MDH12

40 5 0
                                    

"Jangan lupa esok pagi siap siap aku ambik kau." Pesan Akmal.Kang tak pasal pasal tercangak depan ni macam orang bangang.

"Mana?"  Soal ayra.kalau nak ajak keluar date tak mungkin..kan?

"Melawat harris lah"

"Oh okey." Ayra mengangguk sebagai balasan.

"Jangan lupa tau!" Pesan Akmal lagi dengan nada sedikit tegas.Bukan nak acah acah garang ke askar ke apa..tapi tu lah perempuan ni memang payah sikit
Hari ni cakap okey esok? Nohhh lupa! Pisyang nak tunggu.

"Ye.."

"Bye!" Jerit Nish sambil melambaikan tangannya.Ayra pula membalas lambaian Nish.

Baharu sahaja Ayra ingin melangkah masuk ke dalam rumah tiba tiba ada sebuah kereta Audi R8 berwarna putih yang baharu sahaja tiba di hadapan rumahnya.

"Assalamualaikum.." kata gadis yang berumur 40-an itu.

"Waalaikumussalam.." jawab Ayra dengan senyuman manisnya.

"Menantu mama sihat?" Tanya puan mayyah yang merupakan ibu kepada Harris zayder.

"Sihat alhamdulillah..mama dengan papa?" Soal Ayra kembali.

"Sihat..ni Ayra dah makan belum?" Puan mayyah menyoal.Risau lah pulak kalau menantu kesayangan belum mengisi perut lagi kang tak pasal pasal timbul masalah.

"Dah..Ayra baru je lepas makan tadi dekat hospital" jawab Ayra.

"Ouhh..Harris macam mana?" Puan mayyah menyoal.

"Dia okey je ma cuma tu lah doctor cakap dia kena tahan wad dua hari kot sebab demam dia terlampau panas sangat."

"Ouh.."

"Eh jemputlah masuk..tapi Ayra tak masak lah hehehe" Ayra tersengih malu dengan kejujuran dirinya.Haih nasib lah orang tua ni dapat menantu macam aku herm.

"Takpa..kami faham Ayra busy kan.." kata puan mayyah sambil memegang pipi kanan Ayra.

"Errrr mama dengan papa kalau nak makan apa apa bagitahu lah Ayra boleh Oder kan" kata Ayra.Haih punyalah malas nak masak..siap tawarkan diri nak tolong Oder herm..Ayra Ayra.

"Jangan risaulah..mama dengan papa dah kenyang makan dekat offices tadi." Balas puan mayyah.Ayra menarik nafas lega.. alhamdulillah hehe.

"Ouhh kalau macam tu..papa dengan mama rest lah dulu..nanti Ayra buatkan air"

"Tak payahlah susah-susah..kami ni singgah sekejap je..lepastu kami ingatkan nak melawat harris dekat hospital"

"Ouh.." Ayra mengangguk ngangguk kan kepalanya.

"Ayra" panggil tuan Harith pula

"Ye pa?"

"Hubungan Ayra dengan Harris macam mana? Baik?"

Ting! Berderau darah nya apabila mendengar soalan daripada bapa mertuanya. Bismillahirrahmanirrahim yaallah luluskan lah aku dalam ujian bertutur ini Yallah amiin. Getus hati Ayra.

"O-okey je kenapa?" Tersekat sekat Ayra membalas.

"Saja lah papa tanya.."

"OUH. Ayra menghembuskan nafas lega.mujur tidak ada soalan lain yang keluar jika tidak pasti semakin sukar otaknya mahu proses.Kalau Harris ada kan senang boleh cover aku

"Alhamdulillah kalau okey.Kalau tak okey kena bagi okey jugak sebab harris tu akan jadi suami Ayra sampai bila bila selagi perkataan cerai tak keluar dari mulut dia..faham?"  Puan mayyah menyampuk.Dia faham sangat dengan keadaan anak muda zaman sekarang gaduh sikit je tak boleh bertahan.Harap haraplah menantu kesayangannya ini tidak begitu.

"Faham ma"

"Nanti boleh lah kami timang cucu"

Membulat besar mata Ayra.Kalau tadi berderau kini meremang pula yang dirasakan.Ha sudah! Dia masuk topik lain pulak dah! Ni aku malas ni!

"Takpelah kami balik dulu" kata tuan Harith sambil berdiri.

"Sekejap nya" kata ayra.memang lah mereka kata mahu singgah sekejap saja..tapi ini betul betul sekejap ni!

"Ye lah..kami datang pun nak tengok menantu kami ni je"

"Papa balik dulu ye Ayra.."

"Baik papa,mama..sorry lah Ayra tak hidangkan apa apa"

"It's okey sayang..mama tak kesah pun..yang penting Ayra kekal jadi menantu mama dan papa" senyuman manis terukir dibibir.wajahnya juga penuh dengan harapan agar gadis itu terus menjadi sebahagian daripada keluarganya.

Sekali lagi Ayra hilang kata kata.Dia hanya mengangguk walaupun terpaksa.

Beberapa minit selepas kereta Audi R8 milik ibu dan bapa mertuanya pergi..kini Ayra hanya berseorangan.Dia hanya merenung memandang langit yang mendung.Kadang kala dia terfikir perlukah dia pergi? Ataupun sebaliknya?

Sedang sibuk dia melayani perasaan tiba tiba ribut dan petir menyambar dengan kuat menyentak kan lamunan nya.Dia yang sememangnya takut dengan bunyian guruh ataupun petir terus berlari masuk ke dalam rumah.Selimut tebal dicapai membaluti tubuh kecilnya.Dia duduk bersandar di bawah meja.

Tut! Tut!

Telefon bimbitnya berbunyi membuatkan Ayra terjerit kecil.terkejut dengan ringtone jedag jedug nya.

"H-hello?" Balas Ayra tersekat sekat.

"Ayra kau okey?" Soal Akmal.Dia tahu gadis itu sememangnya tidak boleh hidup dengan suasana bunyi petir yang kuat.trauma mungkin.

"A-aku okey.."

"Kau tak okey ni..takpa aku teman kan kau..jangan end call pulak kang kalau jadi apa apa aku yang susah"

"Herm" balas Ayra.

Selepas itu lama mereka berborak untuk mengurangkan rasa takut gadis itu dan akhirnya Ayra terlena dibuai mimpi di bawah meja.Begitu juga Akmal turut dibuai mimpi.


HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now