"Hm" Harris mengangguk.Malas lah mahu tanya mengapa..biasanya kalau mahu berbincang jauh daripada orang ni mesti ada hal penting ataupun personal.

"Ayish..Kau sekali"

"Aku? Okey" 

Harris dan ayish terus berjalan keluar.






"Kau nak cakap pasal apa?" Soal Ayish sambil melipat lengannya di dada.

"Pasal Ayra"  jawab Akmal ringkas.

"Kenapa dengan dia?"  Sekali lagi dia menyoal.wajah serius dipasang.

Akmal menarik nafas panjang sebelum memulakan percakapannya.Jantung nya berdegup laju dada juga berombak kencang.

Kalau ikutkan hatinya ingin sahaja dia simpan hal ini seorang diri tetapi sebagai seorang yang bertanggungjawab dan hensem dia perlulah memberitahu kepada orang yang lebih berhak..betul tak readers?

"Sebenarnya aku dah jumpa dengan ayra sebulan yang lepas" kata Akmal jujur.

Laju Harris dan ayish menoleh kearah Akmal terkejut dengan luahan lelaki itu.

"Ha?! Kau merepek apa ni?" Tanya ayish yang sedikit tidak berpuas hati.

"Ye..aku sengaja tak nak bagitahu korang sebab aku tahu Ayra Masih lagi belum bersedia waktu tu" balas akmal.Dia langsung tidak memandang kearah Harris dan ayish.Bukan apa tapi takut pula kalau dia tidak dapat memberitahu perkara itu dengan sempurna apabila melihat wajah kedua lelaki itu.Kedua duanya nampak sahaja baik tetapi kalau marah wajahnya lebih bengis daripada Syaitonnnn!!

"Apa kau ingat kalau kau bagitahu kitaorang.. kitaorang nak bunuh dia ke? Eh fikirlah Mal fikir!! Kalau jadi apa apa dekat adik aku macam mana" ayish mencekak pinggang.Dahinya mula berkerut seribu.

"Patutlah kau selalu takda dekat offices..rupa rupanya kau jumpa isteri aku..kenapa kau tak jujur je dengan aku? Dia tu isteri aku..isteri aku!! Kau tahu kan selama ni aku cari dia?! Kenapa kau tipu aku?!" Jerit Harris apabila dia merasakan yang seolah-olah dirinya telah ditipu oleh rakan sendiri.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now