MDH8🤍

42 4 0
                                    

"WOI! HARRIS ZAYDER!!!" Jerit Ayra kuat sebaik sahaja menapak masuk ke dalam rumah.

"Ish!" Ayra mencekak pinggang.Punyalah kuat dia menjerit..tetapi Harris tetap tidak mendengar.

Pak!!
Ayra menampar kuat pipi harris.

"Huh?! A-ayra?!" Dadanya turun naik dengan laju apabila terjaga dari tidurnya.matanya membulat besar melihat Ayra dihadapannya.

"Ha aku lah ni? Kenapa? Dah tak kenal aku dah?!" Soal Ayra Dingin.Baru tidur sekejap dah lupa eh!

"B-bukan Ayra keluar ke tadi.." kata Harris sambil menunjukkan kearah luar.

"Bila masa pulak aku keluar! Aduhhh kau ni! Elok kitaorang baru balik dari menanam pokok cili!" Balas Ayra.Apa yang di fikirannya  pun tidak tahu lah..pelik semacam!

"Em tak lain tak bukan lah tu..mesti mimpi ni.." kata Nish yang sedang elok duduk di atas sofa berhadapan dengan kipas.Maklumlah cuaca panas

"Tu lah kau..orang lain lepas sarapan terus buat kerja..kau? Membuta! Kan dah mimpi bukan bukan!" Sampuk Akmal pula.sebenarnya dari awal lagi Akmal tidak berpuas hati dengan Harris..Ye lah orang lain buat kerja dia sedap tidur pulak! Ikutkan hatinya memang dia mahu mengejutkan Harris tetapi dihalang pula oleh Ayra..katanya semalam Harris tidur lewat kerana mahu menyiapkan semua kerja nya yang tertunggak.. maklumlah cuti sebulan..

"Entah! Lepastu jerit jerit panggil aku! Ayra Ayra! Orang nak tanam pokok pun tak tenang!" Ayra menjeling tajam kepada Harris.

"Hehehehe sorry lah sayang.." Harris tersenyum segan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Uhuk uhuk! Eherm!" Sengaja Akmal dan Nish berdehem kuat.ceh! Sayang konon!

"Dah lah..kau pergi siap sekarang.."  kata Ayra kepada Harris.

"Ha?nak Pergi mana?" Tanya Harris.Takkan tak siap lagi tanam pokok cili?

"Pergi mana lagi..ambik kereta lah!"

"Dah siap eh?"

"Dah! Halah kau ni! Sepak kang!" Marah ayra.tangan kanannya naik tinggi melebihi aras kepala.

"Sikit sikit marah cubalah sesekali cakap elok elok..."

"Ye Harris sayang..kereta kita dah siap..jom lah pergi ambik.Puas hati?! Menyampah aku! Dah lah aku nak pergi siap dulu!" Sempat Ayra menjeling sebelum dia berlalu pergi.Melopong mulut Harris dibuatnya.Tanpa sedar senyuman lebar terbit dari bibir lelaki itu.

"Uyo..ada orang tu senyum sampai ke telinga.."  usik Nish.Naik segan Harris apabila diusik begitu.

"Ye lah.. First time hahhahahah" kata Akmal pula.

"Ish korang ni!" Harris menjeling.kacau je! Nak feeling feeling pun tak senang!

"alah abang Harris ni! Gurau pun tak oleh!" Kata akmal.jari terlunjuk kanannya diputar putarkan dibahu Harris.

"Ish sibuk je!" Harris menolak bahu akmal.meremang pula apabila lelaki itu berbuat begitu.Fikir apa? Comel ke?

"Tadi kau mimpi apa? Bukan main rancak lagi!" Soal Nish apabila teringat yang Harris menjerit memanggil nama Ayra tadi.macam kena rasuk je!

"Aku? T-takda apa apa" tipu Harris.Malu pula dia nak mengaku..ye lah siang siang hari mimpi bukan bukan.Mujur mimpi!

"Iyooooooolahhh..jom lah mal mandi..kang Ayra mengamuk pulak.." ajak Nish kepada akmal dan terus menaiki tangga

"Harris sayang...Ish! Malu lah!" Harris tertawa malu sambil memukul sofa nya. Blushing lah tu!

"Dah dah lah tu blushing " kata akmal yang mengintai Harris dari tangga.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now