MDH60🤍

35 4 0
                                    

"Kenapa kau balik sini semula?" Soal akmal dengan riak wajah serius nya.pandangan matanya langsung tidak beralih ke arah lain.dia hanya menatap wajah lelaki itu dengan penuh serius.

"Saja.Lagipun mak ayah aku masih ada dekat sini..tak salah kan aku nak balik jenguk dia orang?" Balas lelaki itu dengan bersahaja.Lagipun tak berdosa kan kalau nak balik ke tanah air sendiri? Jadi? Apa salahnya?

"Dah bertahun pergi baru nak muncul balik? Mana minah salleh yang kau bangga-bangga kan sangat tu? Yang kononnya mampu bahagiakan kau" kata akmal dan diselitkan sedikit dengan nada perli.Dulu bukan main..sanggup tinggalkan mak bapak tinggal yang lama demi yang baru..Eh? Hilang dah? Mati ke?

"Dia dah tinggalkan aku." Balas lelaki itu seraya menunduk memandang lantai.sebenarnya dia balik ke Malaysia untuk melupakan semua kenangan dia bersama gadis itu disana.Kalau boleh sikit pun dia tak nak ingat!

"Ouh! Faham! Sebab tu lah kau balik? Kalau tak.. mak ayah kau pun kau tak ada nak ambik kesah? Ada peduli? Pasal makan minum dia orang? Huh! Anak derhaka" kata akmal.Tak faham betul! Mak ayah yang jaga dia dari kecik! Tapi sanggup ikut perempuan yang baru kenal..tinggalkan mak bapak sesuka hati! Takda adab langsung! Apa guna mak ayah hantar belajar tinggi-tinggi tapi bodoh untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk? Dah lah tak hensem! Kurang cerdik pulak tu!

"Ye.aku tahu aku salah..aku balik sini memang untuk betulkan keadaan."

"Betulkan keadaan?" Kata ayra pula.Tak tahu nak nangis ke nak gelak.senang nya dah buat salah lepastu lari jauh-jauh..balik semula ke sini lepastu cakap nak betulkan keadaan? Wow! Mudah! Sangat mudah!

"Ayra..saya harap awak masih boleh terima saya dalam hidup awak." Kata lelaki itu seraya menggenggam erat kedua belah tangan gadis itu.

"Wo Wo Wo! Lepas kau dah buang dia dari hidup kau! Tinggalkan dia macam dia takda perasaan! Sekarang kau datang merayu untuk dia terima kau pulak? Bodoh ke?!" Tak.Dia tak setuju.Jika tiada pilihan lain sekalipun..dia tetap tidak akan bersetuju! Biarlah ayra mahu terima lelaki ini sekalipun dia tetap akan menghalang dengan apa cara sekalipun!

"Ya! Aku tahu aku salah! Aku bodoh! Sebab tu aku mintak untuk bagi aku peluang! Kembalikan semua macam dulu!"

"Benda tu takkan berlaku dan tak mungkin berlaku lagi fahim.saya mintak maaf." Balas ayra.Biarlah lelaki itu merayu seribu kali pun..dia tetap tidak akan menerima..

"Tapi kenapa? Awak cakap awak akan tunggu saya? Kenapa awka berubah macam ni?" Soal fahim.Dia kenal sangat dengan gadis anggun yang berada di hadapannya ini..seorang yang tidak suka mungkir janji! Tapi mengapa gadis ini sudah berubah? Dia yakin! Pasti ada sesuatu yang jadi semasa ketiadaan nya di sini..

"Berubah?! Kau cakap dia berubah?! Siapa yang berubah?!" Nada akmal sudah separa deras.Pandangan orang ramai yang mula fokus kepada nya langsung tidak dihiraukan.Dia hampir hilang sabar..dari tadi dia cuba untuk menahan dirinya dari menimbulkan sebarang kekecohan..melihat wajah lelaki itu sejak awal sudah membuatkan dia rasa meluat..apatah lagi bila lelaki ini seolah-olah ingin menyalahkan ayra sedangkan terang lagi bersuluh semuanya berpunca dari dia sendiri! Munafik!!

"Kau diam boleh tak! Aku taknak bercakap dengan kau!" Fahim tidak mahu kalah.Dia juga sudah rasa menyampah dengan akmal yang dari tadi sibuk mahu masuk campur dalam urusan mereka berdua

"Betul kata akmal.Awak yang berubah fahim.sekali lagi saya minta maaf saya takkan mampu terima awak lagi." Kata ayra dan terus melangkah ingin pergi.

"Kenapa? Sebab awak dah ada jantan lain?! Dah ada jantan yang layan awak?! Dah ada jantan yang boleh puaskan awak!"

PANG!
Tanpa berfikir lebih..ayra terus menampar wajah lelaki itu dengan sekuat hatinya.

"Dulu..awak tinggalkan saya.Dan harini awak balik sini awak nak menuduh saya?!" Mata ayra mula berkaca.Tak sangka seorang lelaki yang dia pernah sayang dan cinta dulu..sanggup memalukan dirinya di hadapan orang ramai hari ini

HARRIS ZAYDER जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें