MDH43🤍

37 1 0
                                    

Tepat pada pukul tiga pagi.Ayra bangun dari tidurnya dan terus mengambil beberapa helai bajunya yang tersimpan di dalam almari dan di masukkan ke dalam beg.Hoodie hitam disarungkan pada tubuhnya kemudian dia dengan perlahan-lahan membuka pintu biliknya dan menuruni anak tangga.Matanya melilau melihat ke kiri dan kanan memerhati supaya tiada seorang pun yang akan melihatnya pada waktu ini.Sampai sahaja dibahagian pintu ayra terus membuka dengan perlahan dan menutup kembali sebelum dia berlari dengan laju meninggalkan rumahnya dan semua.Sempat juga dia menoleh sambil mengucapkan selamat tinggal kepada mereka semua Yang dia tinggalkan.Air mata Yang mengalir dikesat laju dan bertekad meneruskan langkahnya.

Lebih kurang tiga puluh minit berlari akhirnya ayra Berhenti di tepi jalan besar.

"Aduh takda kereta lalu langsung ke?" Kata ayra perlahan.Tercungap-cungap dia mahu mengambil nafas setelah penat berlari.maraton agaknya..

Tiba-tiba ayra teringat akan duit yang dibawanya.laju dia mengeluarkan kesemua duitnya itu

"Kalau ini pilihan yang aku ada..aku kena teruskan" kata ayra lagi sebelum sebuah kereta tiba-tiba berhenti dihadapkannya.

Ayra yang sedikit terkejut dengan kehadiran lelaki asing yang membawa kereta Honda civic berwarna putih dihadapannya itu terus menyimpan semula duitnya.

"Cik..nak pergi mana? Rasanya dah lewat ni.." kata lelaki muda itu sambil melihat jam tangannya yang tersarung di tangan kiri dan selepas itu pandangannya teralih kepada wajah ayra.

"S-saya nak pergi AirPort" balas ayra dengan sedikit keraguan.Matanya melihat ke ke kiri dan kanan dan berharap agar ada kereta lain yang lalu lalang disitu.

"Dah lewat ni cik..mana ada taxi.Takpelah biar saya bawa cik ke sana ye.." pelawa lelaki itu kepada ayra.

"Eh takpelah..saya boleh jalan kaki"

"Jalan kaki? Jauh ni..lagi pun bahaya lah sorang-sorang..cik ni perempuan..risau kalau apa-apa jadi.Biar saya hantar je"

Ayra menelan liur.Perasaannya bercampur baur apabila melihat sikap ramah dan perihatin lelaki itu.Dia risau juga kalau lelaki itu sebenarnya salah seorang yang dihantar oleh za'farel untuk menculiknya..tetapi dalam masa yang sama dia juga berasa lelaki ini bukanlah seperti yang dia fikirkan..

"Tak menyusahkan ke?" Tanya ayra.

"Takda lah..lagi pun satu jalan je dengan rumah saya"

"Erm o-okey" balas ayra.tangan kanannya naik menggaru belakang kepalanya Yang tidak gatal.kekok sebenarnya tapi tu lah..orang dah memudahkan urusan ikut je lah kan..

"Naik lah cik..kereta saya biasa-biasa je" kata lelaki itu seraya membuka pintu keretanya.

"Eh takpa saya tak kesah.." balas ayra sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta.Ya lah..apa Yang nak dikesahkan? Naik kancil pun bersyukur je lah..Lagi pun dia bukan wanita Yang tak boleh hidup tanpa kemewahan.so? Takda masalah pun.

"Saya farhan."  Kata lelaki itu mengenal kan dirinya terlebih dahulu

"Err S-saya Ayra"

"Cik tinggal dekat mana? Kenapa jalan sorang-sorang?" Sengaja lelaki itu bertanya.Ya lah..mereka pun baharu sahaja berjumpa..manalah tahu kalau berborak boleh hilangkan sikit rasa kekok kan?lagi pun memang jelas dapat dilihat dari raut wajah gadis itu yang cuba untuk membiasakan diri.

"S-saya tinggal dekat belakang tu je.Saya terlepas bas"

"Ooooh terlepas bas.."lelaki itu mengangguk kan kepalanya berkali kali

Ayra menarik nafas panjang.pandangannya dibuang ke luar tingkap.Jujur dia katakan,Hatinya terasa sungguh berat untuk melakukan semua ini..meninggal kan semua insan yang dia sayangi..tetapi dia tiada pilihan selain membawa diri jauh dari semua.Dia tidak mahu menyusahkan semua orang untuk menjaga dirinya dan membahayakan diri mereka.Jadi, untuk mengelakkan perkara itu..lebih baik dia pergi sahaja Dari sini.







HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now