MDH55🤍

37 1 0
                                    

Ayra menarik nafas berat.Cincin yang tersarung di jarinya di usap dengan perlahan berkali-kali.Entah mengapa hatinya terasa berat hendak pergi ke jepun mengikut perancangan ibu Nya.

"Sayang?" Sapa harris apabila melihat isterinya yang sedang termenung jauh.

Ayra yang sedikit tersentak dengan sapaan suaminya itu terus berdehem kecil.

"Haih..kenapa ni? Tak sihat ke?"

Laju Ayra menggeleng kan kepalanya sebagai tanda balasan.

"Habistu? Tak suka nak pergi honeymoon?"

"Bukan tak suka cuma..-" Tidak dapat ayra hendak meneruskan percakapannya apabila lelaki itu laju memotog.

"Sayang belum bersedia Nak hidup bahagia dengan abang?" Tanya harris sambil menatap wajah si isteri

Ayra menunduk memandang lantai.Sebenarnya dia sendiri pun tidak mendapat jawapan sama ada ingin meneruskan hidup bersama lelaki itu ataupun sebaliknya.Jujur dia kata kan..dia sendiri pun keliru dengan perasannya.Ya,dia sayang lelaki itu tetapi dia tidak pasti sebagai seorang kawan ataupun lebih dari itu.

"Pandang abang.." kata harris dengan nada yang lembut.

"Dengar apa yang abang nak cakap..boleh?"

Ayra mengangguk.

"Okey.abang tahu dari dulu sampai sekarang sayang tak boleh nak terima abang..dan abang sendiri pun tak tahu kenapa sayang stay tak boleh nak terima abang sebagai Suami sayang..okey mungkin ada yang sayang pendam dan tak terluah..kalau sayang nak luah nak tanya apa-apa..cakap je abang akan bagi tahu semua yang sayang nak tahu..tapi Tolong lah..tolong ingat kata-kata abang ni..sayang tetap isteri abang selamanya.abang memang takkan Lepaskan sayang..biarlah abang menunggu sayang seribu tahun pun..abang akan tetap setia di sisi bidadari abang.."

Ayra menatap sayu kedalam anak mata suaminya.Yaallah..Sungguh dia rasa berdosa Akan setiap perbuatannya yang mengabaikan lelaki itu tetapi dia terpaksa..dia tidak mahu terus memberi harapan kepada lelaki itu.

"Takkan sayang nak tutup je hati sayang sampai bila-bila untuk abang? Kan? Tapi takpa..abang percaya cepat atau lambat..sayang mesti terima abang nanti.." Kata harris Lagi dan dalam tidak sedar matanya berkaca menahan sebak di dada.Tipulah kalau dia tidak Ada keinginan untuk mencipta bahagia bersama isterinya tetapi apa yang dia mampu buat pada ketika ini adalah dengan berdoa kepada tuhan agar dapat membuka pintu hati gadis di hadapan Nya ini untuk Nya nanti..insyallah

Ayra yang melihat air mata lelaki itu bertakung turut sama berasa sebak.Tetapi hatinya masih kuat untuk tidak menunjukkan yang dia bersedih di hadapan suaminya.

"Dah lah..apa sedih-sedih ni..kita nak honeymoon lah sayang.." Kata harris dan diakhiri dengan ketawa kecilnya.sempat juga dia mengusap lembut kepala isterinya sebelum mencapai beg pakaian mereka berdua..

"Sayang tunggu sini abang nak simpan barang-barang dalam kereta" Kata harris dan berlalu pergi.

Ayra diam dan memalingkan wajahnya ke luar tingkap.Memikirkan kata-kata suaminya tadi.







"Ha harris dah siap semua?" Tegur puan haniy sebaik sahaja melihat menantu kesayangannya itu menuruni anak tangga.

"Dah bu..tinggal nak masukkan beg beg ni je.." Balas harris sambil berjalan keluar Ingin menyimpan barang-barang Nya ke dalam kereta.

"Ayra mana?" Soal puan haniy sambil melihat sekeliling mencari kelibat anak bongsu Nya.

"Ada tu dekat atas.."

"Ayy..tak siap lagi ke?"

"Dah..dia tengah kemas-kemas bilik tu.." Balas harris.

Puan haniy mengangguk berkali-Kali.Tiba-tiba dia teringat satu perkara yang perlu dia beri tahu kepada menantu Nya.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now