MDH66🤍

28 2 0
                                    

Sebulan kemudian

"Sayang..abang terlupa nak bagitahu sayang esok malam..abang Ada program dengan budak-budak office" kata Harris seraya menarik selimut menutupi tubuhnya dan terus mengiring menghadap isterinya.tangan kanannya naik menongkatkan kepalanya.

"Ouh..lepastu?"

"Abang nak sayang ikut abang" kata Harris dan memberikan senyuman manis Nya.

"Ayra? Ikut Harris? " soal ayra sambil menunding jari kearah dirinya sendiri.

"Ye lah..habistu abang nak Ajak siapa Lagi kalau bukan isteri abang ni?" Balas harris.haih..aku ni ada empat isteri ke? Sorang je kan?

"Alah..ayra seganlah" kata ayra sambil menunduk.Lagipun dia bukannya kenal dengan semua pekerja di pejabat suaminya itu..dan tak mahu lah mereka semua tu berasa pelik nanti dengan kehadiran dirinya di sisi harris pada malam itu..lainlah kalau mereka semua dah tahu apa status dirinya bersama harris..

"Nak segan apa Nya..Lagipun Esok semua Ada..mama daddy,ibu ayah abang sayang.. kawan-kawan semua lah.." balas harris dengan sedikit hairan.Tak pernah-pernah dia melihat isterinya ini segan begini..mengigau ke apa?

"Program apa ni? Bukan main ramai jemput..ada kenduri ke?" Soal ayra.Kata ada program dengan budak-budak office? Ni siap jemput satu family..program apa lah yang meriah sangat ni..

"Adalah..nanti sayang tahu lah.." balas harris sambil mengangkat kening nya berkali-kali.

Ayra hanya mengangguk kan kepalanya.

"Dah sekarang ni..jom kita tidur..Esok pagi kita keluar ambik baju yang abang dah siap Tempah untuk malam tu"

"Dah siap tempah? Bila masa Harris pergi tempah baju? Tak ajak ayra pun" kata ayra dan sempat juga dia menjeling sekilas kepada suaminya.takut habis duit lah tu! Tak pun..pergi dating dengan perempuan lain kan? Tak cemburu pun! Teka je!

"Alah..alang-alang balik dari office tu abang singgah lah sekejap..bukan tak nak ajak sayang" kata harris membalas.Sikit-sikit nak jeling..sebelum ni amboi!!! Jual mahal! Sekarang ni kalau tak ajak bukan main muncung sedepa!

"Jom lah tidur..abang dah mengantuk lah sayang.."

"Tidur je lah..ayra tak mengantuk Lagi" balas ayra sambil bermain dengan telefon pintarnya.

"Okey.Goodnight sayang.I love you!" ucap harris dan terus mengucup lembut dahi isterinya.








"Ramai Nya orang harini.." kata ayra sambil melihat sekelilingnya.Patutnya hari ahad semua duduk rumah tidur je..biar aku sorang je yang meneroka mall ni! Muahahahahhaha uhuk! Uhuk!

"Memang lah ramai..hari ni hari minggu sayang.." balas harris.Aik? Macam tak biasa pergi shopping pulak..bila je mall ni tak penuh?

"Ha tu kedai baju yang abang tempah haritu" kata harris sambil menunjukkan kearah sebuah kedai.

"Butik pengantin? Dia ni nak kahwin Lagi ke? Tak bagitahu pun" bisik hati ayra.tak cemburu pun..tapi kalau nak kahwin satu lagi tu bagitahu lah!

"Sayang? Jom lah.." tegur harris yang memecahkan lamunan isterinya.Haih..tengah-tengah jalan nak mengelamun fikir pasal abang ke? Hehe

Ayra berdehem kecil dan terus mengikuti langkah suaminya.ah lantak lah! Madu ke apa ke tak kesah pun!

"Ouh Hye Encik Harris!" Sapa seorang gadis yang merupakan pekerja di butik itu.

"Hye. Macam mana dengan tempahan i ? Dah siap?" Soal harris.

"Of course! Untuk Encik harris kot! Erm by the way..ni ke isteri encik harris?" Soal gadis itu sambil menunjukkan ke arah ayra.kepalanya di senget kan sedikit untuk melihat gadis itu yang berada dibelakang harris.maklumlah..harris kan sado! Habis tersorok ayra dibelakangnya..

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now