MDH28🤍

46 5 0
                                    

Puan haniy menarik nafas berat apabila melihat suaminya yang termenung di tepi tingkap.

"Abang..jom makan" ajak puan Haniy lembut sebaik sahaja melabuhkan punggung nya di sebelah kiri suaminya.

Tuan Zaidy Yang mendengar hanya menggeleng perlahan kepalanya.Menolak ajakan si isteri.

Sekali lagi Puan haniy menarik nafas berat.tangan kanannya naik menyentuh bahu suaminya.

"Abang..jangan lah macam ni jangan risaukan sangat adik tu"

"Jangan risau sangat? Awak merepek apa ni? Adik tu anak abang!" Kata tuan Zaidy dengan nada yang separa deras.Anak matanya tajam menikam anak mata puan haniy

"Saya tahu! Adik tu pun anak saya! Tapi janganlah sampai abang Siksa diri abang sendiri..kalau adik ada mesti dia tak suka tengok abang macam ni.." Balas puan haniy.jelas terdengar getaran didalam nada suaranya yang menahan sebak.Matanya juga turut berkaca.

"Awak makanlah dulu..abang nak tunggu anak abang" jawab tuan zaidy.kepalanya kembali dilentok kan ke dinding.

"Abang..-" tidak sempat Puan Haniy ingin menghabiskan kata-katanya tuan Zaidy laju mencantas percakapannya.

"Takpa..awak pergi dulu"

Tanpa berkata banyak puan haniy terus bangun dari duduknya dengan perlahan dan beredar dari situ.

Dia faham bagaimana situasi suaminya Ketika ini yang sangat risau akan anak perempuan mereka..dia juga turut merasakan hal yang sama.Walaupun dia terlihat seperti tidak ambil kesah tetapi jujur jauh kedalam sudut hatinya yang dia sangat risau terhadap anak gadis nya itu.Namun apakan daya dia terpaksa menjadi kuat dihadapan semua orang agar dirinya tidak terlihat lemah ataupun menjadi seperti suaminya.Ini tidak lah bermaksud dia mengatakan bahawa suaminya itu seorang yang lemah tetapi jika kedua dua mereka seperti itu bagaimana pula dengan anaknya yang lain? Terabai. Ingatlah menjadi ibu dan isteri dalam masa yang sama bukanlah perkara yang mudah.


"Eh ibu dari mana?" Soal ayish yang baharu sahaja turun dari tangga.

"Tu ha ingatkan nak ajak ayah makan tapi hm " kata puan haniy kepada ayish sambil menunjukkan kearah tuan Zaidy menggunakan ekor matanya.

Ayish pula hanya mengerling sekilas ke arah ayahnya.

"Kenapa ibu? Ayah tak sihat ke?" Tanya ayish lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Macam tu lah dia.." balas puan Haniy.

"Takpa lah..biar ayish Aryan yang pujuk!" Kata ayish dengan penuh lagaknya.Kening kirinya diangkat berkali kali sambil memberikan senyuman senget.Alah mudah je ni! Takkanlah ayish Aryan tak boleh buat..aku ni bukan setakat hensem dan bergaya je..tapi bijaksana! Ceyyy terpuji diri sendiri pulak hehehe.

"Hm ye lah..Ibu nak pergi hidangkan makanan kejap" kata puan haniy dan berlalu pergi.

Ayish mula tersenyum lebar sambil mengemaskan pakaian nya dan juga rambutnya.Dalam keadaan berkawad dia berjalan menuju kearah tuan Zaidy.

"Eherm eherm!" Sengaja ayish berdehem sebelum melabuhkan punggung nya di sebelah kiri ayahnya

Walaupun begitu,tuan Zaidy langsung tidak memberikan sebarang reaksi.

"Ayah..kenapa ni?" Soal ayish perlahan.

"Ayah risaukan adik.." balas tuan Zaidy.matahya masih lagi tidak beralih dari memandang ke luar.

"Janganlah risau sampai taknak makan..kalau adik tahu mesti dia marah"

"Ayah ni memang ayah yang tak guna..ayah tak pandai nak jaga anak anak ayah" kata tuan Zaidy sambil menunduk memandang lantai.Tanpa dia sedar berjurai air mata nya membasahi pipi.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now