MDH36🤍

70 4 0
                                    

Ayra memusingkan tubuhnya ke kanan dan ke kiri mencari keselesaan.Matanya pula perlahan-lahan terbuka apabila cahaya matahari tepat menyuluh ke arah matanya.

"Arghhhhhhh!!!!"  Ayra menjerit kuat apabila pandangan matanya terpandang pemandangan yang tidak berapa indah baginya.terus dia duduk di kepala katil dengan dadanya yang berombak kencang.selimut ditarik menutupi tubuh.

"Eh sayang kenapa ni? Ada pencuri ke?" Laju Harris bangun dari tidurnya.Tangannya pula meraba-raba di bawah katil untuk mencari sesuatu yang keras.Dengan keadaan mamai nya dia tetap gagahkan juga untuk bangun dari baringnya.

"Ha mana mana?" Tanya Harris sambil melihat kiri kanan. spanar hidup dan juga kayu hoki yang berada di tangan kanan dan kirinya digenggam dengan kemas.

"Meh sini abang pulas tengkorak dia!"  Matanya melilau mencari kelibat pencuri yang berani memecah masuk ke dalam rumahnya pada waktu begini.

Ayra diam membisu.Dahinya berkerut seribu.pelik melihat kelakuan suaminya yang tiba-tiba begini.mengigau ke apa ni?

"Mana sayang? Abang dah tak sabar ni! Berani buat kacau pagi-pagi buta ni?!" Dengan gaya seperti menunggang motosikal nya Harris masih lagi mencari-cari kelibat pencuri yang entah wujud ataupun tidak itu.

"Ha mana mana?! Bak datang lah!" Jerit Harris.

Berkelip-kelip mata Ayra melihat suaminya.tak faham dia kenapa ni? Pagi-pagi wayar dah putus..

Harris yang sedari tadi Ayra hanya memerhatikan dirinya terus menoleh kearah isterinya itu.

"Aduh sayang tengok apa lagi? Mana pencuri tu?"

"M-mana ada pencuri" balas Ayra tersekat-sekat.sejak bila ada pencuri pulak ni?

Terlopong mulut Harris mendengar jawapan si isteri.serius lah?

"Ouh.T-takda eh?" Harris menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.eish buat malu je!

Ayra menggeleng perlahan kepalanya berkali-kali.

"Habis tu? Yang sayang menjerit tadi tu kenapa?"

"Ayra terkejut lah..Harris tiba-tiba dekat sebelah Ayra ni kenapa?!" Tanya Ayra dengan nada suara nya yang deras.Ha ni nak maghohhh ni!

"Ouh hehehe s-semalam abang tak boleh tidur.."

"Kenapa pulak!"

"Takut lah..gelap.."

"Mengada! Boleh je bukak lampu! Sebok menyempit dekat sini apahal?!"

"Alaaaa..abang dah bukak lampu lah..tapi tak boleh tidur jugak..tidur sebelah sayang baru nyaman tenang je rasa hati ni" kedua belah tangannya dilekapkan di dada sambil tersenyum lebar memandang keatas membayangkan sesuatu.

"Kepala hotak kau lah! Ayra yang tak nyaman sekarang ni"

"A-alaaa benda dah lepas jangan lah ungkit "

"Eyyyy malas aku layan kau ni! Tepi lah!" Ayra menolak kuat bahu Harris seraya dia bangun dari duduknya.Dia punya suruh jangan ungkit tu macam dua tiga tahun lepas punya cerita! Padahal? Tak sampai satu jam!

Harris hanya diam dan berdiri kaku disitu.taknak lah menjawab apa-apa bukannya ada peluang nak menang pun..

"Sebok je! Memang lah benda dah lepas.. masalahnya semak tahu tak! Katil tu walaupun saiz king tapi cukup untuk Ayra sorang je! Sebok je nak menyempit! Tak boleh tidur lah takut gelap lah! Macam macam lah! Lain kali tak boleh tidur selawat lah! Berzikir ke lama-lama tertidur lah!"

Harris hanya pasrah sahaja mendengar bebelan yang panjang dari isterinya di pagi hari ini.haih lah kuat betul vitamin pagi ni..nasib nasib..




HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now