MDH59🤍

43 3 0
                                    

Seminggu kemudian.

"Harris! Jangan lah!" Kata ayra sebaik sahaja harris merampas buku novel dari tangannya.Kalau nak mintak lah elok elok! Ni main rampas je!

"Cukup! Dari tadi sayang abaikan abang tau!" Kata harris sambil mengecilkan matanya.Kalau duduk sorang-sorang kata bosan lah apa lah! Bila dah ada suami depan mata buat tak tahu je!

"Ayra bukan buat apa-apa pun! Baca buku je!" Ayra memeluk tubuhnya.Nak baca buku pun salah! Habistu aku nak buat apa? Nak main basikal..basikal takda! Nak masak takda mood! Dah tu?

"Ha! Buat muka! Dia yang buat salah..dia yang merajuk..memang lah sayang baca buku je! Tapi sayang..suami sayang ni Dari tadi kesepian tau!" Giliran harris pula memeluk tubuh.Dari tadi dia turun naik turun naik dari bilik ke dapur dari dapur ke bilik..Tak dihiraukan langsung! Punya lah sado! Macam ni buat tak nampak je! Cuba kalau aku ni kering je..agaknya kalau mati sampai berulat pun tak perasan..

"Siapa suruh kesepian" ayra memberikan jelingan tajam.Dia yang tak reti cari penghibur untuk diri sendiri..lepastu nak kacau orang pulak.

"Amboi! Macam mana abang tak kesepian sayang..! Kalau sayang taknak layan abang.." kata harris sambil mengetap giginya.Geram pula dia mendengar kata-kata isterinya.Lagipun Aku kan suami dia! Dia kena lah layan Aku! Kan?!

"Kena layan ke?" Ayra menyoal tanpa rasa bersalah.

"Wah! Dia Tanya pulak! Of course! Abang kan suami sayang!" Bertambah geram harris dibuatnya.Ada ke patut soalan macam tu?! Kalau aku ni jiran belakang rumah tu Takpelah kalau tak nak layan! Ini suami yang sah kot! Eyyy geramnya!

"Ye lah..yelah ayra salah.So? Harris nak ayra buat apa?" Kening kirinya diangkat tinggi.

"Serius sayang Tanya macam tu?"

"Habistu?! Kalau tak Tanya kata taknak layan pulak!" Sekali lagi ayra memberikan jelingan tajam.Lelaki macam dia ni memang macam ni ke? Rasa nak pijak je! Tak tanya kata tak kesah! Dah tanya..tanya lagi halah halah!

"Macam tak ikhlas je takpelah..baca lah buku sayang ni" kata harris dengan nada pasrah.Buku novel itu diletakkan di atas riba isterinya kemudian dia terus menarik selimut dan menutupi seluruh tubuhnya.Merajuk lah macam ni..nak layan tapi tak ikhlas..terasa tau!

"Ish Harris..! Fine! Ayra minta maaf!"

"Sebab apa?" Soal harris yang masih lagi berselubung di dalam selimutnya.cis! Senang-senang je nak mintak maaf! Mentang-mentang lah aku ni senang termakan dengan pujuk rayu dia tu..cuba lah pujuk dulu! Manja-manja sikit ke hm..

"Sebab tak layan harris" kata ayra.

"Okey! Maaf di terima" kata Harris dah terus membuka selimut yang menutupi wajahnya.Senyuman nya mula terukir semula menghiasi wajah.

"So? Nak ayra buat apa ni?" Ayra menyoal dengan kening kirinya diangkat sedikit.okey..ni jujur
Lah..sebenarnya dia malas nak layan suami nya yang tiba-tiba berubah mood menjadi gedik mengada tu! Entah makan apa tadi! Sampai boleh jadi macam ni!

"Betul boleh layan abang?"soal harris sekali lagi.

"Betul lah kenapa?" Dahi ayra berkerut.soalan apa ni? Cakap tak boleh kang tahu la! Dah lah potong mood membaca aku! part hero tu tengah fight! Lepastu banyak tanya pulak!

"Dari segi apa pun?" Harris memusingkan tubuh ayra menghadapnya.Pandangannya tajam menatap kedalam anak kata gadis itu.

"Y-ye lah..harris nak apa?" Ayra menelan liurnya dengan payah.Dah kenapa tengok macam nak telan aku hidup-hidup? Aku takda buat salah dah kan?

"Kalau...abang nak sayang boleh?"

"H-ha?" Supp! Jantungnya berdegup kencang.Nafasnya menjadi laju ketika mendengarkan kata-kata suaminya itu.Matanya membulat besar membalas tatapan suaminya yang semakin dalam.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now