MDH3🤍

77 6 0
                                    

"Adik dengan harris mana?" Soal puan haniy sambil meletakkan pinggannya yang berisi pisang goreng ke atas meja.

"Ada tu dekat atas.." jawab ayish yang sedang menikmati air kopi O buatan ibunya

"Tak nak turun ke? Dah petang ni.." kata puan haniy sambil menjenguk kearah tangga

"Alah awak ni..biar lah anak menantu kita tu pandailah diorang turun makan" kata tuan Zaidy sambil jarinya laju scroll Tiktok.

"Saya bukan apa bang..saya tanya je..tak boleh ke?" Tanya puan haniy dengan riak wajah menyampah nya.tanya pun salah?

"Bukan tak boleh..haih susahlah cakap dengan awak ni.." balas tuan Zaidy.Dia memang malas mahu bergaduh dengan isterinya oleh kerana perkara kecil bukannya dia menang pun

"Eh eh..salah kan kita pulak.." puan haniy menjeling sekilas kepada suaminya

"Abang..tengok lah ibu kamu ni..nak menang Aje!" Kata tuan Zaidy mengadu kepada anak lelakinya.

"Hamboi bang! " Kedua belah tangan puan haniy naik mencekak pinggangnya.Kita tak buat apa pun kena juga.

"Dah lah tu ibu ayah..penat abang tengok.." balas ayish.Bukannya dia tidak mendengar perbualan mereka itu cuma tidak mahu menyampuk sahaja kang tidak pasal-pasal dia juga yang kena

"Dah tahu penat cepat cepat lah kahwin!" Kata puan haniy.tangan kanannya pula bergerak menyuap pisang goreng kedalam mulutnya.

"Aik? Ayah tengok ni yah..sampai kesitu pulak.." kini giliran ayish pula mengadu kepada ayahnya.

"Ada betul nya juga kata ibu tu..adik dah kahwin dah..abang bila? " Tanya tuan Zaidy.

"Calon pun takda yah..macam mana nak kahwin.." sempat dia mengambil nafas panjang sebelum menjawab soalan ayahnya

"Ibu boleh carikan..nak ke?" Kata puan haniy sambil tersenyum keningnya pula diangkat berkali kali

"Ish tak nak lah..abang tak habis belajar lagi.." laju dia membantah percakapan ibunya.siapa sahaja yang tidak mahu berkahwin? Cuma belum masanya lagi

"Alah..boleh je tunang dulu kan.." sambung puan haniy lagi.

"Alah..dah lah bu..takut adik dengar pulak.." kata ayish sambil menoleh kearah tangga.Niatnya bukanlah mahu menukar topik tapi risau sekiranya adik kesayangannya itu dengar perbualan mereka mengenai soal perkahwinannya Dia sudah cukup kenal dengan adiknya pantang dengar abangnya sebut tentang itu pasti berubah raut wajah.

"Lah kenapa pulak?" Soal puan haniy dengan kerutan yang tersedia di dahi.

"Adik tu bu! Pantang betul dengar abang ni sebut pasal kahwin! Marah betul dia.." terang ayish kepada ibunya.

"Ye lah..mana tak nya..kamu tu je abang yang dia ada.." kata tuan Zaidy.Dia faham mengapa anak perempuannya begitu takut jika abangnya mahu berkahwin.Katanya takut kasih sayang beralih arah.

"Tapi bang..takkan sampai bila bila anak sulung kita ni tak kahwin.." kata puan haniy dan menghembuskan nafas berat.Bila lah dia nak menimang cucu nak mengharapkan si anak gadis? Lambat lagi!

"Bukan macam tu..dia sendiri pun belum ready.." kata tuan Zaidy yang menyokong anak lelakinya.

"Ye ke? Abang belum bersedia?" Tanya puan haniy sambil menayangkan senyuman senget.

"Y-ye lah! Kenapa?" Balas ayish yang seperti tidak tentu arah melihat pandangan dari ibunya.

"Muka pun sah sah hipokrit! Gatal!" Kata Ayra menyampuk perbualan mereka sambil menuruni anak tangga.semua menoleh kearah nya.

HARRIS ZAYDER Kde žijí příběhy. Začni objevovat