MDH52🤍

33 1 0
                                    

Ayra mencelikkan matanya apabila tersedar dari lena.Dia terasa perutnya seolah-olah dihimpap sesuatu yang membuatkan dia tidak selesa untuk mengambil nafas.

Lantas dia menoleh ke belah kananya.Alangkah terkejutnya dia apabila wajah suaminya betul-betul berada di hadapan wajahnya.

Ayra meneliti setiap inci wajah kacak suaminya.Entah mengapa kali ini dia langsung tiada rasa mahu marah atau niat untuk menghalau lelaki itu.Yang dia rasakan adalah tenang dan nyaman..lagi-lagi bila berada di dalam pelukan hangat suaminya.Terasa seolah-olah beban yang dia pikul selama ini hilang semuanya.

Ayra tersentak apabila harris merapatkan lagi pelukannya.Cepat-cepat dia berpura-pura tidur.Risau sekiranya lelaki itu sedar tentang kelakuannya.

Tiba-tiba jam penggera yang dikunci oleh harris berdering dengan kuat yang membuatkan harris terjaga dari tidurnya.Tanpa membuang masa,harris terus bangun dari duduknya untuk pergi ke bilik mandi.sempat dia mengucup sekilas dahi isterinya.

Sebaik sahaja ayra mendapat kepastian yang suaminya itu telah berada di dalam bilik mandi,dia terus membuka matanya.Serta merta senyuman manisnya melebar sambil tangan kanannya memegang  dahi Nya yang telah dikucup Oleh suaminya tadi.





"Lah..sayang dekat sini ke..risau abang tau" kata Harris yang baharu sahaja menuruni anak tangga.Tidak senang duduk dibuatnya apabila isteri tercinta tiada di depan mata.

"Apa Yang risau Nya? Dalam rumah je kan?" Balas ayra sambil membawa beberapa biji gelas.

"Ye lah..abang risaulah..abang keluar Dari bilik Mandi je tengok sayang takda..abang ingatkan sayang tinggalkan abang Lagi"

"Memang plan macam tu pun..tapi nak Makan dulu"

"Eish sayang ni..main-main lah.." kata Harris dan mula menarik muka.Tak kelakar ya nak main-main macam tu dalam keadaan sekarang ni! Kita ni punyalah risau! Kalau apa-apa jadi macam mana?! Tak fikir ke? Tak fikir ke kita ni sayang dia?! Ish! Menyampah!

"Dah jom Makan.."

"Tak nak! Sayang nak tinggalkan abang!" Harris memeluk tubuh sambil memalingkan wajahnya ke tepi.

"Tak nak sudah! Tinggal Betul-Betul kang tahu lah!" Kata ayra yang langsung tidak mengambil kesah tentang rajuk suaminya.Lantak lah..yang penting aku kenyang..

"Okey okey abang Makan.." balas harris sambil tersengih sedikit.fuh..bahaya Betul ugutan isterinya ini.So untuk jalan penyelesaiannya lebih baik dia pujuk diri sendiri sahaja daripada kehilangan isterinya Lagi.

"Sayang.." panggil Harris dengan nadanya yang meleret.

"Hm?" Ayra mengangkat sedikit keningnya.tangannya masih Lagi mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.

"Nak suap boleh?" Pinta harris.Kedua belah jari telunjuknya di laga-lagakan.

"Nak suap ye harris Zayder?" Sampuk qayden yang datang dari arah dapur dengan secawan air di tangannya.

"B-bila masa Kau dekat sini?" Tanya harris dan menelan liur.Aduh..kantoi lah macam ni..ish! Tak gangster ah!

"Dah lama dah Kau je tak tahu" balas Qayden dengan bersahaja.Cis! Dari tadi aku perhati je gedik mengada Kau tu harris! Ceyyy ketua Gangster hahaha kelako lah engko ni! Membunuh sana sini last last shayang..nak syuap HAHAHAH.

"Kenapa kau datang sini?" Soal harris.Bukan lah maksud Nya itu tidak boleh.cuma sekadar bertanya sahaja..manalah tahu kalau Ada perkara Pentling yang dia patut tahu..kan?

"Aik? Sejak bila Aku tak boleh datang rumah sepupu aku?"

"Ada Aku cakap tak boleh ke? Aku Tanya je kan"

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now