MDH7🤍

43 5 0
                                    


"Weyh semalam korang dengar apa apa tak dekat dapur? Bising betul! kacau je aku tidur!"  Soal akmal sebaik sahaja melabuhkan punggung nya di atas kerusi.

"Kau tanya lah kawan kau ni..malam malam buta kebulur!" Kata Ayra sambil menjeling sekilas kepada suaminya.

"Lahhh! Korang ke? Aku ingat kan aku kena kacau..Beria aku baca Yaasin.."  kata akmal.Tangannya dilipatkan di dada.

"Tu tandanya..tuhan tu nak kau buat amal kebaikan! Dosa je banyak!" Selamba dikatakan oleh Ayra.apa? Betullah kan? Kita kan manusia biasa..

"Hamboi kau! Aku malas je nak ungkit! Kang koyak!"

"Bak datang ahhh!" Kata Ayra yang sememangnya sengaja mahu mencabar si Akmal.

"Kau maki Harris! Maki kitaorang! Kurang ajar dengan suami! Apa citer sis!" Kata Akmal mengeluarkan apa yang dipendam dihatinya Selama ini.

"Wah! Kau maki aku! Boleh pulak!"

"Ahh koyak! Koyak!"

"Aku ingat lagi eh kau maki mak kau sebab kau kena bebel haritu! Anak derhaka!" Kini giliran Ayra pula membalas.walaupun sedikit mampu membuat kan lelaki itu rasa bersalah seumur hidupnya.

"i-itu lain lah! Terrrrrr!!!" Balas akmal teragak-agak.Jujur hal itu memang membuatkan dia tidak mampu memaafkan dirinya sendiri.Walaupun tidak disengajakan..Dia tetap menyesal akan perbuatan nya kepada ibu kandung sendiri.

"Ah takda takda!" Kata Ayra membantah.Salah tetap salah!

"Sudah!" Jerit nish kuat untuk memberhentikan pertengkaran antara Akmal dan Ayra.

"Sudah?!!" Kata Ayra dan Akmal serentak.

"Cukup!" Jerit Nish lagi.

"Cukup apa?! Apa yang cukup?! You think I'm done!" Balas Ayra kepada Nish.

"Bergaduh macam budak-budak " kata Nish perlahan.

Harris hanya menggelengkan kepalanya sahaja.Malas lah dia mahu masuk campur...akhir akhir dia juga yang salah."Eh korang nak air tak?" Tanya Harris.

"Boleh lah.." balas Nish dan Akmal serentak.

"Rajin pulak kau nak buat air bagai apa.." kata Ayra sambil mengangkat sebelah keningnya.sepanjang mereka kahwin inilah kali pertama lelaki itu ingin membancuh air.Tapi tak bermakna yang dia tidak pernah membantu Ayra di dapur.Senang cerita..Ayra buat air dia masak.Ha begitulah kehidupan.

Harris hanya membalas dengan senyuman senget.

"Masa untuk balas dendam!" Bisik hati Harris yang penuh dengan rasa dendam.Masa ni jelah..

"Ayra kalau aku nak minta tolong kau sikit boleh?" Tanya Akmal tiba tiba.kedua jari telunjuknya dilagakan berkali kali.

"Minta tolong? Apa?"  Jawab Ayra.

"Aku nak minta tolong kau pilihkan barang-barang yang perempuan suka.."  sampai sahaja diperkataan 'perempuan suka' nada suaranya bertukar perlahan.Malu lah konon..

"Ooo"Ayra mengangguk ngangguk kan kepalanya berkali-kali. "Ha?!! Oh kau! Dah ada girlfriend taknak bagitahu aku!! Takpa takpa!!"

"Shuttt! Bukan girlfriend..ta-" Baharu sahaja akmal ingin menerangkan tentang dia dan gadis itu..laju Ayra memotong.

"Ah! Diam lah! Sampai hati kau tak nak bagitahu!" Lengannya di lipat kan di dada sebaik sahaja menolak bahu Akmal.

"Bukan girlfriend lah! Aku baru je nak kenal kenal.."

"Siapa perempuan tu?" Soal Ayra yang ingin tahu.

"Dia kerja dekat offices risy." Nada suaranya bertukar perlahan menjawab soalan Ayra.

HARRIS ZAYDER Donde viven las historias. Descúbrelo ahora