MDH50🤍

33 2 0
                                    


Dalam keadaan angin sepoi-sepoi bahasa, ditambah pula dengan bunyi deruan ombak yang telah menyapa telinga yang membuatkan ayra semakin termenung jauh.

"Princess" panggil Qayden dan terus melabuhkan punggung nya di sebelah kanan ayra.

"Kau buat apa dekat sini? Dah berapa kali aku cakap jangan panggil aku princess!" Kata ayra dan terus bangun dari duduknya ingin pergi dari situ.Tetapi sempat dihalang oleh Qayden.

"Nanti." Kata Qayden sambil memegang lengan gadis itu dan berdiri betul-betul di belakang ayra.

"Apa lagi?!" Kau nak ajak aku join group korang pulak? Biar jadi sama-sama pembunuh?" Kata ayra dan merentap kasar lengannya.

"Awak bercakap pasal membunuh? Habistu awak? Awak tak ingat macam mana awak lepaskan geram awak dekat elieyna? Masa tu kalau di ikutkan..awak langsung takda kena mengena dengan hal tu..tapi disebabkan erieyn kawan awak..awak bertindak macam tu.Elieyna hampir mati di tangan awak.Tapi mungkin awak bernasib baik..dia mati ditangan orang lain"

Laju ayra memusingkan tubuhnya mengadap Qayden.Terkejut dengan apa yang baharu sahaja dikatakan oleh lelaki itu.Ayra diam dan membisu tanpa membalas sepatah pun.

"Kenapa diam? Sebab awak faham kan kenapa harris terpaksa buat macam tu? Sebab nak lindungi orang yang dia sayang.Awak tak sedar lagi ke? Bertapa dia sayangkan awak walaupun awak tak pernah hargai cinta dia" kata Qayden lagi.

"Macam mana awak tahu saya tak hargai?" Soal ayra.

"Soalan apa awak tanya ni? Saya kan sepupu dia"

Ayra menunduk.Ya, tanpa dia sedar kata-kata Qayden itu serba sedikit telah menyedarkan dirinya.Mungkin..kalau pada masa itu elieyna mati di tangannya pasti dia tiada beza dengan suaminya sekarang.Dan kata-kata Qayden tentang tidak menghargai cinta seorang harris zayder adalah benar.Dia sememangnya langsung tidak pernah memberi ruang kepada harris untuk meneroka hatinya.

"Saya harap awak boleh maafkan dia sebelum terlambat"

"Maksud awak?" Soal ayra sebaik sahaja mengangkat kepalanya dari terus merenung pasir di pantai.

"Bila-bila masa je black butterfly akan muncul.Dan kita semua tak tahu macam mana kesudahannya"

"Saya harap awak boleh maafkan dia..dan rasa macam mana Cinta yang sebenar."

Ayra menelan liur.Sukar untuk dia mengikuti permintaan Qayden yang seperti menyuruhnya membuka hati untuk harris.Bagaimana dia mahu menerima seseorang yang dia tidak cintai dengan begitu mudah?

"Awak beruntung tau..Sebab awak wanita pertama dan terakhir yang dia cinta.."

"Macam mana awak tahu saya pertama dan terakhir? Entah-Entah ke berapa puluh" Ayra menjeling sekilas ke arah Qayden.Langsung dia tidak percaya akan kata-kata lelaki itu kepadanya.Mana mungkin seseorang yang bekerjaya seperti harris tidak mempunyai teman wanita sebelum ini.

"Setahu saya memang ramai yang nak dekat dia..tapi dia tak pernah pilih sesiapa.Dia tak berminat nak bercinta.Tapi selepas dia jumpa awak..dia sedar macam mana rasanya cinta" Jelas Qayden kepada ayra tentang sepupunya itu.Nampak macam tipu tapi itulah harris zayder.

"Geli nya"

"Eh geli pulak..patut nya awak bersyukur Sebab awak wanita pertama.Dia tu Setia tau!" Balas Qayden.Ni lah perempuan..Geli lah apa lah..bila lelaki tu curang tahu pulak marah! Merajuk! Lari rumah lah apa lah! Dah cakap dia yang pertama tak percaya pulak! Cakap bukan yang pertama kang merajuk lagi! Tak faham lah!

"Habis tu awak playboy?"

"Eh mana Ada! Saya pun setia jugak.Kenapa? Awak nak jadi girlfriend saya ke?" Qayden tersenyum mengusik sambil menatap wajah ayra.sebelah keningnya dinaikkan berkali-kali.Haih kalau ayra ni masih belum berpunya..sekarang juga dia pinangkan gadis ini menjadi pemilik hatinya.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now