MDH9🤍

48 4 0
                                    

Tut tut tut!
Akmal tersentak.Teragak agak dia mencari telefon bimbitnya.

"H-hello" kata Akmal.matanya masih lagi memandang Ayra.

"Kenapa korang berhenti?" Tanya Nish kepada akmal sebaik sahaja lelaki itu menjawab panggilan telefon nya.

"A-aku cari phone aku..nasib baik kau call" tipu Akmal.

"Ouh takpelah kalau macam tu." Kata Nish dan panggilan ditamatkan.

"A-aku tak salah dengar kan?" Soal Akmal kepada Ayra.Matanya langsung tidak berkelip..riaksi nya juga jelas masih lagi terkejut dan tidak percaya dengan apa yang baharu sahaja diungkapkan oleh Ayra.

"Aku minta maaf..tapi aku terpaksa.." Ayra menunduk sebaik sahaja membalas.

"Ayra Aryana! Kau merepek apa ni?! Sedar lah Ayra! Sedar!"  Akmal menggoncangkan sedikit bahu Ayra.

"A-aku minta maaf.." Ayra menunduk.Dia tahu apa yang dia mahu lakukan itu jelas kesalahannya tetapi apakan daya dia terpaksa juga melakukan.

"Eh kalau ayish tahu kau macam ni! Kau fikir apa?!" Jerit akmal.Tahap kesabaran sudah tidak dapat ditahan lagi.Bara didalam hati juga cukup membuatkan dirinya menggelegak panas.Dia cukup tidak setuju dengan apa yang Ayra mahu lakukan.

"Aku nak balik.." kata Ayra perlahan.Buat masa ini dia belum mahu membuka mulut tentang apa pun yang dia fikir.yang dia tahu dia pasti akan mengikuti Za'faran.

"Ayra.." Akmal mengeluh.

"Hantar aku balik!" Tengking Ayra kuat.Cukup! Dia cukup penat dengan semua ini..Dia tidak mahu! Kenapa orang perlu memaksanya? Salah ke mahu mencari kebahagiaan sendiri? Kenapa hidupnya perlu dikongkong? Kenapa?!!

Akmal yang tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dia terus memulakan perjalanannya semula.








"Kau buat apa ni?" Tanya Ayra yang baharu sahaja melangkah ke dapur.

"Harris tolong sayang keluarkan barang barang ni lah.." balas Harris sambil mengeluarkan lagi beberapa jenis sayur yang berada didalam peti sejuk.

"Oh K" kata Ayra dan ingin melangkah pergi tetapi dihalang oleh harris.

"Eh nak pergi mana? Kata nak masak"

"Nak pergi basuh baju jap.." jawab Ayra.

"Eh takpa takpa..biar Harris yang buat.." kata harris lembut.kedua belah tangannya memegang bahu Ayra.

"Takpelah aku boleh buat sendiri.." kata Ayra menolak.Kalai boleh buat sendiri kenapa maju menyusahkan orang lain pula kan?

"Takpa..sayang masak je okey.." Harris memberikan senyuman manisnya sambil tangan kanannya mengusap lembut kepala isterinya.

"Hm" Ayra mengangguk sebagai balasan.Harris yang mendapat jawapan itu pun terus berlalu pergi.

"Ayra" panggil akmal.Tubuhnya disandarkan pada dinding.lengannya pula dilipatkan di dada.

"Apa lagi akmal? Apa lagi yang kau tak puas hati?" Soal Ayra tanpa menoleh sambil memotong sayur-sayuran yang telah disusun oleh harris tadi.

"Kau pasti? Kau takkan menyesal?" Soal Akmal untuk kepastian.

"Hm" gumam Ayra perlahan.

"Sebelum tu..aku nak bagitau kau satu benda.."

"Apa?"

"Hati hati..Dia tu kaki perempuan kaki club hari hari minum.so hati hati." Pesan Akmal.Dalam bab ini sememangnya dia cukup tahu mengenai lelaki itu sejak mereka berjumpa dalam perlawanan bola sepak dulu jadi apa sahaja yang dilakukan oleh Za'faran pasti dia sudah tahu.baik atau pun buruk.

"K" balas Ayra sepatah seolah-olah tidak menghiraukan pesanan Akmal buatnya.

"Tu je?"

"Habis tu?"

"Dia lagi teruk daripada harris kot! Kenapa kau lagi pilih dia?" Nada suara Akmal mula menaik tinggi.Bengang dengan sikap Ayra yang seperti cacat penglihatan.Buta tidak dapat membezakan mana batu jalan dan mana batu permata.

"Entah." Ayra mengangkat bahunya sedikit.

"Argh! Suka hati kau lah! Bodoh!" Jerit Akmal separa deras.Ketika ini perasaan geramnya tidak dapat digambarkan lagi..sangat sangat geram!



"Siallah! Babi betul! Kalau aku pijak pijak muka kau! Lenyek leyek! Buat cekodok bagi anjing makan! Bodoh punya jantan! Takda orang lain ke?!" Bebel Akmal seorang diri di belakang rumah.Perasaan marah tidak dapat lagi dikawal.

"Oi! Apa yang kau marah sorang sorang tu?" Soal Harris yang mendengar bebelan si Akmal.

"Eh..b-bila Kau ada dekat sini?" Tanya Akmal sambil matanya melihat sekeliling.Berdebarhabis jantungnya apabila Harris menegurnya.Mujurlah dia tidak ada sebut nama Za'faran jika tidak pasti kawannya itu kecewa apabila mengetahui tentang kebenarannya.

"Baru je..ni ha nak jemur kain" balas harris sambil menjemur beberapa helai pakaian.

"Wah! Rajin eh abang Harris sekarang.." usik Akmal.

"Come on lah! Aku ni tak nak susah kan isteri aku.." jawab harris dengan muka bongkak nya.

"Eleh!" Akmal menjeling tajam.poyo je lebih!






Hampir setengah jam kemudian.akhirnya semua makanan yang dimasak siap dihidangkan oleh Ayra.Elok tersusun cantik dan kemas diatas meja.lauk pauk yang dimasak pula begitu sedap sekali apabila dilihat ditambah pula dengan sirap limau ais.fuhhhh nikmat!

"HARRIS ZAYDER! AKMAL HAKIMI! DANISH ESKANDAR!" Panggil Ayra dengan nada yang tidak menjerit tetapi separa kuat sahaja.

"Huyooo!! Dah siap!" Kata Nish dengan riak wajah teruja.

"Wah..ada sambal fish! Ada goat!" Kata Akmal pula yang lebih kurang riaksi nya dengan Nish.

"Dah duduk makan."

"Nak water sirap! Lepastu rice nak banyak.." kata Akmal yang seperti meminta pesanan makanan di kedai makan.

"Dah dah lah tu dengan campur campur bahasa kau tu!" Marah Nish.sesungguhnya dia sangat sangat lah rimas dengan campuran bahasa daripada Akmal.Sekolah mana entah dia belajar!

"Eleh! Brother Nish cemburu lah tu!" Akmal memberikan jelingan.

Nish hanya melihat wajah Akmal sambil membuat muka menyampah nya.

"Sayang nak suap boleh?" Pinta Harris kepada Ayra.Alah lagipun tak salah kanmahu bermanja? Sah!

Ayra tidak memberikan sebarang respon.Dia hanya diam sahaja.

"Please" rayu Harris lagi.

Ayra terus menyuapkan nasi kedalam mulut suaminya sebaik sahaja mengambil beberapa jenis lauk.

"Ceyhhhhh main suap suap woooo ceyhhhhhhh!" Kata Akmal dan Nish serentak.Seronok betul dapat mengusik Harris.Bukan apa lah..dia punya blushing tu sampai merah muka..

"Dah lah makan cepat..nanti nak keluar lagi.." kata Ayra.Yang kain hanya mengangguk dan menikmati makanan yang telah dihidangkan.

Akmal pula hanya melihat pasangan itu.Pandangannya tidak lepas dari memandang Ayra.Bermacam soalan yang dia ingin menanyakan dan terlalu banyak benda dia mahu tahu.Dia pasti Ayra bukan jenis begini..pasti ada sesuatu yang telah terjadi.Tapi walau bagaimanapun dia tetap tidak akan biarkan Ayra pergi bersama dengan Za'faran.Hm benar kata orang cinta itu buta.Yang terbaik ditinggalkan demi yang lebih menarik.




[Vote ⭐ comment]

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now